Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, January 27, 2010

Puding Roti Coklat Chips

Sebenarnya puding roti bukan peberet kat umah nih.. tak tau nape..tp memandangkan ada lebihan roti tu dari terbuang begitu saja..tu yang buat puding/ bingka ceklat nih...
Nak buat tu senang jek..koyak2kan roti,buh dalam bekas..pastu tuang adunan atasnya dan tabur coklat chips...adunannya leh rujuk adunan untuk tart telur.
Sedap gak makan bingka perisa coklat gini kann...

Lagi enak kalo dimakan sejuk... :D

Ini resepinya untuk Sue@Nenie dan mereka yg nak mencuba yer..

Bahan2:
  • Roti putih secukupnya
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan air
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 tbs tepung kastad
  • 1/2 tbs esen vanilla
  • Coklat chips secukupnya
Cara2:
  1. Panaskan oven ke suhu 180c
  2. Koyak2kan roti dan letak didalam bekas yang sudah digris mentega / atau boleh juga guna ramekin -
  3. Campurkan semua bahan2 lain dan kacau perlahan sehingga gula benar2 larut.
  4. Tapiskan dan tuangkan ke dalam bekas berisi roti tadi sehingga penuh dan menutupi roti
  5. Taburkan coklat chips dan bakar selama 20-25 minit bergantung pada jenis oven masing2..Selamat mencuba :)
P/s: Sibuk me'refresh'...asyik kuar 'page load error'... :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 25, 2010

Apple Crumble

Honestly,memang sedap apple crumble yg simple ni..bagi penggemar epal sekelian,harus dicuba yer..thanks to Ijayuji dan kak ina yg promote resepi ni...hehe
Tapi memandangkan masa buat ni my hero takde kat umah so aku layan sorang2 jek..opps,berdua..sebab eyana ok jek bila aku suap..hihih...masih ada lagik dlm esbok tu.hehe..so sapa2 lum try lagi tu,even korang tak suka epal crumble..try laa buat sekali ekk..kot2 berkenan ke..

Dah macam iras2 pai epal lak ..ehe..guna epal hijau 2 biji dan epal yg saiz agak besar tu guna setengah bijik jek...rasa masam2 manis gitu.ala2 citer P.Ramlee.. :D

Oklah..resepi nih c n p dari rumah Ijayuji ..tq2

Bahan-bahan

Utk Crumble *loyang 18cm
• 100g tepung gandum
• 40g gula
• 80g butter sejuk dr peti ais
• sedikit garam
Utk Inti
• 3 biji epal - kupas dan potong dadu
• 2 sudu mkn gula perang
• 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara

• Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
• Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
• Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
• Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
• Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
• Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Dessert omputih nih kalo bagi kita org melayu nih layan ngan teh o petang2 pun layan jek kan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 24, 2010

'Langsir' Siput

Aku agak teruja bila online malam ni..memandangkan tenet 'agak' laju dari beberapa hari kebelakangan ini..
Walaupun agak ngantuk,nak juga spend time lebih melayan umah cyber yg macam terbiar lately..
So, harap2 laa tenet akan terus begini walaupun selalu gak kuar page load error..tp at least bila pegi umah org tu tak 'hang' begitu saja setiap kali seperti sebelumnya..
Boleh laa membalas 'klik2' rakan2 juga :)

Jadi atas keterujaan aku nih,nak tayang 'langsir' dapur yg aku baru pasang Jumaat lepas..hek hek..Sebab apa nak tayang..goshh! i love this stuff since i was kid..heee...

My hero yg belikan aku masa trip ke Kuching tempoh hari...waaaa...aku suka banget dia belikan aku mende ni..thanks to him.heheee

Bayangkan siput2 ni dikumpul dari tepi2 pantai,dipilih dan dibersihkan..dipolish/dispray untuk mengilatkannya untuk nampak menarik...diattach satu sama lain...ingat senang ke nak buat sendiri...?Macam aku yg nak cepaat siap jek ni rasanya belum cukup seru nak buat sendiri..hihih

Oh ya..'langsir' ni untuk pintu dapur..kalo pintu bilik tidur kang cam tak sesuai lak kan...
Nasib baik si kecik kat umah ni tak tarik2 siput2 ini..lucu lak tengok mula2 tu dia nyorok bawah siput tu untuk elak dari terkena..
Selepas seketika baru dia tau nak selak bila nak lalu..hehe...

Setiap kali lalu pintu dapur..bunyi2 siput ni buat aku teruja jek...agaknya sebab dah lama aku teringin ngan 'langsir siput' nih...ehee
Kalo taknak 'berlanggar' ngan siput ni leh laa ikat ke tepi cam langsir kain gak kan.. :)

Note: Broadband siput ngan langsir siput..ermm..agak ironi yek :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 23, 2010

Chocolate Banana Cake

Salam..
Entri ni entri tertunggak namanya.. maklum laa..keadaan tenet yg kurang mengizinkan dan minta maaf sangat2 pada kawan2 sebab sebelum ni tak ter reply mesej2 komen tu bukan suka2 taknak reply tapi kuarnya 'page load error' memang sukar nak buat apa2 selain me'refresh' seadanya..apa2 pun nanti akan cuba dibalas yer..tq2...hehe

Kalau ada pisang yg dah masak ranum kat dapur tu,gi buat kek ceklat pisang ni...moist dan sedap..
Tapi bahan2 ikut selera jek tukar..bukan suka2 nak modified resepi orang yer.. :)

Resepi ni amik dari mamafami, pastu ke Alongroz pastu ke kaknor ganu..dari situ aku pas ke sini lak..ehe...mekasih kat akak2 sumer yek..

