Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, January 13, 2011

Puding Karamel [Kukus]

Semalam tak sempat2 nak mengupdate blog yang baru nak hidup balik nih...kang bukan mati hidup semula,tapi mati pastu mati semula..muehehe..eh!mana ada blog ni mati aritu..dia kejap2 pengsan jer..pastu bagi cpr baru ok.. :P

Oklah,menu yang sedang berposing nih sebenarnya buat semalam..ala,versi kukus! Maklum laa cik Temah..oven masih kat kedai tu haaa..lum ada masa sesuai nak gi sukat supermarket..
Adapun nak mencuba resepi sekarang ni yang kukus2 jer laa nampak gaya yer. Yang bakar2 pun meh kita kukus.ahak

Satu je aku muskil...ni pehal puding aku dah cam puding roti lak eh? Rasa dah sedap semua.. Kukus ikut sedap hati akuu jer dah ikut resepi asal kate sampai 45 minit..1st time katekan..Sebelum ni pernah ler buat juga yang kukus,tapi berlapis2..
Yang sekali harung kukusnya nih 1st time laa ni.. sapa ada pengalaman sila tampil ke hadapan..harus kukus kejap je ke ek?
Sebab apa,yang sebelah bawah tu dah elok dah halus licin cam muka aku. Mengikut firasat aku kalau kukus lagi lama,makin habis lah kelicinan puding tu. Tapi persoalannya di sini(cewah!) kalau kukus sekejap,masakkah puding itu nanti cik Temah?

dari segi rasa,memang dah sedap ok..dari segi tekstur tu jek kurang memuaskan aku.hee..
Apapun,nak juga kongsikan resepinya di sini..

Err..,aku dapat resepi kat myR..tapi aku cari punya cari,tak jumpa lak..yang aku ingat bahan2 jer..nama pemberi resepi pun daku terlupa.heh..ni aku ngah cari balik laa ni.lupa nak copy url la semalam.eheh.dah dapat nanti aku tepek. (asyik lupa jek?) ;P

UPDATE:
Dah jumpa!dah jumpa!sibbaik ada orang baru komen kat resepi tu jap td..patut ler tak jumpa. Penyumbang resepi eja 'caramel',aku duk carik 'karamel'..hihih...nih resepinya yer..terima kasih mdm_aina@myresipi.com

Puding Caramel > mdm_aina

Bahan-bahan ( seloyang )

* 7 biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan air
* 3 sudu esen vanilla
* 3 sudu gula

Cara-cara

1. campur dlm blender - telur, susu pekat, susu cair, air dan esen vanilla (blend sekejap je)
2. masukkan gula dlm loyang dan layangkan loyang atas api sederhana sampai cair(golden color) - ratakan dan biarkan mengeras
3. tuang bahan yg dah di blend ke dlm loyang - kalau nk cantik, sila tapis adunan tu
4. kukus selama 45 minit - jgn selalu buka penutup pengukus, nnti puding x gebu.hehe
5. selepas angkat, biarkan sejuk sedikit baru la terbalikkan puding..lepas tu..tadaaa...mamam

Senang jer kan?selamat mencuba bagi yang ingin mencuba. Kalau berjaya jom kongsikan hasilnya n hantar report kat penyumbang resepi yek! =)


P/s:watak cik Temah hanya rekaan semata2.hemuh2 ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 11, 2011

Sandwich Crackers Sardin Goreng

wat minum petang semalam..
Pernah dulu kalau tak silap aku, adik aku kata kawan dia buat bisnes kuih ni..cuma aku tak pernah tengok la pulak masa tu sebab tak berkesempatan.
Tapi kalau ikut imaginasi akuberpandukan penjelasan adik aku tu,kuih tu memang gini la..eheh. Jadi untuk merealisasikan sendiri...tu yang cuba tu.. :D

Best cam bread goreng biasa buat tu tapi kan,bagi aku agak kering la pula kalau digoreng ni..'allignment' rasa inti yang sedap tu dah lari sikit..hehe..macam kereta lak yer

Aku lebih suka makan inti dan crackers nya tu begitu sahaja..seperti gambar di atas..yummy!

