Assalamualaikum..
Bertemu kembali di pagi Khamis yang indah ini.
Musim haji sekarang ni ek..semalam incik suami pun turut terlibat menghantar bakal jemaah haji ke airport.. ada juga di kalangan rakan2 blogger yang ku kenali melalui dunia maya ni seperti kak Anymz dan kak Ummi yang pergi menunaikan rukun islam ke 5 itu juga..dan baru baca tadi suami n MIL kak Rosaliza juga telah bertolak ..alhamdulillah..semoga mereka yang pergi ke tanah suci selamat pergi,selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur..aminn
Musim haji sekarang ni ek..semalam incik suami pun turut terlibat menghantar bakal jemaah haji ke airport.. ada juga di kalangan rakan2 blogger yang ku kenali melalui dunia maya ni seperti kak Anymz dan kak Ummi yang pergi menunaikan rukun islam ke 5 itu juga..dan baru baca tadi suami n MIL kak Rosaliza juga telah bertolak ..alhamdulillah..semoga mereka yang pergi ke tanah suci selamat pergi,selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur..aminn
Baiklah,terus ke menu hari ini.
Nih pertama kali laa aku buat dan merasa sendiri fresh fruits tart ni ha.. Sebenarnya nawaitu semasa membeli stoberi tempoh hari tu nak membuat pavlova..tapi napa tah niat terpesong di saat2 akhir tanpa kawalan. Cuma pemikiran yang logik untuk dinyatakan adalah sebab nak ngabiskan stok tart shell yang masih berbaki lepas raya tempoh hari..masih rangup lagi duk elok dalam bekas. Crust ni kalo dah desperate sangat nak ngunyah biskut boleh gak belasah nih jadi kudap2an.heh :-D
Sebab tu laa kalau korang tengok tartlets aku kat bawah nih serba kekurangan...buah tu jer yang ada dalam esbok..tskk2..kiwi pun tarak..epal ada tapi macam tak sesuai laa nak buh kan.tapi kan,dua jenis buah ni pun dah memadai rasanya nak ngam dengan kastad dalam crust tart yang comel tu..rasa buah tu yang ending kunyahan kita buat tart ni rasa best dimakan. Aku jarang sangat jumpa stoberi ni..aritu beli kat Bintulu dalam perjalanan balik dari kampung...tu pun dapat last kopek..huu..
Dikongsikan di sini pula resepinya..selamat mencuba buat anda yang ingin mencuba sendiri..insyaAllah,sedappp! ;-)
Agak2 malas sangat nak buat,boleh la order kat mereka ye..
RESEPI KRIM KASTARD dan FRUITS TART
Sumber resepi : Dari Dapur Azita Zain
Sumber: AnnaQawina@ Qasseh Al-Zahra
Bahan2
Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin@mentega
Cara2 :Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.Masukkan ke dalam piping bag.
**Buah2an : Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.
**Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional) Cara Untuk Menghias : Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust. Susun buah2an pilihan. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.
Nota :
- Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi. **Anna pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..
- Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang. Alhamdulillah sedap Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard.
Nyummm...sedap2!
Untuk resepi crust tart tu,aku masih menggunakan resepi kak Azita jugak..boleh la rujuk di SINI ye... oh ye,aku guna unsalted butter untuk crust nih.. nanti line ok,insyaAllah kopipes resepi ke sini untuk memudahkan rujukan..ni try buka link tadi tak dapat2 gara2 tenet lemau tahap kronik..huhu..
Oklah,nak gi blogwalking mana2 sempat jap..hee