Amik dgn rasminya dari kabinet dapo Kak Nor..tq2

CHOCOLATE BANANA CAKE ~ source of Joy of Baking

Ingredients :

2 cups (400 grams) granulated white sugar
1 3/4 cups (245 grams) all-purpose flour
3/4 cup (75 grams) cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs > Sue letak 3 biji telur size B
1 cup mashed ripe bananas (about 2 medium sized bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2 cup (120 ml) milk >Sue letak susu sejat
1/2 cup (120 ml) safflower or canola oil
1 1/2 teaspoons vanilla essence

Method :

1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
7. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.
Tak letak ganache pun,sebab pisang yg aku gunakan tu pun dah manis..kek pun dah rasa manisnya...sedappp!

Psstt...Sebenarnya masa bakar tu, aku dah terbuai ke alam mimpi..dah pagi tengok2 sibbaik masak elok jek..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Happy Birthday Kak Rosaliza

Happy Birthday buat Kak Rosaliza...
Sue doakan semoga di usia baru ni akak mendapat yg terbaik dalam hidup akak dan apa yang diimpikan menjadi kenyataan...
Sori yer kak..dah berapa hari tak 'jumpa' kat tenet ni..huhu..
Di kesempatan ni juga sue nak ucapkan tima kasih kat akak kerana menjadi salah seorang pengunjung dan pengomen tetap kat blog sue yg tak seberapa ini..

Harap akak sudi amik kad besday ni n tepek kat umah akak yek..
Dan sori sekali lagi sebab kad simple jek..tak dapat nak selongkar lama2 carik kad sebab kuar page load error sokmo..huhu.. anyway tq to iluvislam juge..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 20, 2010

Kari Udang Galah

Hahaa..udang lagik! kalo ada stok udang galah menu kari memang tak lepas dari pilihan kami sekeluarga...
Cumanya tak setiap kali ditayangkan ke udara nih..hehee...sekali sekala nak jugak si udang nih melaram ye tak..cuma tak mekap tebal jek...hek hek

Resepi kari nih biasa2 ajer..bahan2 aku gunakan amatlah minimum sebab udang ni bukan susah nak 'sedap' kan sebab isi udag tu sendiri dah sedap dan bila dimasak,jus udang tu juga menambah rasa pada masakan tu sendiri...Tu belum kira kalau ada otak udang yang mencair dan turut menjadi kuah tambahan..pehh sedapp!

Bahan2
  • 600g Udang Galah
  • 2cm halia*
  • 3 ulas Bawang merah*
  • 2 ulas Bawang putih*
  • 3 sb Serbuk kari+air=pes kari
  • 1-2 Serai (ketuk)
  • Asam kandis/gelugor/asam jawa secukupnya
  • Garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa
  • 1-2 sb pati santan
  • Minyak dan Air secukupnya
Cara:
  1. Bersihkan udang galah,cuci dan toskan.
  2. Tumbuk bahan2 *,panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk bersama serai sehingga wangi
  3. Masukkan pes kari dan kacau goreng sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak
  4. Masukkan asam gelugor dan udang,kacau sekata.
  5. Setelah udang kelihatan kemerahan baru masukkan air sehingga paras udang.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula
  7. Biarkan renih seketika dan setelah udang masak barulah masukkan pati santan
  8. Masak lagi sebentar sehingga mendidih keseluruhannya dan padamkan api.
Penggemar kari dan udang cam kitorang memang menggemari masakan ni..kadang2 tak letak santan pun..ehee...

P/s: Teringat kat dua orang Kak Nor..dua2 tak boleh tengok udang...sorg duk Ganu,sorang duk JB..tp sorg xleh tengok sebab suka makan...yg sorang lak xleh tgk sbb xleh mkn..huhu...
Jom akak2...kite jamu mata jek..dua2 dpt 'merasa'..hihi... kawan2 yg lain meh laa jamu mata skali yek.jgn rebut2,semua dapat ni.. :P

Note:alahai tenet..support la sket..aku nak merayau pun sangkut2 ni..huhuuuu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 19, 2010

Tebaloi

Ada yg hangus sket tu..tp masih sedap..aku bukan penggemar tegar,tp makan skali skala best gak!