Resepi nih dikongsikan oleh acha di myresipi.com..thanks acha! ;)

Kat sini aku edit semula memandangkan aku rajin sikit nih..dan untuk rujukan di hari tua

Sandwich Crackers Sardin Goreng

Bahan-bahan ( 5-6 0rang )

* 1 bungkus biskut cream cracker(tiger)
* 1 biji bawang besar(potong dadu)
* 1 tin sardin(dihancurkan isi sardin nya)
* 2 sudu sos cili
* 1 sudu tepung kari
* sedikit garam,perasa dan gula

* Bahan lain:
* tepung gandum
* tepung beras
* sedikit garam
* pewarna kuning@serbuk kunyit
* minyak utk menumis dan menggoreng

Cara-cara
  1. Tumis bwg besar dlm sedikit minyak,masuk tepung kari dan sos cili,kemudian masuk sardin yg dh dihancurkan tadi.
  2. Selepas itu masuk garam/perasa dan gula. Inti siap dan sedia digunakan.
  3. Sapukan inti sardin ke atas cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers.buat sampai habis.
  4. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras disatukan dgn air seperti adunan tepung pisang goreng dan campurkan sedikit pewarna kuning atau boleh ganti dgn serbuk kunyit.
  5. Celupkan cream creakers tadi kedlm adunan tepung dan goreng ke dalam minyak yg sederhana byk/panas sampai kekuningan dan ranggup.
  6. Angkat, toskan dan potong 2 seperti sandwich.Sedap n simple...Selamat mencuba!

Ada inti lebih tu aku intikan lagi kat atas crackers yang dah digoreng...hmmpp..marbelesss..!penggemar sardin boleh meroyan nih..hehe

Resepi asal boleh tengok SINI[klik]

Akan update cerita kemudian ye..my roommate just came back ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kek Horlicks Marble [Kukus]

Nih buat masa hujung2 pantang hari tu....saja2 lepas gian 'mengekek'.
Tapi malas nak mengentri..
Buat pun zup zap zup zap jer....tengah2 syok me'marble' tu,Zhariff dah 'ngaaa...nggg ngaaa..ngaaa'(pesen nangis alaf baru)
Pulak tu abanglong ngah main beskal n kakak gi main ngan geng2 dia..nak harap kakak kecik tu,lum boleh harap lagi..lagi menangis ada..sibbaik buat kek nih tak lama..heee..

Kalau dah hujung2 pantang tu..let say after 4 minggu gitu aku memang tak pantang sangat makan kek(ada telur)..cuma takde laa makan beria2 sangat...tapi kalau telur direct makan gitu jer aku masih boleh elakkan lah..macam telur goreng ke,telur rebus ke..taknak laa jugak.. Kakak ipar aku selamba jer tak pantang telur..katanya janji masak dengan halia.. Aku rasa masing2 pandai sukat kat badan masing2 lah ye..senang cerita. Pantang larang orang tua sekadar panduan sahaja..kan?ke ada yang tak setuju? hehe

Berbalik kepada kek..kek nih perisa horlicks dan lembut jer... tambahan lagi guna mentega golden churn..pastilah sedap macam kek kukus lain gak..pastu tak ikut resipi sangat..main campak bahan yang ada ajer..sibbaik sedap(puji ikhlas kat diri sendiri nih..haha)
kek basah2 memang laju sikit habis kat rumah ni...plus,oven aku buat hal la pulak sekarang..tak ada aktiviti membakar2 laa sehari dua ni..
ada sapa2 nak belikan oven baru?ngeheheeee ;P

P/s: Jangan mintak2 ye,kek ni dah lama abis... =D


*my roommate balik arini dari Miri..yeyehhhhh.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...