Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, June 16, 2011

Resepi:Topping Donut Coklat Dan Susu

Ada pelbagai cara kita menikmati donut ni kan..kuih yang zaman berzaman disukai ramai dan setiap peringkat umur rata-rata menyukainya. Dari budak-budak sehingga mak bapak nenek budak pun suka.
Ada yang suka tanpa topping,ada yang suka disira pedas, ada yang suka biasa2 aje iaitu sira gula halus,tak kurang juga yang amat menyukai donut bersalut coklat.

Doh donut sendiri boleh dipelbagaikan menjadi kuih muih lain seperti burger malaysia, pau goreng dan banyak lagi sebenarnya..

Jika korang adalah orang yang belum pernah buat donut sendiri,harap beli jer..amatlah satu kerugian sebab sekarang ni dah banyakkkk resepi yang boleh korang cuba buat sendiri. Takut tak menjadi ye? itu satu pengalaman kan..jangan laa serik. Tak semua donut yang orang kata sedap tu menepati citarasa kita kan? Sebab tu kena cuba sendiri..kot2 kena selera ke?

Tapi kali ni aku bukan nak kongsikan resepi donut..sebab aku pun masih gemar gunakan resepi yang biasa aku guna..boleh klik SINI untuk resepi dan cara2 bergambar membuatnya. Alhamdulillah,ramai dah cuba buat n menjadi..terima kasih buat kalian.

Kalau kat umah nih,anak aku(banglong) suka jer suh buh topping coklat. Sekejap jer budak2 ni makan...
Jadi kite tengok camne aku buat topping coklat untuk donut..Sebenarnya aku pun tak tentu gak..kalo nak topping tu keras,tak payah laa letak whipping cream..kalo nak topping jenis leleh,letak laa ek. ikut selera masing2..

Topping Coklat
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

100g coklat masakan-dihiris/potong kecil2
1 sudu teh mentega/marjerin
1 sudu besar whipping cream
Chocolate rice secukupnya

Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler(panaskan bekas tahan panas di atas periuk yang berisi air),masukkan coklat ke dalam bekas tersebut dan cairkan(kacau dengan hand whisk).
  2. Masukkan mentega dan whipping cream dan kacau sehingga halus dan sebati. sedia untuk digunakan.Celupkan donut atas adunan coklat,taburkan coklat urai(chocolate rice) ..nak golek2kan kat atas permukaan coklat urai terus pun boleh..
Note:Kalau dah beku,boleh laa panaskan balik guna kaedah yang sama


Kalau malas wat topping coklat lak,aku lebih suka guna topping susu ni..memang tak nak dah guna gula semata2...kurang manis pun yer gak..sedap pun yer gak..

Topping Susu

Bahan2:
  • 1/2 cawan susu tepung-apa2 jenama,bagi ibu mengandung boleh je guna susu tepung untuk ibu mengandung,begitu juga untuk anak2..boleh guna susu tepung mereka. Kalau nak guna susu tepung kat bakery tu pun ok je..
  • 1/3 gula pasir
Cara2:
  1. Masukkan bahan di atas ke dalam pengisar bahan kering dan kisar sehingga halus.
  2. Tuangkan bahan kisar ini ke dalam bekas plastik,atau bekas bertutup..masukkan donut yang sudah suam ke dalamnya dan goncang. Donut akan tersalut lebih sebati berbanding digolek2 sahaja..

    Donut yang sedikit rangup lembut kat permukaannya, dan lembuttt gebus kat dalamnya..sedap je makan ngan topping susu nih..maksud aku best laa dari gula semata2.ehe..


    Kat bawah ni aku cuba buat donut frozen lak,nak buat donut frozen senang jer. Korang goreng sekejap,jangan sampai kekuningan pun..dah kering kat permukaan tu balikkan,kering jer,angkat..toskan..tunggu sejuk pastu masukkan dalam freezer.. dah nak goreng,keluarkan siap2 dulu..goreng ngan api perlahan jer..

    Ni yang dah siap2 dikeluarkan dari esbok..tinggal nak goreng jer

    Hasilnya..tetap gebus n lembut! Resepi yang sama di sini(klik) SELAMAT MENCUBA!


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 15, 2011

Double Chocolate Shake

Cubalah minuman sejuk yang amat sedap double sedap perisa coklat nih..resepi mudah ni dialihbahasa dari periplus mini cookbooks.
Bagi yang sedang berpuasa tu minta maaf laa yer..ni pun buat aritu..dan beberapa kali dah buat.hee..
Cuma yang amik gamba nih masa stok susu coklat tak berapa cukup,campurkan dengan susu segar biasa sket..tetap mantopppp.plus, aku wat susu tu separuh beku sebahagian daripadanya sebelum kisar dengan aiskrim..dah selalu buat takyah laa sukat2..hehe
Teringat dolu2 kat KFC ada minuman shake kan..sekarang dah takde..nape tah..wat sendiri jelah..

DOUBLE CHOCOLATE SHAKE
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Kisar 1 cawan(250ml) susu coklat sejuk bersama 4 scoop ice cream perisa coklat di dalam pengisar sehingga halus.
Tuangkan di dalam gelas dan hiaskan dengan coklat yang diparut.
Sedia untuk dinikmati..selamat mencuba!

Ahhhhh..nyaman jer lalu kat tekak di musim2 panas nih!masih terasa2 jer ni ha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 14, 2011

Sate Ayam Mukah

Hari tu,masa gi bandar mukah sempat laa beli sate nih..sebenarnya dah pernah rasa sekali sebelum nih..sedap!tu yang beli lagi tu..cuma,kali nih takde sate daging..rasa kekurangan lak sebab biasa beli dua2 kan..sekali ngap ayam,pastu daging..bagi lemak2 berjoget2 laa sket dapat kawan baru..ehh...kalo diet atkins kan boleh makan satay kan..tapi takleh cicah laa kot..hoho..

Nak buat sendiri,rasa tak kuasa aku nak cucuk sendiri..ehee.. sate ni kalau cukup lama perapnya memang best!
Tahun lepas,masa mengandungkan zhariff tu ada skali tu aku teringin+ngengada nak makan sate...jadi bila gi pasar malam cari laa orang jual sate kan.. dapat lak tu..best! Yang tak bestnya,rasa tak sedap..daging liat..huwaa..sibbaik tak tercabut gigi masa tu..sabo jelaa kan,yang lebih sadis..kuah kacang dia pun hambar..perghh..complete satu pakej kat situ..huhuuu.. sapa suh malas wat sate kan..dah tau nak makan sangat,tak reti2 buat sendiri..adehh..

Moh ler layan gambar.. korang pun mesti dah kenyang..hehe

Sate ni memang best!daging ayamnya lembut,cukup perap..makan gitu pun dah best!

Ni kuah kacangnya..akukk sukakk!tak pekat sangat,tak cair sangat..

Jadi bila digandingkan..ermmmph!mabeless..
sate kajang pun aku boleh lupa dah rasanya..hehe..

Bila kali terakhir korang makan sate? ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...