Ni bukan nak bagi resepi tebaloi yek..sebab aku tak penah buat lagik...tapi nak memperkenalkan makanan/snek tradisi kaum melanau di Sarawak ni...
Uiii..kalo gi sarawak tak merasa tebaloi ni memang rugi laaa... Boleh dikatakan ia adalah snek fofular di negeri ni..kalau tak pernah dengar maknanya ada kemungkinan banyak benda lagi korang tak pernah dengar...
Ni termasuk anak buah aku baru2 ni masa gi jenjalan ngan dia kat Mukah...hee

Sebenarnya kat mukah ni laa kalau nak mencari kuih tradisi ni memang banyak..bukan seorang je pembuatnya..tapi ramai..sebab tu kena pilih yang mana buat sedap...err,aku pun lum siap survey lagik yg mana sedap..main beli jek...hohehohe

Rasa tebaloi ni lemak2 manis gitu...rangup dan rapuh..kalo keras sangat tu kategori tak sedap laa tu.ehe...
Yang aku tunjukkan ni perisa asli(plain) sedangkan sekarang perisanya dah dipelbagaikan ; perisa pandan,coklat dan ada lagik satu.lupa lak...ehee
Kalau ikut cara tradisinya,kuih ni dibakar menggunakan kayu api...rasanya sekarang dah dimodenkan untuk dikomersialkan..

Kalau pernah atau ingat lagi makan biskut kingkong...yg tiga ketul dalam sbungkus kecik tu..yg ni ada iras2 biskut tu laa..cuma lebih rapuh lagik..iras2 jek yer..bukan sama..hehee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ikan Tongkol Goreng Kicap dan Nisan Gula Melaka

Hari tu dah pernah buat ikut resepi ni..
Kali ni rebus air bersama bahan2 rebus sampai mendidih baru letak ikan dan selepas seketika terus padamkan api..nak elakkan isi ikan tongkol ni kering..
Bukan apa,my hero memang tak suka kalo terasa isi ikan ni kering n garing..huhu...Dan kali ni betul2 perap semalaman ..hasilnya memang lebih sedap dari terus digoreng...Opps,serta tambahkan sedikit sos cili pada bahan tumis..yummyy!

Sekali lagi aku c n p resepi asal dari makyong ni ke sini agar senang untuk sapa2 nak cuba tu merujuk yer..

Bahan-bahan
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
  • sue tambahkan sedikit sos cili
Cara-cara
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Kalau tengok tajuk entri tu ada sebut nisan gula melaka,bukan maknanya aku buat yek..eheee...
Pertama kali dengar nama nisan ni,memang terbayang 'perhiasan rumah' kita terakhir tu laa... tapi bila lama2 di alam cyber ni baru biasa dengar nisan gula melaka... kalo kat sarawak ni rasanya aku bukan orang terakhir yang tak pernah tengok kot..haha

Nisan gula melaka ni la aku guna nak masak ikan tongkol kat atas tu..guna separuh jek dari seketui tu..sedang2 laa manisnya..kalo manis sangat my hero tak sukakk..ahak

Nisa gulo melako ni sebenonya pemberiey dari akok yg berasa dari kelate nu..tapi duk menetak KL lamo doh..akok ni duk belas2 taun doh kat KL..eheee...abis aku kena mrh org klate..sori2..ada salah grammar ke?hik
Orang yg dimaksudkan tu Kak Rosaliza ler..hik.mekacih kak...best dapat merasa nisan yg boleh dimakan original dari sana...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 18, 2010

Mee Udang

Salam kembali..
Kalau nak cerita kenapa tak update blog 2,3 hari lepas..jawapan masih sama..masalah tenet..jadi nak citer panjang pun bukan leh ubah keadaan..

Jadi mari kita teruskan aje ke menu kali ini..sebenarnya mee udang aku nih tak cukup bahan..pastu kurangkan cili sebab kalo pedas anak2 x leh hirup skali lak kang..
Jadi alter sana sini laa asal kena dengan selera..ehehe
Udang galah kali ni bukan hasil memancing ngan kail yer,tapi hasil memancing dengan RM..ehee...

Resepi ni ilham dari k.cik...mekasih ye kak..mintak ijin kopipes resepi di sini..

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 2 paket mee kuning - di celur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
  • 1/2 ekor ayam>sue tak letak
  • Bahan2 Utk Dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 - 10 tangkai cili kering
Cara-cara
  1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
  2. Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
  3. Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
  4. Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
  5. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.
Udangnya ni ada yang dibuang kulit dan dicincang halus..untuk mengekalkan kemanisan isi udang,sebahagiannya dibiarkan tidak dibuang kulit... masa nak makan tu baru bukak kulitnya ye.jangan makan ngan kulit2 skali lak...hehe

Pastu aku tak letak ayam sebab ayam masih kejung dlm esbok(tak plan nak masak ngan ayam pun..sebab tu masak main campak jek..ehee)

Sedap hirup kuahnya..makan lak bersama sambal kicap..ermmm!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 15, 2010

Creamy Pudding

Salam Jumaat..wuu..kita dah di tengah bulan Januari..woww!sekejap betul masa berlalu kan!
Aku bukan takde online beberapa hari ni..ada,cuma..mcm biasa laa..tenet cap kuye2 ni malas tul aku nak tunggu dier keje..nih dah ok sket.laju jek tadi walaupun ada jugak laa sangkut beberapa kali ngan 'page load error' bila nak bertandang mintak makan kat umah orang.ehehe...
Rindu tau kat kawan2 yg bertandang sini...tak kisah laa yang baru 1st time dan banyak kali time..ehehe...

