Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, October 17, 2009

Ikan Kembura Goreng

Semalam lalu kat pasar tuh nampak orang jual ikan nih...arituh dah beli sekali,maknanya masuk ni dah 2 kali lauk yang sama jadi pilihan kat umah nih.heee

Kalau kat sini namanya begini laa..tempat lain tak pasti lak..
Hari tuh kak Rosaliza kate tak pernah dengar lak nama ikan nih(dia duk kl).
Hari tu x sempat nak amik gamba pun..huhu
Jadi siapa2 yg tahu nama lain bagi ikan nih meh laa kongsi ek
Ikan nih sebenarnya anak2 ikan kembura jer...yang mak bapak kembura nih jarang lak jumpa orang jual..huhu..
Yang anak2nya nih selain dijeruk jadi ikan masin,sedap digoreng seperti biasa atau bersama limau kasturi..
Ikan goreng nih sedap diratah..ehehe..tp hati2 laa,'senjata' ikan kat bawah perutnya tuh malas beno nak buang sebab ikan nih kecik2 jer..nak buang semua tak larat makcik..hik...goreng garing bestt

Bahan2:
  • 1/2 kilo ikan kembura-disiang,bersihkan dan ditos
  • 5 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Bawang putih*
  • bawang merah* -bahan2 * tumbuk lumat
  • garam dan perasa
  • Sedikit serbuk kunyit
Cara2:
  1. Gaul semua bahan2 dengan ikan dan perap seketika
  2. Goreng ikan sehingga agak garing dengan minyak yang sudah dipanaskan
Nih laa rupa anak ikan kembura tuh..ada sapa2 yang kenal tak?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Happy Dewali to Love2cook


Sempena menyambut dewali pada hari ni..tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat menyambutnya untuk rakan masak2 yang dikenali di alam cyber...> Love n family...
Mesti sedang seronok menyambutnya bersama saudara mara dan sahabat handai...

To Love n family: Enjoy ur dewali's moment n may you have a prosperous life with all ur family n friends..Harap sudi laa amik kad nih n gantung kat umah love yer..bagi terang umah tu sempena hari deepavali nih..hehee
*Cubittt2 pp ashika yang chumel tuh.masa deepavali nih mesti lagi chumel dak kecik love nih..hihi...love,
Cubit2 manje jerr...ashika x nangiss pon..hiks!Love,jgn lupa share gambar maruku masa dewali yer... ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bawal Sweet n Sour

Semalam tak sempat2 nak update blog..well,alasan standard..bz!..hek! :P
Dak kecik kat umah nih baru kebah demam sepenuhnya hari ni..lega jer hati.hee

Nih menu nak tayang gak walaupun ikannya tinggal tulang jer..diulangi,tinggal tulang yer...jadi takyah ngendeng dah..huhu..
Rasanya dah ramai yang pandai masak sweet n sour dalam pelbagai versi resepi..
Tapi kan,aku prefer kalo ikan tuh dimasukkan sekali didalam kuah yg sedang mendidih tuh dari dituangkan begitu sahaja ke dalam pinggan..
Bila masukkan ikan ke dalam kuali,bahan2 lebih meresap dan rasa ikan lebih sedap lagi..
err..nih pendapat kitorang laa ek(me n my hb)..orang len mungkin lebih suka tuang kat atas jer..hehee..
Lagi satu sila jangan guna nenas berlebihan(jika guna nenas)sebab ia akan 'overshadow' rasa ikan dan bahan2 lain tuh..err,lagi skali.nih pendapat kitorg laa ek..lain org lain citarasa.. :)

Memandangkan resepi lebih kurang jer ngan kak jun punya resepi nih.so aku c n p jer dari myR untuk siapa2 yang nak mencuba yer.thanks kak jun :)
sue edit sket yer kak..halal yerr..

Bahan2:
  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 in halia-dihiris panjang2
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
  • 1/3 timun-dipotong dadu
  • 1 biji epal merah yang dipotong dadu (untuk rasa sweet)
  • 1 biji epal hijau dipotong dadu(jika tak guna nenas)(untuk rasa sour)
  • 1/2 labu Bawang besar-potong dadu
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit nenas-dipotong dadu(sue x letak)
  • sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara2:
  1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi. >Sue lak masukkan sekali ikan ke dalam bahan2 tadi dan kacau sekata supaya bahan2 meresap ke dalam ikan..barulah diangkat.yummy2!
Apa2pun,ikan bawal nih memang sedapp..walaupun hanya digoreng begitu sahaja dan cicah ngan kicap limau kasturi yg pedas..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...