Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, April 3, 2010

Air Samboi Kasturi

Memandangkan sekolah anak2 cuti Isnin nih,hari nih kalo takde aral melintang nak coti2 ke Sibu lak....salah satu bandar kat sarawak..walaupun org sarawak,kalo xde tujuan ke cuti2 ke..malas gak nak gi bandar ke bandar nih.. Bintulu misalnya mungkin akan singgah jer sebab dalam perjalanan balik kampung memang lalu area bintulu..sibu ni arah bertentangan,yakni(cewah bahasa kemain) menghala ke kuching..kiranya antara miri n kuching,mukah nih duk tgh2 ler..

Oklah.bercerita mengenai air yg sedang berposing anggun..hehe...
Air asamboi dengan jus limau kasturi nih..memang oltaim peberet ler..
Teringat masa gi camping pengakap masa sekolah form 3..ada pulak orang duk menjual air nih kat luar simpang kawasan perkhemahan...sebungkus 50sen..satu hari 2,3 kali ulang alik beli air nih...sampai 2,3 bungkus.....habis satu aktiviti,gi minum..rasa dahaga gi minum.. last2,sampai serak suara woo..hahaha..sampai sekarang xleh lupa..rupanya ada efek juga kalo minum amat byk sekaligus..hehehe..tapi kan,sebab nyamannnn jek tekak merasa masam2 manisnya,memang berbaloi lah!
Kalau bulan puasa,ia juga menjadi menu pilihan..

Oklah,memandangkan ada jugak yg lum pernah buat air nih..tepek jugak resepi kat sini eh..
Sukatan tu kena adjust sendiri yer..kalo nak lebih manis ke,buh gula lebih..nak lebih masam,buh limau lebih..kalo asamboi tuh jenis dah masin gitu(sebab kdg2 ada gak yg masin sedang jek,x perlu letak garam dah)..


Bahan2:
  • Jus limau kasturi
  • Asamboi merah
  • Gula
  • secubit garam(jika perlu)
  • Air secukupnya
  • ketulan Ais
Cara:
  1. Dalam gelas/jug,masukkan asamboi(kalo nak cepat tmbh sedikit air pns),jus limau kasturi,garam dan gula. Tambah air dan kacau sehingga gula hancur. Tambah ketulan ais dan sedia untuk diminum..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 2, 2010

Light Blueberry Cheese Cake

Mak aii...lamanya nak upload gambar ciskek nih...
Tunggu punya tunggu kuar seketui jek gambar yg berjaya..terpaksa tunggu lagi..tp takpe2,janji kuar jugak kan..ehehe...

Bagi yg ternanti2 resepi kek nih meh nak kongsi..oopp..jap2..nak stori laa sket eh..
kek nih sebenarnya basic dari resepi slice cheese cake dr Ros jepun nun..
Tapi dah di alter sket2 jadik light blueberi ciskek ler..kenapa light?sebab buh blueberry tu tak sebanyak seperti yg biasa kita tengok kan..lepas tu kita boleh rasa blueberry tu di setiap gigitan..hehehe...
So inilah resepinya jika ingin mencuba yer..

Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
  • Blueberry filling secukupnya
Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
Mudah jer kan..tp hasilnya..hmmm..rasa cheese cake n blueberi yg tidak berat tapi tetap sedappp..yummy!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 1, 2010

HaSue is back..!!! :)

*Tajuk entri ala2 nak membakar semangat sendiri gitu..ehee

Salam semua sekali..haiiiii.. rindu sama saya tak?ngeee... makcik2..pakcik2..kakak2..abang2..adik2..anak2... dan sesiapa jelah yg ter'view' entri nih yer... sihat semua?bagus2..

Pheww..sedar tak sedar,dah masuk 1 April yer...
genap setengah bulan selepas entri daku yang terakhir.. sebenarnya memang nak bercuti blogging n x sure 4 how long n x sure juga samaada nak terus berblogging ke idak sebab bila dah cuti berblog...banyak benda juga yang kite boleh buat menggantikan masa blogging nih...lama2 rasa malas juga nak kembali kan..tapiiiii,alangkah terharunya kemunculan rakan2 blogger dan bukan blogger duk tanya bila nak update kan...
walaupun pada mereka sekadar bertanya jer,tp daku amat2 menghargainya...
Rindunya kat kawan2..

So..here i am!ehe

Pada yg nak resepi kek cheese blueberry tu akan di post selepas entri ni yer..sabar2 yer,nak selongkar balik gambar lupa lak letak kat folder mana..ehee..

Yang pastinya juga pada semuaaaaa...rakan2 blogger dan yg bukan,rakan2 FB semua..yg drop komen x kira kat mana2 yg boleh dibaca sebelum nih tima kasih byk yer..adehh,terharu2..sori x dpt sebut satu2,kang tak tersebut kecik ati lak..eheee..

so kita jumpa lagi yer pasni...nak blogwalking pun ntah sempat ke idak hari ni..ehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...