Oklah..berbalik pada dessert yang sedap dan berkrim ni..
Ia nampak macam puding karamel biasa jer kan!

Tapi dari segi rasanya agak berbeza dari puding karamel biasa...
Memang sedap dan yummy..diulangi.sedappp dan yummy!teksturnya halusss jek masuk tekak..lagi2 setelah disejukkan..ermmm!
Kalau puding karamel biasa tekstur dah halus,yang ni laaagii halus.

Ni resepinya yang agak mudah nak buat..Terima kasih kat kak yani yang sudi share ngan kita resepinya.. ;)

Bahan-bahan ( 5 pudding cups )

• 2 biji telur ( L size ) >Sue guna 3 biji telur gred B
• 300ml susu segar > Sue guna 150ml susu segar + 150ml susu sejat
• 70g gula
• 3 sudu besar coffee creamer/coffeemate
• 1/2 sudu kecil esen vanila
• #Karamel#
• 50g gula
• 2 sudu besar air
• 2 sudu besar air panas

Cara-cara
  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam pudding cups
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
  4. Kemudian masukkan 3 ke dalam 2. Kacau rata. Tapis 2-3 kali sehingga tak ada ketulan putih telur. Lepas itu bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam pudding cups yang ada karamel tadi.
  5. Letak air suam ke dalam dulang/ oven plate setinggi 2 cm. Kemudian letakkan pudding cups tadi.
  6. Bakar dalam oven selama 20-25 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah masak puding tu masih nampak lembik tapi bila dah sejuk dia akan keras sedikit... so don't worry.
  7. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
  8. Puding ini lembik. Tak sesuai utk dipotong. Elok letak dalam bekas kecil-kecil.
Perhhh! memang creamy ko..tak caya sila laa cuba sendirik..
Err,tapi bahan asal tak guna susu sejat.aku memandai jek letak separuh susu sejat, separuh susu segar,pastu tambah sebijik telo..ehee..harap madam tak marah ler ek! :D

Dah2...gi tengok apa lagik tu..gi buat nun!aku tak puas makan satu bekas nih....watkan aku skali ekkk..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 12, 2010

Rare Cheese Cake

Pertama kali 'bekerja' dengan gelatin ni..maklum laa,sebelum ni agak was2 nak beli n guna gelatin kat pasaran tu.. kena cari yang benar2 halal baru makan pun tak was2 gitu,kan..
Akhirnya satu hari baru2 ni bertemu jodoh gak dengan gelatin di kedai bahan2 bakery yang biasa aku pegi tu.. siap make sure lagik yg ni gelatin halal ke tidak walaupun yang empunya kedai tu melayu islam.. Manalah tahu kan,dia buat2 selamba jek jual mende alah ni... sibbaik laa dia tahu dan siap bagitahu benda ni mesti ada sijil halal lagi..seronok i!

Oklah..bagi menu yang menggunakan gelatin ni...aku beria2 nak mencuba resepi 'rare cheesecake' nih sebab bahan2 sumer ada dalam stok..
Jom laa jamu mata yer.. :)

Resepi dari kak yani,admin myR yg mantopp dgn resepi2 best tu..
Kek ni rasa masam2 manis cheese.. ini resepinya yerr..tq kak yani

Bahan-bahan ( 18cm )
  • 100g biskut > sue guna 50g biskut oreo + 5og biskut marie
  • 45g mentega- dicairkan
  • 250g cream cheese
  • 200g vanilla aiskrim
  • 40ml lemon jus
  • 30g gula halus
  • 40ml susu segar
  • 10g gelatin + 3 sudu besar air
  • *2 biji epal merah
  • *50g gula
  • *3 sudu besar lemon jus
Cara-cara
  1. Kupas kulit epal dan potong kecil-kecil. Masukkan semua yang bertanda(*) ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  2. Kisar biskut sehingga hancur dan gaulkan dengan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam springform pan, tekan biar padat-padat. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  3. Campurkan gelatin dengan 3 sudu besar air. Panaskan susu dan gula. Kemudian masukkan gelatin tadi. Panaskan sehingga gelatin cair. Tutup api. Kacau-kacau biar haba panas keluar.
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan no.3 tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan pula aiskrim dan lemon jus. Kacau biar semuanya bercampur.
  6. Lepas tu masukkan pula epal yg telah disejukkan tadi. Kacau biar rata.
  7. Akhir sekali curahkan adunan ke dalam springform pan tadi. Sejukkanlah dalam peti sejuk.
  8. Bila kek dah keras tu bolehlah dihias ikut citarasa sendiri.
Yang hitam2 kat atas tu biskut Oreo..guna penapis dan ayakkan roti oreo yg dihancur2kan di atas kek tersebut...
Base kat bawah tu biskut marie + biskut oreo(tanpa inti)..kalo letak oreo jek mungkin terlalu manis....

