Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, January 14, 2011

'Sesiapa yang baca ini jangan beritau orang lain'

Masa sekolah dulu korang duduk asrama ke harian?
Aku pelajar harian dari form 1-5. Tak sekolah tinggi2 pun,gayat katakan.
Tapi dalam pada harian tu ada juga kadang2 pergi asrama ni,ikut kawan2, kejap2 jela..
Sempat gak la tengok kat asrama tu macammana kehidupan harian mereka kan..nampak seronok jer,mesti tiap masa ada kawan untuk teman bercerita..kalau nangis2 tension mesti ada kawan2 akan datang pujuk. Tapi mesti dalam masa yang sama,mesti ada musuh gak..hehe
Tapi paling menarik masa tu kalau tengok peralatan harian diorang..contohnya baldi. Ada tu yang tulis 'TOLONG JANGAN CURI' . Sungguh bersopan ye..pencuri pun agaknya bila dah baca tu,'oh..dia tak suruh curi..' pastu letak baldi tu balik.hehe

Sama kes dengan anak bujang aku nih..hish!budak2 sekarang ni lelaki pun pandai bergosip ko. Macam2 betul laa..ops!aku tak boleh bagitau orang lain sebab aku dah baca.. :P

Betulll...tak caya?meh zoom in sikit. Aku ni kan jujur...huahua..
Kan?kan?Entah apa2 laa guna dia tulis benda2 gosip nih...Ingatkan catatan pelajaran ke apa..hadoii laa.cuma aku tak sure,gosip2 nih tahun ni atau last year punya.. Ala,bukan gosip artis pun. Pasal kawan2 dia laa tu..
Yang jumpa buku ni adalah si kecik Yana..tu yang contengan merah tu hasil seni beliau laa tu.

Lepas conteng,suka buat muka tak bersalah!

Satu lagi,pernah tak anak2 korang buat sesuatu yang buat kita nak marah lepas tu konfius nak marah ke tak..nak marah ke tak..?? Aku selalu. Kadang2 nak marah jadi tersenyum simpul(sebab nak tahan gelak) dengan karenah anak2 ni. Bukan tak cukup tegas..eh,memang pun tak cukup tegas kot?hehe..
Yela,contoh laa dak kecik yana nih..kita kata jangan main minum kat ruang tamu..tumpah nanti. Sekali betul2 tumpah. memang nak marah tapi sebelum kita bersuara dia dah kata..'haa,dah tumpah mak..ambil kain lap,k...ambil kain lap..nana lap dulu'sambil berlari ke dapur mencari tuala nak lap air tumpah.' Nafsu nak marah pun dah terbantut tau!huhuh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 13, 2011

Puding Karamel [Kukus]

Semalam tak sempat2 nak mengupdate blog yang baru nak hidup balik nih...kang bukan mati hidup semula,tapi mati pastu mati semula..muehehe..eh!mana ada blog ni mati aritu..dia kejap2 pengsan jer..pastu bagi cpr baru ok.. :P

Oklah,menu yang sedang berposing nih sebenarnya buat semalam..ala,versi kukus! Maklum laa cik Temah..oven masih kat kedai tu haaa..lum ada masa sesuai nak gi sukat supermarket..
Adapun nak mencuba resepi sekarang ni yang kukus2 jer laa nampak gaya yer. Yang bakar2 pun meh kita kukus.ahak

Satu je aku muskil...ni pehal puding aku dah cam puding roti lak eh? Rasa dah sedap semua.. Kukus ikut sedap hati akuu jer dah ikut resepi asal kate sampai 45 minit..1st time katekan..Sebelum ni pernah ler buat juga yang kukus,tapi berlapis2..
Yang sekali harung kukusnya nih 1st time laa ni.. sapa ada pengalaman sila tampil ke hadapan..harus kukus kejap je ke ek?
Sebab apa,yang sebelah bawah tu dah elok dah halus licin cam muka aku. Mengikut firasat aku kalau kukus lagi lama,makin habis lah kelicinan puding tu. Tapi persoalannya di sini(cewah!) kalau kukus sekejap,masakkah puding itu nanti cik Temah?

dari segi rasa,memang dah sedap ok..dari segi tekstur tu jek kurang memuaskan aku.hee..
Apapun,nak juga kongsikan resepinya di sini..

