Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, July 2, 2011

Resepi: Butter Cream ..

Salam hujung minggu,
Ingat lagi tak masa besday aku aritu aku ada buat kek tuu..sebenarnya kek aku tu tak siap deko sepenuhnya sebab aku malas nak tambah adunan buttercream..di samping aku ni memang tak kreatif dan tangan keras kejung nak mendeko,ditambah lagi ngan malas nak gi godek2 lagi nak tambah adunan buttercream..ahaha...pastu aku peram jer dalam esbok..last2 nak tulis pun malas.Kalo ikutkan buleh jer nak tulis guna blueberi filling ke,kan..tapi haihh segan makcik nak tulis hepi besday kat diri sendiri.hahak..

Niat hati aku tu nak tiru kek kat bakeri laa,yang diorang deko tak smooth2kan kat tepi tu..tapi orang buh 2 layer la BC nya,aku nyer 1 layer jek..sememeh laa kejadiannya..lenkali baru guna kaedah rendam spatula ngan air panas lak. P/s:tak terfikir lak nak guna scrapper yg bergerigi masa tu.haha

Last2 makciik kecik dua orang berebut nak potong dan last2(tadi kata dah last) ,bagi sorang satu pemotong kek tu,bagi diorang potong jer..abis citer.
Lagipun tak bersungguh laa aku nak buat kek besday nih memandangkan dah ada orang belikan kek juga kann..tapi opkos laa kek nih lagi sedap dari beli punya..awww..

Nak tau kek apa?? Jejengg.. ngade korang nih,bagi laa aku tayang butter cream nya dulu..
kang aku tayang kek terus mesti korang tak nampak deko aku nih kannn.. rugi tau tak tengok deko orang tangan kayu...hakhak..

Nih deko tocang namanya..hikhik..
Tu jelah terlintas kat paler otak aku masa tu..dah macam ulat tersepit pun ada aku tengok. Tapi kaler tuu yang penting kann..hee~
Resepi buttercream nih dalam koleksi dah lama dah..baru laa rajin nak mencuba..di samping saja2 nak guna nozzle yang terperam je tu kan..
Rasanya untuk sebiji kek,sedang2 jer..deko simple2 gitu.mesti cukup..kalau nak buat bunga rose kena tambah gula aising lagi rasanya sebab adunan ni agak lembik. Sedapp!!

Resepi ButterCream
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
400 g mentega tanpa garam
100 g marvello /shortening
190 g gula aising-ayak 2 x
1 tsp esen vanilla

Cara:
Pukul mentega bersama shortening sehingga gebu. Kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan-sederhana sehingga benar2 sebati,gebu dan halus.


P/s: Nak teka tak kek apa tuuu???^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 1, 2011

Resepi: Puding Tembikai

Salam kembali.
Di entri ke dua hari Jumaat yang mulia ini,marilah aku hidangkan korang semua dengan puding tembikai yang sedap ni haa..aku hidang,korang tengok. Yang makan,akuuu jugak.best kan?wee...wee..
Jangan risau,ada resepinya,korang buleh godek2 sendiri..insyaallah jadi jer. Janji jangan ikutkan sangat perasaan malas tu ha..hehe

Resepi puding tembikai ni pun dah lama menjalar dari blog ke blog. Blog masakan laa terutamanya,kira menu panas jugalah sebab menarik je nak buat puding ni kan.. ia bukan je cantik tapi sedap dimakan.
Kiranya aku nih antara orang yang kemudian jugalah mencuba setelah 'kenyang' mencuci mata nengok puding orang jer.

Akhirnya terkumpul juga vitamin kerajinan aku tuh sehingga terhasilnya puding tembikai masak ranum nih.haha..

Sebelum nih tengok puding tembikai kawan2 blogger yang lain ada macam2 pesen. Ada yang guna cincau sebagai biji, ada yang guna puding tu sendiri diwarnakan agar jadi biji tembikai. Tapi idea terbaik aku tengok adalah gunakan bijan hitam..idea daripada (kak ita masam manis kalau tak silap). .Opps,ia sebenarnya idea Ita(Juwita) yang duk Jepun nun..sori2,konfius nama sama ita nih..tak kena saman kan kan..ahaha
Mekasih Ijah@Ika@meksiam@siti Khadijah(punya laa byk nama mek sorang nih kn.hihi)sebab tolong perbetulkan ye..haa,puding ijah siam ni pun cun melecun woh..kat dapo ijah ni laa pestaim nampak guna bijan hitam aritu.hee..sori ijah,akak mamai tadi,lupa bagitau..
Kot2 korang nak try gunakan lada hitam buleh juga kot.. Puding untuk orang pas bersalin..ahahak. Huh?Ada ke orang pas bersalin makan puding?chett..jangan harap laa..haha

Opps,lupa...ada orang guna bijan putih ko. kiranya tembikai muda laa gitu..tembikai lum masak dia petik,tah sape laa tu kan..tembikai seedless laa kononnya tu..tapi lawa jugak. ada haa,link dia dalam entri nih.haha..ampunn mek jahh...ops,tersebut nama lak..kira xnak sebut nama izahdaut tadi.ops lagi skali..hakhak.. *nama ijah pun 2 skali kuar nih.heh :D

Sedap2 jer gelakkan orang kan,puding aku nih tembikai tak berapa berbiji lak..cam takut2 nak tabur banyak biji.hihi..
Buat korang yang belum cuba lagi,sila2 laa cuba yer..seronok tengok kejadiannya nanti

Resepi asal puding tembikai ni dah dialter sket oleh kak nor kite pastu direalisasikan oleh izahdaut. Jadi aku ikut jelah sebagai panduan dan iktibar..senang keja kan..tu hikmah buat kemudian sket..hii..
Aku guna agar2 berat 13g pulak..dah tu aje ada stok.Tak kisah laa kan,janji dah jadi dan elok jer kerasnya..sesuai sangat dipotong2..