Agaknya jadik ke tak kek ni ek..ada saper2 penah makan tak?hehe...
Kalo tengok bahan2 pun leh imejin macam puding pun ada sebab tak guna tepung langsung.
Rasanya pun bagi aku lebih kepada puding gitu..sedap! cuma tak boleh makan selalu..eheee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sirap Ros Kasturi

Minta maaf sangat2 sebab tak tereply mesej yang kawan2 tinggalkan kat rumahku ni...
Macam biasa,kalau jarang2 jer reply tu memang masalah tenet amat lembap ler sebabnya.
Pastu kalo nampak aku berkunjung kat umah orang tapi tak sempat ke rumah korang jangan kecik ati yer...bukan sebab pilih bulu tau..cuma keadaan tak mengizinkan..huuu...

Trima kasih sebab sudi berkunjung datang yer.. ni ada buat air untuk pengunjung blog ni haa.meh laa minum untuk membasahkan tekak tu..

Kalau tak nak minum kat sini,gi wat sendiri yek...mekasih kat kak fida yang masih belum muncul2 :) harap beliau dalm keadaan sihat hendaknya..

Bahan-bahan ( 1 jug )
  • 2-3 cawan sirap ros/ros cordial
  • 1 jug air masak
  • 10 biji limau kasturi - belah dua
  • ketulan ais secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan sirap ros dan air masak secukupnya ke dalam jug. Perah dan tapis jus limau ke dalam jug.Masukkan kulit limau ke dalam campuran sirap jika suka.
  2. Bubuh beberapa ketul ais di dalam gelas dan tuang sirap ros kasturi.Sedia untuk diminum.
  3. ***Jika sirap ingin disimpan untuk beberapa hari dlm peti ais,sebaik2nya kulit limau jangan dicampur nanti sirap jadi pahit... :)Nyaman diminum sejuk2 nih.biar tekak menggigil sket..haaa,jemput minum yer..lepas minum tengah hari kang minum petang lak..ehehe...
Lepas ni nak cuba jenjalan dari rumah ke rumah....nak balas2 klik2 n sebagainya...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 11, 2010

Pau Gebu

Jangan kau pandang..bibir yang manis pandang remeh pada resepi pau kukus yang satu ini..
Hasilnya amat ternyata memuaskan dan masih lembut hingga keesokan hari..

Sebelum nih dah tengok MamaFami buat pau guna resepi ni dan bila diteliti memang dapat agak bahan2 yg digunakan boleh membuatkan pau itu seperti yg dimahukan..
Aku suka cara buat kuih2 yang campur yis dulu ke dalam air..
Banyak kelebihannya berbanding campur pada tepung .ni pendapat sendiri laa ek...
Lagi2 kalau stok yis tu yang beli sepeket besar tu haa..
Antara kelebihannya kita boleh elakkan pembaziran bahan2 lain jika yis tidak lagi 'hidup'..
Selain tu adunan pun lebih cepat sebati..

Tanpa cakap taip banyak,moh ler kita tengok resepi nih..
Mekasih kat lan_ieza yg sudi kongsi resepi nih hasil rajin bertanya kat cina bakery tu..kalo ada resepi lain,korek lagik n kongsi gan kitorang ek...hehe...

Ieza,minta izin angkut resepi ke sini yer..kite buat setengah adunan jek.sedap,lembut,gebu ..best2!
ni pun guna shortening biasa jek..dan baking powder yg biasa gak,cuma tambah sikit dr adunan asal.. kalau guna bahan2 yg asal ni mesti lagi2 gebu n lembut gitu..

Bahan-bahan ( 60 biji )


Bahan-bahan (A)
  • 300gm Air Suam
  • 220gm gula
  • 18gm Yis Segera - Mauripan
Bahan-bahan (B) Cara-cara
  1. Masukkan semua Bahan A..air suam kedalam mangkuk tambah yis segera dan gula. Campur hingga sebati dan biarkan selama 10 minit.
  2. Ayak tepung bersama crescent baking powder. Kemudian campurkan tepung tadi bersama bahan B yang lain dan campur dengan bahan A tadi. Uli dengan tangan atau masukkan kedalam mesin buat roti sehingga sebati dan menjadi doh.
  3. Rehatkan doh 20 minit, kemudian bahagikan 30gm ke 50gm, Rehatkan lagi 10 minit
  4. Bulatkan doh, masukkan kan inti ikut suka..contoh kacang ker, kaya ker, kari daging ker ikut suka.... dah siap masuk inti..Tutup dengan plastik semua doh.. rehatkan lagi 20 minit ke 40 minit.. untuk naikkan doh tadi menjadi besar 2 kali ganda.
  5. Kukus sehingga 10minit ke 15 minit.
  6. Nota - Pau ni boleh goreng juga kalau xnak kukus.... memang sedap..
Letak inti sayur( my kids fav) , inti serikaya dan inti kacang merah(tiada dalam gambar).. SELAMAT MENCUBA!


