Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, January 11, 2011

Kek Horlicks Marble [Kukus]

Nih buat masa hujung2 pantang hari tu....saja2 lepas gian 'mengekek'.
Tapi malas nak mengentri..
Buat pun zup zap zup zap jer....tengah2 syok me'marble' tu,Zhariff dah 'ngaaa...nggg ngaaa..ngaaa'(pesen nangis alaf baru)
Pulak tu abanglong ngah main beskal n kakak gi main ngan geng2 dia..nak harap kakak kecik tu,lum boleh harap lagi..lagi menangis ada..sibbaik buat kek nih tak lama..heee..

Kalau dah hujung2 pantang tu..let say after 4 minggu gitu aku memang tak pantang sangat makan kek(ada telur)..cuma takde laa makan beria2 sangat...tapi kalau telur direct makan gitu jer aku masih boleh elakkan lah..macam telur goreng ke,telur rebus ke..taknak laa jugak.. Kakak ipar aku selamba jer tak pantang telur..katanya janji masak dengan halia.. Aku rasa masing2 pandai sukat kat badan masing2 lah ye..senang cerita. Pantang larang orang tua sekadar panduan sahaja..kan?ke ada yang tak setuju? hehe

Berbalik kepada kek..kek nih perisa horlicks dan lembut jer... tambahan lagi guna mentega golden churn..pastilah sedap macam kek kukus lain gak..pastu tak ikut resipi sangat..main campak bahan yang ada ajer..sibbaik sedap(puji ikhlas kat diri sendiri nih..haha)
kek basah2 memang laju sikit habis kat rumah ni...plus,oven aku buat hal la pulak sekarang..tak ada aktiviti membakar2 laa sehari dua ni..
ada sapa2 nak belikan oven baru?ngeheheeee ;P

P/s: Jangan mintak2 ye,kek ni dah lama abis... =D


*my roommate balik arini dari Miri..yeyehhhhh.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 10, 2011

Apam Gula Melaka

Hari tu beli gula melaka. Beli jer,tak tahu nak buat apa. Dah beli sayang la pulak kalau tak guna. Satu hal la pulak nak fikir nak buat apa dengan gula melaka yang dibeli. ;P
Jadi selongkar dapur orang kat myResepi. Terberkenan laa nak cuba resepi kak ita nih..
Sebenarnya daku bukanlah penggemar tegar menu apam ni..dalam banyak2 apam pun selalu aku dapat telan seketui ja(sekali santap)..ok la,paling banyak mungkin 2..tapi belum pernah lagi rasanya. Kecuali apam pisang jer yang aku layan sikit..tekak aku ni rasanya terbawa2 dengan tekak roommate aku ler..mana yang dia suka kadang2 terbawa2 jugak suka,yang dia tak suka,boleh jadi kita pun tak suka. hehe..

Apam gula melaka ni pun pertama kali cuba buat. Simple. Sedap. Buat penggemar apam jenis ni harus cuba sendiri yer. Tak guna mixer pun.

Kak ita,mekasih yer sudi share resepi..pasni makan seketui lagik..seketul2 lama2 jadi berketul2 lemak kat badan ni bercambah.hihih..

Apam Gula Melaka [Rossitamz]

Bahan-bahan ( 14 biji guna papercup saiz besar )

* 125gm gula pasir
* 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
* 150ml air
* 250 gm tepung gandum
* ½ sudu teh soda bikarbonat
* ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
* 1 biji telur
* 100 ml minyak masak

Cara-cara

1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Ramai yg dah cuba resepi ni,terbaru yang hantar report adalah mas n ijahdaut.leh selongkar dapur diorang yer.hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Akhirnya..44 hari sudah..

Salam n selamat pagi isnin..
Pagi?ahak..lama dah tak ngentri pepagi ni.. :P

Hari nih genap 44 hari dah tempoh berpantang yang kita orang melayu biasa amalkan..
'sekejap' jer masa dah berlalu kan..nge nge..sekejap ke.. :P
Ini bermakna dah main kejar2 dah bebas laa sikit nak jalan-jalan ke mana2 dan makan yang dipantang dalam tempoh tu..cuma kata orang,adalah baiknya makanan yang sejuk2,makanan 'tajam2',pedas2 ke dan segala yang berkaitan(bab ni kena pandai adjust sendiri ikut kemampuan badan masing2 kot..)sebaiknya teruskanlah berpantang sehingga 60 hari atau sehingga diyakini oleh tubuh sendiri.
Kadang2 kan sesetengah wanita selepas berpantang pun masih tak yakin nak makan makanan sejuk seperti timun,kangkung dan sebagainya..sebaiknya makan la sedikit2 dulu,biar badan adjust balik nak bagi biasa..insyaAllah tak ada apa2..nak lagi yakin,tunggu 60 hari. :P

Sebab menyusukan bayi juga adalah faktor untuk tidak makan sewenang2nya..ni pun bergantung kepada antibodi ibu dan bayi juga kan.
Tapi bayi dah ok sikit laa kalo banding masa baru lahir dulu..tak sensitif sangat. Kena makan yang makanan yang merangsang pengeluaran susu badan juga kan..
Setakat ni alhamdulillah rezeki baby mencukupi malah melebihi pulak,boleh laa kongsi dengan kakak dia yang masih menyusu gak kadang2 (atas permintaan dia sendiri).

Syukur lah,kali ke empat berpantang ni sedikit sebanyak pengalaman pun bertambah..
Paling disiplin, mandi dengan air panas(daun2 herba). lulur tu kalau rajin dan berkesempatan baru guna.ehe..
'Cuba' mendisiplinkan diri dengan minum-air panas(suam) sepanjang tempoh 3 minggu. selepas 3 minggu masih minum air panas juga cuma kadang2 dah minum air masak/mineral(tidak berais).

Apa-apa pun,terima kasih kepada semua akak2 n kawan2 sama ada melalui blog atau facebook yang banyak mengingatkan..melarang itu ini,bagi 'makan curi2'(hehe) dan sebagainya dalam tempoh aku berpantang nih..

Dan terima kasih tak terhingga juga buat kakak2 ipar(walaupun diorang tak baca blog aku nih) serta keluarga mertua..dan juga keluarga aku semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan istimewa sekali buat suami tersayang..walaupun sibuk amat dengan kerja yang memeningkan kepala di hujung tahun,dia sempat juga memasak dan tolong apa2 yang tak sempat ditolong kalau bukan masa aku berpantang.. Terima kasih ayang..i love u so much! Anak2 ku juga,Abglong,kakak n Yana(now dah kakak jugak)..thank u kids..muahhh2..
Dah mcm dapat award jer nih.

Oh..dan tak lupa juga buat kawan2 n saudara mara yang bagi gift n sebagainya kat baby Zhariff..murah rezeki beliau.. :)

Update gambar Zhariff yang dah berusia 44 hari..(sempat snap pagi tadi..)hehe. Pasni zhariff dah boleh pergi Yun Nam Hair Care dah nampak gaya nih.hikhik.. ;P

P/s:Dah berakhir pantang tak bermakna tak boleh kongsi pengalaman hamil,bersalin,berpantang dan menu pantang kan..
manalah tahu ia boleh membantu mereka yang lain.. ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...