Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, January 18, 2011

Semalam terima parcel..

Minggu lepas dapat sms dari Kak Rosaliza..katanya,dia ada kirim minyak YU YEE.. Betapa prihatinnya kakak ku yang sorang nih..sebab pada entri yang lepas pernah aku bagitau cari minyak yu yee untuk legakan perut baby,tapi kat sini tak jumpa lak.. Bukan tak jumpa sebenarnya,tak cari beria sangat sebab minggu lepas tu balik kampung gak.Bila balik miri hari tu,aku cari kat farmasi,alhamdulillah..dah jumpa juga. Tapi tak terlintas lak nak update sampai menyusahkan kak liza nih haa..apa pun, terima kasih akak!

Lepas tu poslaju yang tak berapa laju nih tak sampai2 gak pada waktu yang dijanjikan(patutnya selasa lepas dah sampai). Telefon pejabat pos rupanya diorang ada masalah transport..erkk..boleh jadi gak rupanya yer..dia kata minggu depan sampai kot.huhu..dipendekkan cerita,sampai la barang tu semalam.alhamdulillah..walaupun dalam keadaan yang uzur dah bungkusannya..ekeke


Besar betul bungkusan minyak yu yee nih kn..hee


Pastu kan..tak cukup nyusahkan diri belikan minyak yu yee, kak liza bagi macam2 lagi haaa..ada lak 2 pasang baju untuk Zhariff..'mekacih aunty liza'<-zhariff nyampuk. ;) Lepas tu kan,ada lagi..jap lagi aku wat tayangan amal ehh..hehe..

Oh..bukan yang ni..nih zhariff baru bangun tido petang semalam dengar bunyi kakak2 dia yang duk bising suruh buka bungkusan tu.. :P
Mekasih sekali lagi buat kak liza n suami yang sanggup pos minyak yu yee untuk zhariff dan barang2 yang lain tu yer..lebiuuu kak!
Tayangan amal akan diteruskan selepas ini..
Pergi laa ke mana2..pastu datang balik yer..muehehe ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 17, 2011

Gantung Award Drpd AlongRoz n Kak Ilahjy

Pertama. nak gelak dulu..terserlah kejakunanku nak letak award animated gini..siap carik Kak Nor lak tadi tanya dia camne sebab x bergerak seperti sepatutnya..haha..
Apa2pun terima kasih banyak kepada pemberi award iaitu Kak Ilahjy dan AlongRoz.. Sungguh terharu sebab ingat juga akak2 kat kite nih..huu...
Sebelum nih ada juga Along n kawan2 lain suh amik award..tapi mintak maaf bebanyak yer..sebelum ni kadang2 tu x sempat nk amik sebab lambat tunggu loading.tenet lembap.
Jom tengok award yang comel nih..alololoo


Award ni di kembarkan dgn mesej berikut:

PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.
-THE END-


Terimakasih sekali lagi buat AlongRoz n kak ilahjy yer..walaupun award cyber tapi daku amat menyukai n menghargainya.. :D

Sekarang nak pass lak award ni kat 5 orang.. memandangkan aku baru jer kembali ke dunia blogging nih secara aktif..(hari2 aku bukak blog sekarang..update jer tak nya sebab masih dlm proses(eceh) penyesuaian)
Jadi aku tak terpilih lak sebab dah banyak dalam link list..yg tak tersenarai pun sila2 laa amik jugak yer..jangan malu2.

Tapi yang 5 nih wajib amik yer..hehe..blog masing2 ada keistimewaannya..tak caya gi tengok blog2 mereka ini
  1. Kak Rosaliza
  2. Kak Sueozana
  3. Noorsha
  4. Jiya
  5. kak watie


Note:Kot2 ada yang jakun cam aku gak:cara nak amik award nih adalah korang highlight dulu award tu,pastu right click. Klik 'copy'..bukan copy image tau..klik yg copy susu jek. pastu terus 'paste' ke post yg nak di create tu..takyah save2 dulu cam aku.haha *tutup muka ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 15, 2011

Roti Gulung Sosej

Salam hujung minggu.
Dah hujung minggu pun yer.. cepat betul masa berlari.

Dari tengah hari semalam try upload gambar..agaknya tenet lembap sebab cuaca pun lembap ni kot. Ni pun masih terkedek2 jer tenet nih..huhu

Apapun nih sarapan semalam ye. Ingat nak buat minum petang sebelumnya tapi tak sempat pula. Jadi 'frozen'kan malam tu dan goreng di keesokan paginya.
Sedap dan rangup..

Senang nak makan kalau dipotong2 kepada empat bahagian.. Guna sosej yang sedia ada cheese tu pun sedap!

Resepi dikongsikan oleh Aziemas@myresipi.com .Mekasih kak azie yg chomel.. ;)
Jadi tanpa membuang masa lagi,yuk kita lihat resepinya.

Roti Gulung Sosej >> Aziemas@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )
• 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
• 8 sosej ayam @ daging
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan
3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas
4. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
5. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs
6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
7. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

Yang nih aku buh kepingan keju sekali..memang best jer melting(mencair) gitu bila dipotong panas2..pergh.sah2 bersukaria dah lemak2 dalam badan nih sebab dah ada tempat menetap.

Bila dah potong kecik2 gini senang nak makan ramai2 dan berebut2..hehe.

Pada yang tak pernah jumpa dengan bread crumbs tu,boleh buat sendiri dengan membakar roti sehingga garing dan diramas sehingga hancur..

Ini laa rupa bread crumbs atau serbuk roti untuk menyalut roti gulung tu yer

Kali ni aku ikut tips dari kak Ganu kite..dengan menyapu telur tu menggunakan berus masakan agar roti lebih rangup dan sekata lagi salutannya..sebelum golek atas serbuk roti..mekasih Kak Nor atas tip nya yer. Nah amik seketul..eh,lupa dah abis.hee ;P

Sedia untuk digoreng atau masukkan dalam plastik dan di'frozen'kan dan boleh digoreng bila2 masa.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...