P/s : Iklan jap..Kalau ada sesiapa berminat dengan produk pelangsingan infra-red boleh pegi kat blog Lan ieza kat SINI(klik)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 8, 2010

Tom Yam Kung

Sawa dikaappp..Kap kun kaaa...(sila baca ikut intonasi )

Hari ini kap...menu kap.. tomyam udang kaapppp...
Guna perencah kapp original dari siam kapp. .sedaappp kappp..best hirup kuahnyaa kappp.....
(ayat selebihnya terpaksa di delete sebab tak lulus bahagian grammar bahasa thai)
ehehe..sabor jelaa ekk..hehe

Saja nak ringan2kan kepala sket,hari ini bizi tahap ultraman nak bertukar..memang tak sempat sangat nak bertenggek lama2 depan lappie.. petang lak terpaksa bergegas ke sepital melawat anak buah yg pengsan..sibbaik dah sedar dan ok tapi masih lemah lagi..
Kebetulan lak masa ni my hero takde kat sini..huk..so pergi dengan askar2 tanah melayu jela tadi..ehee... takpelah,harap my niece get better soon..

Oklah,berbalik pada menu ni..akhirnya tercapai gak nak cuba perencah dari Thailand ni..seronotnyaaaa.. memang berbeza dari segi rasa dari yang dimakan masa raya lepas..(makan kat umah orang)
Yang ni rasa tomyam tu of coz ada.. iras2 rasa megi tomyam tu pun ada haa...sedapp hirup kuah nih..
Maklum laaa,kat umah ni memang jarang2 sangat laa menu tomyam..hik

Nak resepi ke? Nahhh..

Nak aku translate ke? Tak payah laa k..bak kata IKA,buat2 paham udah..huehueeee

Daun limau purut takde..pastu guna udang galah 'jer'..hek hek..nak bagi semangkuk kat org siam nun! :P

Mekasih banyak kat dik Ijah sebab bagi perencah tomyam nih ekk..muahhh
Hero kite lum berkesempatan nak cuba ni..takpa2,ada lagik dalam stok tu.x sabar nak suruh beliau rasa..ahak

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 7, 2010

Daging Hitam Manis

Dah lama tak masak gini..teringin lak rasanya...
Lauk pauk gini memang kesukaan budak2...sebab tak pedas.. kalo nak pedas leh tambah cili kisar masa menumis cuma rasa asal lari laa sket dan jadik resepi lain pulak..hehe..
Macam dah bagitau sebelum ni,menu ni juga sesuai menjadi pilihan untuk hidangan tetamu yang datang bertandang atau jamuan..

Untuk resepi penuh sila ke SINUN(klik)

Kali ni macam terkurang letak kicap lak..tapi takpe laa...janji sedappp sehingga menjilat pinggan
jari.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kuih Udang

Dulu2 masa era 2007(lama beno dah bunyiknya) selalu buat kuih ni sebab masa tu selalu makan udang..kadang2 udang galah pun buat gini.hik.puas ati gitu.. Nak namakan cucur udang,takde iras cucur udang..(yang ada udang bertenggek kat atas kuih tu). Nak kata jemput2 udang,bukan guna isi udang cincang jek... tapi ni lebih kepada gabungan dua kuih tu kot...

Kuih ni sedappp banget... Jap lagi ye sambung ceritanya.. aku lagi sibuk kok..huu

Ok2..nih nak sambung laa nih... minah siam sorang nun xleh tgk org merayap jap ehee..

Sebenarnya,nih nak bagitau satu rahsia... mungkin ada yang dah tahu tapi rasanya ramai yang tak tahu.. haaa, cucur2 /kuih2 masin gini kalau nak lembut rahsianya adalah bawang merah..
Bahan yang lain2 tu kalo nak letak,letak laaa ikut suka tapi jangan sesekali tinggalkan bawang merah ni kalau nak kuih yg lembut... betolll!! tak caya gi try buat yg ada bawang merah dan tanpa bawang merah.. kalau sama gak meh sini gitau!haha...
Kalau tanpa bawang merah cucur anda akan rasa kenyal2 keras sket gitu..
Nih maksud aku nih,guna resepi simple tp masih dapat kuih yang lembut laa ek..
Ingat ya,jangan sesekali ketepikan bawang merah!

Nak resepi ke? ni stail aku laa ek..leh ikut stail memasing..err,maksud aku tu bahan2 ikut stok yang ada.. tapi bawang merah jangan skip sesekali ye..(berapa kali nak sebut daaa)

Bahan2:
  • 250g Udang tanpa kulit (saiz L lagi best) tanpa kulit - ambil 5-6 ekor dan cincang halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 ulas bawang merah*
  • 1 tangkai cili merah*
  • Daun bawang (potong2 kecil)> boleh letak daun sup jika suka
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Secubit gula
  • Pewarna kuning untuk warna menarik
Cara2:
  1. Bahan2 * ditumbuk /dikisar lumat.-cili boleh juga dihiris halus
  2. Di dalam bekas, satukan tepung gandum, bawang merah, cili , garam dan perasa, gula dan pewarna kuning.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan hand whisk.(utk adunan yg benar2 sebati lebih baik guna wisk nih)
  4. Tambahkan daun bawang,daun sup serta cili cincang dan udang yang dicincang halus.
  5. Panaskan minyak dan celupkan udang ke dalam tepung dan goreng sehingga keperangan..
  6. Sedia dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi..sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili kegemaran anda..
Sama juga seperti sediakan kuih muih biasa kita buat..cuma saja nak gitau cara kite buat..ehe..
Terutama bagi yang tak pernah buat kuih kan...detail gitu :)

