Sebenarnya petang semalam n hari ni cik abang tuh ada seminar/bengkel fotografi..baru nak belajar dari asas2 gitu..nanti leh laa aku cedok ilmu dari dia lak..aku nak join takleh lak kan..mana nak letak handbag yang pandai nangis ni kang..hehe..insyaallah petang ni juga kitorang berangkat balik ke rumah..
Oklah,berbalik kepada tajuk di atas..syukur atas rezeki yang dimurahkanNya..
Nak ucapkan terima kasih kepada dua orang wanita malaysia merangkap rakan blogger yang baik hati telah kirimkan parcels ni untuk aku..kenal mereka ni di dunia blog juga berjangkit ke dunia FB..
Sebenarnya bungkusan2 ni tak sampai serentak..tapi tak nyempat2 nak update..aku updatekan jelah sekali.hehe
Ni parcel pertama aku terima dari seorang kakak yang baik ati..mudah2an makin murah rezekinya dan dipermudahkan kerja2 n aktiviti yang dia aktif buat sekarang..tak sabar nak tengok hasil kerjanya..Terima kasih kak..lebiuu!Si kakak tu sibuk gak nak jadik model..dah jadi kelaziman jer budak2 ni kalau ada parcel,diorang yang lagi excited nak bukak..yela,cam buka hadiah kan..hihi
Parcel ke dua ni aku terima Khamis baru2 ni..dari seorang adik blogger nih..katanya tanda penghargaan peribadi dari dia..alahai,terharu sangat2 bila orang hargai sampai macam ni.. segala ilmu tu tak banyak pun kadang2 berguna bagi yang memerlukan,kan?Sebenarnya terus terang bagitau, aku bukan laa harap orang hargai sangat..cuma bila ada yang buat gini..memang kite automatik jer terharu..hehe..terima kasih kat adik tu.. terkejut akak ingatkan nama sapaa laa kan..nama blogger dia lain,nama fb lain nama sebenar pun lain..sebab tu aku blur je tengok nama pengirim aritu..saspen tahap power ranger nak bersalin.
Isi perut parcel tu macam biasa ,ke dapur juga tujunya..jadi bila dah guna nanti aku updatekan lagi..hehe..terima kasih lagi sekali buat mereka.. :)