Terima kasih kepada tuan asal resepi dan kawan2 yang menyebarkannya..terima kasih kak nor yang ejas lagi sukatan dia untuk dijadikan panduan lagi,dan buat ijahdaut sebab aku copy dari blog ko..minta ijin edit juge ye.hee..

Untuk rujukan sendiri dan mereka yang ingin mencuba,inilah resepinya..tulisan warna biru yang aku buat eh.

PUDING TEMBIKAI
sumber: Kak Nor & Izahdaut
by:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


1 paket agar2 12gm | 13g serbuk agar-agar
3 keping roti (buang kulit) |3 keping roti putih (buang kulit)
4 1/2 cawan air |1 liter air
6 sudu besar gula |90g gula
1/2 cawan susu pekat |100g cawan susu pekat
1 cawan susu cair |250ml susu cair
2 sudu besar butter |2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila |1 sudu teh esen vanilla
pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai

Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis ke dalam blender.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)-anggaran 1cawan.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal-anggaran 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi dengan perlahan-lahan. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi juga dengan perlahan2.
  7. Akhir sekali taburkan bijan hitam sebagai biji tembikai dan tekan2 sedikit supaya biji itu sedikit tenggelam. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.
Buah tembikai yang masak ranum n juicy..yummyyy!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tahniah Kak Nor Azmihah Mohamed

Patutnya nak entri semalam. Tapi macam ramai dah sedia maklum Blogger.com demam cajun agaknya..tu yang nak sign in tak boleh,nak komen kat blog orang pun tak boleh..
Dah laa aku nih naik kuye2 jer,bila blogger.com buat hal nih lagi laa macam kuye2 pakai tongkat kan.huhu..

Apa2pun entri khas ni ditujukan khas untuk sekalung tahniah buat Kak Nor yang empunya blog secubitgaramnor67.blogspot.com.. Bukan setakat kalung tahniah jer,gelang, cincin,anting2 tahniah kite berikan atas kejayaan blog kak nor yang sudah mencapai hits ke angka 1 juta. Sapa2 yang tak tau makna hits tu,pengunjung blog kak nor ler..maksudnya... Ini bermakna blog kak nor sudah dibelek lebih dari 1 juta kali. Tahniah Tahniah Tahniah buat Kak Nor.
Cuba bagi kerlingan sinis sikit kat hits aku kat sebelah nih lambat lagi tu..agak2 tahun depan pun lum sampai lagi tu,maklum laa cap kuye2 katekann.hikhik..

Apa2pun sama2lah kita doakan agar Kak Nor dikurniakan kesihatan dan sesejahteraan hidup yang terbaik,agar dapat beliau terus berkongsi ilmu yang sama2 dapat kita manfaatkan bersama. Walaupun ada anasir2 yang dengki sifatnya terhadap kejayaan orang lain,diharap kak nor terus bersabar dan anggap itu satu pencapaian juga sebab orang berjaya jer yang layak untuk dihasad dengki. Dan biasanya orang tak puas hati ni sebab dia tak boleh buat apa yang orang dia dengki tu boleh lakukan. Ntah hape2 jer diorang nih kan. cube laa main masak2 ke..haa

Kadang2 perkongsian yang kita rasa perkara kecik adalah besar bagi orang yang memerlukan. Di blog kak nor sendiri perkongsian resepi dan sebagainya pasti sudah membantu ramai orang rumah yang baru nak belajar masuk ke dapur.
Walaupun dah terer masak2,kak nor masih rajin mencuba resepi2 baru dan mudah..

Kak Nor yang ku 'kenali' semenjak tahun 2008 masih sama seperti dulu. Tidak pernah meninggi diri dan rasa megah walaupun kejayaan demi kejayaan dah dikecapinya yang diantaranya resepi beliau yang pernah muncul di majalah JELITA..

Oh yer..Kak Nor bukan sahaja ramah sebagai blogger tau,tapi ramah sebagai seorang kakak/kawan di facebook(FB). Harap2 gurau senda kat FB tak diambil hati oleh kak nor,dan terus menyerikan FB tu..bersama mak2 daras yang lainnya..tapi cam muka yang sama je mak2 daras yang masuk korum ye kak?orang lain ngeri nak join kot..ekeke..

Buat Kak Nor Azmihah Mohamed(highlight sikit,kot2 masih ada yang tak tahu nama sebenar kak nor),semoga terus suksess dalam arena blogging secara amnya,berkongsi resepi secara khususnya dan berkongsi ilmu yang kami masih perlukan.
Tiada apa yang mampu dikatakan selain ucapan sejuta terima kasih juga buat akak dan sejuta tahniah atas kehadiranmu ke arena ini..
Semoga ikatan terjalin dapat berkekalan hingga ke akhir hayat. aminnn ya rabbal alamin...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...