Oh ye..adunan ni memang tak letak soda bikarbonat.. selamat mencuba kalau ada yg nak mencuba. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, January 6, 2010

Moist Banana Bread

Ada laa pisang yg biasanya sesuai dibuat pisang goreng tu sikit terlebih masak dalam dapur tu kan..tak pernah buat kek atau kuih muih lain guna pisang ni..sebab biasanya memang sedap goreng ajer...
Tapi bila tengok resepi nih teringin lak nak cuba..heheeee... Menjadik la jugak,naik tuu naik...cuma kite guna loyang agak besar tak sesuai ngan sukatan adunan tapi dah tuang dalam loyang baru sedar dari khayalan gitu..malas nak salin balik..haha..
Takpelah ek,janji leh makan..(nak sedapkan hati)

Jom tengok resepinya yg diselongkar dari dapur Kak Nor yg asalnya dari kak Am Flora..Terima kasih yer akak2 sumer...

MOIST BANANA BREAD

3 or 4 ripe bananas, smashed*
1/3 cup melted butter*
1 cup sugar (can easily reduce to 3/4 cup)* (maybe 1/2 cup lagi ok)
1 egg, beaten*
1 teaspoon vanilla*
1 teaspoon baking soda*
Pinch of salt*
1 1/2 cups of all-purpose flour
**
Preheat the oven to 350°F (175°C).With a wooden spoon, mix butter into the mashed bananas in a large mixing bowl.Mix in the sugar, egg, and vanilla.Sprinkle the baking soda and salt over the mixture and mix in.Add the flour last, mix.Pour mixture into a buttered 4x8 inch loaf pan. Bake for 1 hour. Cool on a rack.Remove from pan and slice to serve.

Memang rasa cam kek pisang lak...tak rasa cam makan bread..sebab dah ader perisa kot. Yang nampak hitam2 tu bukan urat pisang yer,tapi chocolate rice..hehe.

Ada sejenis pisang yang kalau dibuat kek atau apam,uratnya akan nampak sangat2 buat kuih tu nampak cantik jek.. Kalau ader lenkali nak kasi tunjuk..nak bagi nama takut lain2 nama ikut pemahaman masing2 kan.hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 5, 2010

Cheese Straw

Lama kan tak buat biskut..nengok ader sikit mentega tu..nak buat kek tak lepas,nak buat biskut tak ader dalam minda nak biskut apa..last2 godek dlm myr kan..jumpa resepi nih..ahaaa!
Biskut nih sedap,rasanya lemak2 cheese gituu...sesuaiii sangat untuk mereka yang nak makan kudap-kudapan tapi taknak yang manis2...
Buat penggemar cheese,mungkin ini juga satu pilihan menu untuk anda..ahak

Jom tengok resepi dari kak fida nih..mekasih kak di mana jua anda berada.miss u!

Bahan-bahan ( 150 kpg )
• 1 1/4 cawan tepung gandum - ayak
• 56 g mentega - lembut
• 85 g keju cheddar - diparut
• 1 biji kuning telur
• 1/2 sk serbuk lada sulah
• 1 sb jus lemon
• sedikit garam halus

Cara-cara
1. Mentega,keju, kuning telur,garam,di gaul rata.Masukkan jus lemon dan gaul sebati.
2. Masukkan pula lada sulah dan tepung dan uli hingga adunan sebati lagi.
3. Canai adunan dan terap atau potong seperti straw sepanjang 1 1/2 inci atau terap ikut suka.Susun dlm dulang pembakar dan bakar 10 - 12 min. atau hingga garing.

Kak fida kata '..atau terap ikut suka' jadiknya...ikut suke jek terap..ada yang panjang pendek, gemuk kurus..ramping pun ada...haha..nih biskut sempat berposing sebelum kebakaran berlaku..

Celup dalam coklat masakan+susu pekat(di double boilerkan) pun sodapp...(tapi tak sempat nak snap)huhuu...

Oh ya,ia juga sesuai untuk kanak2 umur 1 thn ke atas sebab biskut nih jenis mencair gak di mulut.nampak creamy jek si kecik kat umah ni makan.hehe..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kue Teow Goreng Kerang

Kat rumah ni jarang layan menu kue teow..tapi sesekali layan mau berebut nak bertambah...huhu..
Kali ni try letak kerang lak(ehem..kerang panggang yg dalam tin tu aje..x dpt kerang fresh kat sini..ngalahkan org duk oberC jek aku nih)..
Tapi sedapp(sapa lagi nak puji kan)..cuma aku ngan hb je laa makan kerangnya tuh sebab bebudak ni duk simpan tepi jer..huhu..lenkali try carik kerang fresh naa..ntah2 yg fresh pun depa tak gheti makan!huk..ikut perangai sapaa ntah.. :P

Resepinya ni main letak jek...tapi main letak atau campak pun mesti ada bahannya kan...so letak jela kat sini kot2 nak rujuk masa akan datang.