Err..,aku dapat resepi kat myR..tapi aku cari punya cari,tak jumpa lak..yang aku ingat bahan2 jer..nama pemberi resepi pun daku terlupa.heh..ni aku ngah cari balik laa ni.lupa nak copy url la semalam.eheh.dah dapat nanti aku tepek. (asyik lupa jek?) ;P

UPDATE:
Dah jumpa!dah jumpa!sibbaik ada orang baru komen kat resepi tu jap td..patut ler tak jumpa. Penyumbang resepi eja 'caramel',aku duk carik 'karamel'..hihih...nih resepinya yer..terima kasih mdm_aina@myresipi.com

Puding Caramel > mdm_aina

Bahan-bahan ( seloyang )

* 7 biji telur
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 tin susu cair
* 1 cawan air
* 3 sudu esen vanilla
* 3 sudu gula

Cara-cara

1. campur dlm blender - telur, susu pekat, susu cair, air dan esen vanilla (blend sekejap je)
2. masukkan gula dlm loyang dan layangkan loyang atas api sederhana sampai cair(golden color) - ratakan dan biarkan mengeras
3. tuang bahan yg dah di blend ke dlm loyang - kalau nk cantik, sila tapis adunan tu
4. kukus selama 45 minit - jgn selalu buka penutup pengukus, nnti puding x gebu.hehe
5. selepas angkat, biarkan sejuk sedikit baru la terbalikkan puding..lepas tu..tadaaa...mamam

Senang jer kan?selamat mencuba bagi yang ingin mencuba. Kalau berjaya jom kongsikan hasilnya n hantar report kat penyumbang resepi yek! =)


P/s:watak cik Temah hanya rekaan semata2.hemuh2 ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 11, 2011

Sandwich Crackers Sardin Goreng

wat minum petang semalam..
Pernah dulu kalau tak silap aku, adik aku kata kawan dia buat bisnes kuih ni..cuma aku tak pernah tengok la pulak masa tu sebab tak berkesempatan.
Tapi kalau ikut imaginasi akuberpandukan penjelasan adik aku tu,kuih tu memang gini la..eheh. Jadi untuk merealisasikan sendiri...tu yang cuba tu.. :D

Best cam bread goreng biasa buat tu tapi kan,bagi aku agak kering la pula kalau digoreng ni..'allignment' rasa inti yang sedap tu dah lari sikit..hehe..macam kereta lak yer

Aku lebih suka makan inti dan crackers nya tu begitu sahaja..seperti gambar di atas..yummy!

Resepi nih dikongsikan oleh acha di myresipi.com..thanks acha! ;)

Kat sini aku edit semula memandangkan aku rajin sikit nih..dan untuk rujukan di hari tua

Sandwich Crackers Sardin Goreng

Bahan-bahan ( 5-6 0rang )

* 1 bungkus biskut cream cracker(tiger)
* 1 biji bawang besar(potong dadu)
* 1 tin sardin(dihancurkan isi sardin nya)
* 2 sudu sos cili
* 1 sudu tepung kari
* sedikit garam,perasa dan gula

* Bahan lain:
* tepung gandum
* tepung beras
* sedikit garam
* pewarna kuning@serbuk kunyit
* minyak utk menumis dan menggoreng

Cara-cara
  1. Tumis bwg besar dlm sedikit minyak,masuk tepung kari dan sos cili,kemudian masuk sardin yg dh dihancurkan tadi.
  2. Selepas itu masuk garam/perasa dan gula. Inti siap dan sedia digunakan.
  3. Sapukan inti sardin ke atas cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers.buat sampai habis.
  4. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras disatukan dgn air seperti adunan tepung pisang goreng dan campurkan sedikit pewarna kuning atau boleh ganti dgn serbuk kunyit.
  5. Celupkan cream creakers tadi kedlm adunan tepung dan goreng ke dalam minyak yg sederhana byk/panas sampai kekuningan dan ranggup.
  6. Angkat, toskan dan potong 2 seperti sandwich.Sedap n simple...Selamat mencuba!

Ada inti lebih tu aku intikan lagi kat atas crackers yang dah digoreng...hmmpp..marbelesss..!penggemar sardin boleh meroyan nih..hehe

Resepi asal boleh tengok SINI[klik]

Akan update cerita kemudian ye..my roommate just came back ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...