Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Saturday, September 1, 2012

Salam Aidilfitri 2012 Dan Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum wth...

Entri terlambat..Tu laa,orang dah pesan, pos kad raya sekurang2nya seminggu sebelum raya...nih pos seminggu selepas raya kan...tu yang sampai lambat tu..heee....eh better late than never kata uncle John.

Minta maaf la ek atas kelewatan dan ke'senyap'an entri2 terkini dari blog yang tak seberapa ini yer.. Sebenarnya banyak juga benda berlaku dan tak berlaku yang menyebabkan tak terhapdate blog nih.. benda yang berlaku tu of coz penghalang kadangkala kan seperti kesibukan,kurang sihat dan sebagainya..benda yang tak berlaku tu pulak adalah seperti internet laju berdesup, kejayaan upload gambar dengan jayanya..perkara sebegitu la yang membuat entri cendol pandan tak berganti..heee...

Terima kasih la buat kak Rosaliza yang saban hari datang jenguk blog nih dan tinggal pesan kat chatbox tu... adik aku pun dah bising asyik nampak cendol ajer..nanti aku tayang menu best dia bising jugak.ahahak.. Tima kasih lah yer buat semua yang mendorong aku nak hapdate blog.. Pastu buat pengunjung lama dan baru yang tinggal pesan dan soalan..ada yang dah terbalas dan ada yang masih tertunggak..dushhh! Minta maaf banyak2..

Di kesempatan ni rasanya masih belum terlewat nak ucapkan Selamat hari raya aidilfitri buat semua pengunjung blog ni tak kira laa yang dah lama follow atau baru jer terjumpa blog ni kan, rakan2 FB,sedara mara dan sahabat taulan...
Minta maaf jika sepanjang berblogging ni pernah menyinggung hati dan perasaan kalian,jika ada.. Di hari baik bulan baik ni rasanya lebih tenang jika kita memaafkan orang lain.. tapi kalau yang dah buat kesalahan besar tu takkan setakat nak hantar forward sms hari raya jer kan, kalo boleh jumpa laa bertentang mata,atau sekurang2nya telefon orang berkenaan..

Malam tadi baru save gambar2 raya,tengok ada 1000 lebih dalam memory card..amboi bergambar sakan ke...idak ler jugak..cuma ramai yang fotogedik jer kitorang2 ni kan..kikiki...
Buat entri pemanas ni,layan ajelah gambar anak2 kesayanganku di pagi raya.. Zhariff tu baru bangun tido,mood pun takde..hehe. Ni masa di rumah keluargaku.

Adryana,Zahrul,Zhariff,Amylda.. zhariff serius ajer.

Syahdu di aidilfitri..

Tangisan di aidilfitri..hehe..


Menu raya dan resepi2 akan muncul kemudian yer..rasanya nak layan gambar raya dulu..hee..
Maaf sebab lepas raya ni memang belum sempat laa nak blogwalk ke blog kengkawan sumer...insyaAllah jika diberiNya keizinan akan ku jejak juga blog kalian yang sudi menyinggah ke sini.. Terima kasih ye.. Selamat hari raya! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

15 Komen Di Sini:

Sheila Shafeareen said... [Reply to comment]

Salamsue selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...cantik ceria bebaju oren empat beradik....yg sorg tu siap bawa handbag pink lg...nak isi anpau yeeee....muka zariff tegah nagis cute leeee

Abang Karu said... [Reply to comment]

salam aidilfitri (^__^)

rahel said... [Reply to comment]

Salam Aidilfitri buat Hazue n family

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, selamat hari raya aidil fitri buat Sue n Famili, seronok rasa bila buka blog scroll ke tepi nampak sue dah ada n3, rasa mcm tak best je bila lama3 x baca n3 sue hehe.

Sikitnya gambar tak puas tgk gambar raya sue n famili ( sebenarnya intai2 gambar sue kut2 dh boh ke heheh)

Semoga laju berdezuppp la internet sue tu

Nur-nba said... [Reply to comment]

Salam Aidilfitri buat Hasue... Tersenyum baca entri ni.. Kalau ada masa terluang, updatelah lagi.. Kami setia menanti.. :-)

nOOrsha said... [Reply to comment]

Salam tuan umh...aku nk berays..hihi..comeynya zariff wat muka syahdu n blur atas skali tu..haha..yana pun nmpak ayu bertudung..sejukkkkk ati mentua ha..hehehe..slamat hr raya sue..mohon maaf zahir batin kot terover gurau senda hgga melukekan hati ko n terover angan2 nk berbesan kot2 menjengkelkn ko ke kan..heheh...0-0 ea :-)..smg ukhwah kt berpanjangan..heheeh

Liza said... [Reply to comment]

salam aidilfitri jugak utk sue n family...xsabar2 akk nk tunggu n3 lepas ni...hihihii
meriah kaler baju anak2 sue, suka akk tgk...

Norzie hany said... [Reply to comment]

Salam Aidil Fitri buat Ha Sue dan family.

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

SALAM AIDILFITRI SUE..
COMEL SGT ZARIFF DLAM GAMBAR SORANG TU...MAAF ZAHIR DAN BATIN YE SUE..

Azlita Aziz said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Hasue

Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin juga daripada akak buat Hasue dan keluarga..

Semoga kedatangan Shawal tahun ni, memberikan satu kebahagian dan seribu rahmat buat hasue dan keluarga..

Sama-samalah kita eratkan ukhwah silatulrahim antara kita..

Selamat Hari Raya ^_^

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply to comment]

salam aidilfitri buat hasue sekeluarga...

Kak Sam said... [Reply to comment]

Selamat hari raya aidilfitri buat hasue sekeluarga

Yatie said... [Reply to comment]

Salam Aidilfitri buat HaSue sekeluarga...mana gambar mama dan abahnya....tak aci tawwww..

ibh_sue said... [Reply to comment]

Asslmkum. Selamat hari raya HaSue. Serba oren ya. Comei

anymz said... [Reply to comment]

sueeeee..ni akak dtg nih..sila pasang lagu raya raya syahdu nyanyian s.jibeng..sambil sayup2 kedengaran beliau bernyanyi..akak pun lafazkan kata2 ini..

selamat hari raya dik sue..maaf zahir dan batin.maaf tak dpt ke mukah thn ini..insyaAllah akan di usahakan utk ke sana thn depan..jgn lupa sediakan kuih cincin fav akak tuh..
terima kaseh sbb meramaikan pengunjung my kitchen dr sini..nanti akak belanja makan rendang cuk ubi ya..
arggghhhhhh tak syahdu lagi lah..susah tul nak tangkap syahdu kalau teringatkan gurau sendau mek sue...akak balik dulu ya..insyaAllah panjang umur kita jumpa 2 bulan lagi..doakan akak ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...