Bahan2:
  • 300g Kue teow basah
  • 2 batang cili merah*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • Udang basah
  • Isi Kerang
  • Sayur sawi
  • Tauge
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap pekat
  • 1 sk maggi seasoning
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 * yg sudah ditumbuk/dikisar halus
  2. Masukkan udang,kacau seketika dan masukkan sos tiram,sos cili dan kicap pekat.Kacau lagi
  3. Masukkan isi kerang dan kue teow.. Kacau sebati dengan bahan2
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya(jika perlu)
  5. Apabila kue teow sudah lembut barulah masukkan tauge dan sayur sawi.
  6. Kacau seketika dan padamkan api.
Ntah kenapa laa kan,bagi aku kue teow goreng ni berbeza dengan mi kuning(mee goreng)..kalo mee goreng sedap dimakan panas2..kalo kue teow lak masa suam2 sejuk sket tu yg sedap banding panas2..heheee...tu selera daku ler.. :p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 4, 2010

Nasi Pulut Berperisa

Ini merupakan menu pertama yang ditayangkan pada tahun ini kat blog ni..hehe...

Dulu2 selalu masak nasi+pulut untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut tapi kan tak baik laa makan pulut hari2..
Kali ni,kite masak nasi pulut berperisa resepi mama-lya a.k.a CtZura..
Rindunya kat dia...tahniah juga buat dia sekeluarga sebab berjaya dalam proses rayuan untuk pindah ke KL.. tercapai juga impiannya... gembira bercampur sedih sebab mesti susah nak jumpa dia nanti..huk!

Sebenarnya memandai jek letak berperisa kat belakang tu sebab kalo tak letak cam nasik biasa jek kang bunyinya..heee...ctzura mesti mrh nyer..heee
Apa2pun nasi nih sedappp....makan nasik jer pun dah sedap!takyah lauk pun takpe..hehee

Nasinya lembut sebab dicampur pulut..kemudian perisanya ada rasa sos tiram sket..cam nasi ayam sket.camner nak xplain ek...kena cuba sendiri laa baru tau.let's cekedaot resepinya..

Mekasih kat mama-lya ..semoga cepat2 setel semua hal dan kembali ke alam maya nih..hehe

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 1 1/2 pot beras biasa
  • 1 pot beras pulut
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2-3 putik daun bawang(bhgn bwh yg cam bwg tu jer!!!) - x tau nak pggil ape
  • 2 sb mentega
  • 2 sb sos tiram
  • 1sk garam
  • rempah tumis- yg 5 sekawan tuh!!
  • 1 helai daun pandan - d simpul
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan mentega dalam kuali. Masukkan rempah tumis. Masukkan pula bawang besar, bawang putih & halia yang telah dikisar. Tumis sampai naik bau..
  2. Masukkan putik daun bawang dan kacau hingga layu. masukkan kiub ayam. Dengan api perlahan hingga kiub hancur.
  3. Masukkan sos tiram, kemudian kedua2 beras yang telah di cuci bersih. kacau rata sebati & masukkan daun pandan.
  4. matikan api & pindahkan beras ke dalam rice Cooker. Masukkan air secukupnya & garam. Rasakan secukupnya. Masak macam biasa.
  5. Siap!! Sedia untuk d makan dengan beraneka lauk. Sedap!!

Sebagai lauknya,makan dengan udang goreng kunyit(guna kunyit hidup) dan kangkung goreng tanpa belacan..hehe..

Sapa lum makan?meh laa rasa nasik nih...sedap tauuu! :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 3, 2010

'Door Gift' Dari Ros

Tak terlambat lagi nak ucapkan tahniah pada Ros yang dah 'pindah' dari multiply ke domain sendiri > www.jintanmanis.com
Semoga di rumah banglo nih makin meriah laa dengan resepi2 dari Ros dan aktiviti2 menarik ros yg berada di rantauan..
Nih akak dah bawak balik puding ni nasib baik belum basi lagi..hehe..terima kasih Ros sudi jemput akak ke 'majlis' perasmian website Ros yg baru tu :) Tahniah sekali lagi..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 2, 2010

Ekad Tahun Baru 2010 dr kawan2

Di penghujung cuti sekolah nih kesibukan semakin menjadi2 lak rasanya walaupun kesibukan tu kadang2 ntah ape2..hehe...
Di kesempatan ni nak tepek ekad2 dari member2 cyber..rasanya lom terlambat lagi nak tepek kan..bukan ke 'better late than never..' ahehe..
Tima kasih buat mereka yg rajin buat ekad n sudi suruh kite amik untuk menghiasi blog kite nih... Hepi new year juga buat semua sekali lg yer..

Kad nih dari Jiya si pengembala kamben..hehee..

Dari abbot yg cun.. ;)

Dari Sakura Emi yg comel dengan anak2nya sekali comel..

Tak ketinggalan ekad dari cik adik yg manis tp kuat majuk dan masih single ni.hehe..opps?sapa sebelah tu aemy?hihi...


Esok baru nak register sekolah anak2 ni,bayar yuran dan amik buku teks dan yang berkaitan dengannya..pastu baru nak sibuk balut buku la agaknya.. dengan adanya assistant kecik nih bertambah 'senang' kerja..heheee....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...