Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, March 2, 2011

Bubur Keladi ..Yummy!

Lama tak makan bubur keladi nih...takkan makan masa pantang lak kan..carik pasal?eheh..
Nih menu peberet my cik abe..Eh,nama i.c menu nih bubur ke pengat?ahh...kitorang biasa panggil bubur jer..jadi letak laa nama bubur kan..sesetengah tempat panggil pengat kan?kan?jawab ler kalo baca..duk diam lak :D

Contoh keladi aku gunakan ada kat gambar atas tuh..tinggal sejibik sebijik tuh jerlaa tergolek2 dari asalnya yang 3 jibik ketui..
Kalau tak silap aku laa,ni spesis keladi thailand..kalau silap tolong kembalikan aku ke pangkal jalan..
Kalo yang muda2 sedang nih memang takde yang keras2 isinya bila direbus..kadang2 ikut nasib(ke x pandai pilih) dapat lak yang isinya keras..xnak lembut2..maksud aku,dalam seketul keladi tu,hampir separuh jer yang benar2 lembut..selebihnya keras jer..bukan laa keras macam batu,tapi tak selembut seperti sepatutnya laa..huhu..

Yang kali ni cik abe yang pilih..memang best double boiler! semuanya laaa lembutttt jek..pastu dah isi keladi lembut of coz laa kuahnya akan berkrimmm jek..sebab tu aku tak letak pun sagu mata ikan untuk bubur nih..rasa tak perlu dah.

Sungguh best tau keladi nih dibuat bubur/pengat gini..korang yang lum pernah rasa tu rugi giler2 kentang..(aku tak tau maksud sebenar perumpamaan nih,orang sebut aku nak sebut gak) :P
Nak resepi?Nanti2 laa aku update..simple amat nak buat..tapi sedapnya boleh pengsan di merata-rata tempat..


Tahu tak,kalau tak habis makan begitu sahaja(panas/sejuk) ia juga sedap diblender selepas separuh sejuk bekukan..jangan lupa tambah susu pekat n susu sejat untuk rasa extra berkrim..Yummm2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 1, 2011

Resepi: Red Velvet CupCakes

Eheeee...orang mengupcake,dia nak mengupcake gak...orang mengvelvet,dia nak mengvelvet gak...orang mendeko,dia sibok2 nak mendeko gak..ahak ahak...
Ahhh..tak kire! tak kire!deko hancus ke ala2 main pondok2 ke,nak jugak tayang kat skrin komputer korang..muehehe...

Dari bulan lepas lagi nak buat cupcakes nih..eh,bukan arini baru 1haribulan ke?heh..
Peram punya peram,tak jugak jadi tapai..arini baru sampai seru nak buat..

Memang teruja jer nak buat sebab sana sini orang duk buat kek velvet walaupun resepi berbeza2..Pastu ada yang cupcakes,ada yang kek bukan dalam cup..ehe..
Apa2pun,honestly aku tak tau nak kata kek aku nih jadik ke idak..nak kate bantat,tak jugak..nak kate gebu pun tak jugak..adehh...
Ala2 tekstur muffin gitu...mesti aku ada tersilap mana2 ke kan...huhu..tapi rasa memang sedap ah!Tambahan lagi makan ngan frosting cheese nih..
Errk!bukan aku ngan berdiet ke?Aku lupa kot tadi.. :P

Sebenarnya yang menambah keterujaan nak buat tu adalah nak test power mendeko guna toys baru(ecece..nak jugak bagitau) yakni nozzle yang dikirim dari Johor aritu..Terima kasih wat kak Baya yang susah2 tolong beli. Lepas ni mesti berderet laa nak mendeko kek kan(verangan laa nih..ntah2 mula2 jer excited..kikiki)

Mula2 nih kita deko laa simple2 dulu..cewah!ayat sombong tul...macam laa reti buat yang tak simple...kakaka..adehh2
Masalahnya kan, bila dah deko2 banyak2 kang sapa nak makan eh?


Awww..aku sukakkk sangat2 gambar nih..biru!biru!biruuu!ngee ;P

Rasa terlepas dendam nengok jeli kak nor n bekas puding beliau aritu..hahaha..sibbaik aku tak jumpa cawan kertas kaler biru.heh

Cerita terpanjang laa pulak kan..orang nak nengok resepi jer..muehehe...jom ah!cekedaot resepi dari naz79@myresipi nih..mekasih naz yer. :)

Red Velvet CupCakes >> Naz79@myresipi.com

Bahan-bahan ( 12 biji )

* Bahan kering
* 2 1/2 cawan tepung gandum
* 1 1/2 cawan gula icing
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti)

* Bahan basah
* 2 biji telur
* 1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran)
* 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu)
* 1 sudu kecil vanilla essence
* 1 sudu kecil cuka putih
* 1 sudu besar pewarna merah
* Cream cheese topping
* 125 gm cream cheese
* 1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
* 1/2 cawan gula icing
* 1 sudu besar perahan lemon

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180 degree celcius
2. Ayak bahan kering
3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
4. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
6. Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk

Kek nih perisa coklat,pastu topping tu perisa cream cheese..gabungan yang sedap.. Pulak tu sesaje letak topping over2 gitu kan..hahaha...

Next time nak try resepi lain lak..ehee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pucuk Paku Goreng Belacan

Nasib korang laa kena hidang dengan umai selama beberapa hari kan..hahah..
Maaf dipinta kerana aku secara mendadak diserang virus popular iaitu virus M nak update..hihi..
Apa2pun virus tu semakin terhakis dan terhakis maka nya aku mulakan entri hari ini dengan hidangan sayur hutan ni haa..

Mesti semua orang pernah makan kan..rugi laa kalo tak pandai makan nih.
Dah lama tak makan sayur ni,jadinya dalam perjalanan balik dari kampung aritu singgah tepi jalan sebab ada orang jual sayur ni..best2.

Kalau sayur gini memang best letak perencah lebih..

Pastu masa nak makan perah limau kasturi..perghh!Ni adik aku yang ajar cara makan gini..memang meletops laa ..terbuka jer selera yang dah sememangnya ternganga..

Buat Siti n mereka yang nak mencuba, di sini buh resepinya sekali yer..

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk paku-ambil bahagian yang muda sahaja(potong,cuci n toskan)
  • 1 tangkai cili merah/tmbh cili padi jika suka pedas2*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu mkn udang kering*
  • 1 sudu mkn belacan(bkr dulu jika suka)*
  • Garam dan perasa/gula
  • Limau kasturi-optional
  • 1/3 cawan minyak masak
Cara2:
  1. Tumbuk/kisar guna pengisar bhn kering bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi,bersama garam dan perasa/gula.Kacau sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan sayur pucuk paku dan kacau goreng seketika. Jika suka sedikit kuah,boleh lah tambahkan sedikit air
  4. Kacau goreng sampai mendidih dan sayur masak.Jangan terlampau layu yer..tak sedap..
  5. Sebatikan rasa dan siap untuk dihidangkan..
  6. Perahkan limau kasturi ketika hendak makan-jika suka.. selamat mencuba!

Kalau makan gini ngan nasik panas2 pun dah best kan...try laa perah limau kasturi ! =)


Resepi simple2 aje ye..kalau ada yang tak tahu,sila request..akan diupdate kemudian..maklum laa virus M lum terhakis sepenuhnya..hakhak :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...