Salam pagi Jumaat yang indah..
Resepi kaswi nih dah dua kali aku buat rasanya..saja buh nama sago belakang untuk mengenal kuih ni bila nak belek2 resepi lain kali..harus dicuba oleh penggemar kuih ini jika anda suka hasil kuih kaswi yang lembut dan sedap...aku suka hasilnya lembut2 goyang2 tak patah ni ha..tapi tak kenyal sangat..kenyal yang sedang2 saja.
Kuih kaswi ni wajib tunggu sejuk betul2 dulu baru potong..lepas tu gaul dengan kelapa yang digaul dengan sedikittt garam..
Resepi asalnya dari myresipi.com.. macam biasa,aku kan kalo kuih2 yang perisa gula melaka ni lebih suka gantikan dengan gula apong...mudah didapati di Sarawak nih..lagipun senang tak payah nak potong2..hee..
Beza resepi kali ni sebab guna tepung sago..walaupun berada di bandar banyak sago..aku tetap guna yang beli kat pasaraya juga..nak jugak yang tulis 'tepung sago' lat packaging tu..huhu..
Kalau nak ganti tepung jagung? MUNGKIN boleh tapi aku tak pasti hasilnya camna ye..
Terima kasih buat penyumbang resepi, tizkatie73@myresipi.com..minta izin nak kongsikan resepi best ni kat sini pula ya.. :-)
KUIH KASWI
Resepi:tizkatie73@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( seloyang )
- 1 cawan gula melaka- hasue guna gula apong
- 1 cawan gula pasir-hasue kurangkan sedikit
- 7 cawan air
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung sagu
- 1 sudu kecil kapur
- Beberapa titik browning sugar-hasue tambah untuk warna lebih gelap -tak letak pun takpe
Cara-cara
- Gula merah, gula pasir, kapur bersama 3 cawan air di masak sehingga mendidih.
- Tepung sagu dan tepung gandum disatukan di dalam satu bekas bersama 4 cawan air di kacau rata.
- Kemudian campurkan tepung yang telah dikacau rata ke dalam gula yang telah di masak tadi. Kacau sehingga sebati
- Untuk mengelakkan adunan lembik...masak sedikit adunan tadi di atas api. Kacau sehingga adunan menjadi pekat
- Masukkan ke dalam loyang dah kukus sehingga masak...
- Apabila sudah masak..masukkan ke dalam fridge ...bagi sejuk...potong dan di gaulkan dengan kelapa putih yang telah digaul dengan sedikit garam.
Memang lembut sangat dan tak patah bila dilentur.. selamat mencuba! ^_^
11 Komen Di Sini:
Asslmkum HaSue.
nasib akak dah makan kuih ni semalam, jadi idak ler terliur tengok kaswi sue pagi ni. Hehehehe
Sedapnya utk sarapan pagi ni...!!
Sedapnya utk sarapan pagi ni...!!
Assalam sue, akk suka sangat kalo kuih kaswi yg lembut goyang2 tu, rasa mcm harum je. Tepung sagu tak sama ke ngan tepung ubi,
Assalam sue, akk suka sangat kalo kuih kaswi yg lembut goyang2 tu, rasa mcm harum je. Tepung sagu tak sama ke ngan tepung ubi,
@ibh_sue
w`kumsalam..
Haa,sibbaik kn.kalo idak mau nanges akak pagi nih cari kuih kaswi.haha
@Azita Zain
sedapp kak ^_^
@EmbunRosaliza
w'kumsalam..
lain kak..tapi kandungan kanji tu mcm sama pesen gak kn..yg kalau kite parut ubi ada kanji yang duduk tu..kalo sago pun gitu...agaknya kalau darurat boleh jer guna tepung ubi kak..hehe
oo sedapnya..peberet nekcik ni..
I am all that much satisfied with the substance you have said. I needed to thank you for this extraordinary article. Use Twitter search to find Tweets from yourself, friends, local businesses, and everyone from well-known entertainers to global political leaders.
تتميز شركة ماسترتك بتقديمها افضل اسعار ماكينات تعبئة وتغليف البهارات في السوق المصري حيث تقوم ماكينات تعبئة وتغليف البهارات بتعبئة جميع انواع البهارات المختلفه والتوابل مثل الزنجبيل والكركم والقرفة والملح والفلفل الاسود، حيث تتميز ماكينات تعبئة البهارات بكونها مصنوعه من الفولاذ المتين المقاوم للصداء.
Post a Comment