Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, August 7, 2012

Cendol Pandan (Homemade)

Assalamualaikum..

Cendol di tempat korang..apa bentuknya?
Bagi aku cendol tercantik dan terbaik bentuknya adalah yang bentul bulat panjang seperti mee kuning lebih kurang.. kadang2 aku tengok tak berapa nak bentuk cendol pun banyak dijual..tu tak termasuk yang jual cendol keras.adeh..hehe... agaknya bagi mereka janji warnanya hijau tu dah consider sebagai cendol kot ek..mandai jer aku kan.. :D

Sekarang ni kalau teringin sangat nak makan menu berasaskan cendol..buat ajer sendiri di rumah..resepi banyakkkk berlambak kat internet nih.. Tapi kalau ada dijual yang sedap,mana bisa ditolak..terutamanya cendol di Bekenu,memang terbaik elok kejadiannya.. iklan sket.
Tapi rasanya ia diperbuat dari tepung beras dan sekian sekian..bukan dari tepung hoen kwe..

So far aku berkenan jer guna resepi kak Fida nih sebab cendol yang dibuat daripada tepung hoen kwe ni lembut jer..

Ni separuh dari cendol yang dihasilkan..memang kena letak warna hijau dan kuning baru menepati warna yang sinonim dengan warna cendol yang biasa aku tengok..sebelum ni dah pernah buat..dan gambar acuan yang aku gunakan juga dah tunjuk kat situ..leh tengok SINI

Terima kasih sekali lagi untuk kak Fida atas resepi yang simple nih.. gaul dalam periuk sampai pekat..pastu tunggu jap.saja nak tambah sikit pekat lagi kan..lepas tu masuk acuan dan tekan sampai jatuh ke dalam mangkuk berisi air sejuk dari peti ais atau air diletak ais kiub.

CENDOL PANDAN HOEN KWE
Resepi: Kak Fida @ myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( semangkuk )

40 g tepong hoen kwee
320 g air pandan -hasue guna pes pandan koepoe2
1/2 sk garam
1 sk air kapur
pewarna hijau dan kuning
acuan cendol atau acuan muruku

Cara-cara

Satukan tepong,air pandan,garam,air kapur dan pewarna hijau dan kuning secukupnya di dlm kuali atau periuk besar dan masak hingga pekat dan licin adunannya.Kacau sentiasa supaya adunan tak melekat pd dasar periuk/kuali.
Sediakan secukup air sejuk dr peti ais di dalam mangkuk.Bubuh adunan di dlm acuan dan tekan hingga cendol jatuh ke dlm air sejuk tadi.
Tambah air daun pandan ke dlm air rendaman cendol jika suka utk mengekalkan warna dan kewangian pd cendol walaupon telah disimpan beberapa hari di dalam peti ais.

Ni setelah aku bilas..saja nak 'buang' pewarna yang berlebihan sebelum digunakan untuk membuat menu2 berasaskan cendol.. selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

16 Komen Di Sini:

Sari Yusa Ibrahim said... [Reply to comment]

cantiknya cendol Hasue...

ialah, beli kalau termakan cendol yang keras.. boleh meletup gigi ;p

Zaliedana said... [Reply to comment]

Wah2 rajin sungguh mek sue wat cendol..sy klo tingin sgt bli sebungkus cendol rm1.80,pastu blk letak air kisar,santan,jagung n air gula merah bagai,klo beli terus yg juai tuh kdang xleh ulng2 mkn n xpuas,hehe..cantik jer kale tuh..erm sy selalu tgk kak dayang pon mmg gna pes pandan jnma koepoe2 nih gak,kat semenanjung nih cam xpernh pasan lak,selalu bli yg kat kdai baking yg repack tuh jerla..

Mas said... [Reply to comment]

cantikkk cendol ko sue...
aku tak pernah lagi buat cendol sendiri disebabkan dah ada tempat yg jual cendol yg sangat sedappp pada tekak aku...kikikikiki
boleh ko terima alasan aku tu....

Cheq Sue said... [Reply to comment]

rajinnya dia menyendol... pernah jugak buat sekali tapi kemetot jadinya... pastu entah bila nak buat lagi...

HaSue said... [Reply to comment]

@Sari Yusa Ibrahim
Mau pitam termakan cendol keras kak..dapat rasa cendol cmpur yg sedap pun boleh spoil kn.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@Zaliedana
Akak salu beli yg dah siap campur pastu adjust sendiri..sbb laling akk lebih suka minum airnya dari mkn isinya.huhu..
Pes pandan jenama ni mmg dguna secara mluas kat sarawak ct..mmg pekat,kaya rasa pandan n hijau molek je

HaSue said... [Reply to comment]

@Mas
Tak munasarawak langsung alasan ko tu mas.. Tak aci la ada org jual cendol sedap dkt umah ko. Huh..

HaSue said... [Reply to comment]

@Cheq Sueyg jadi kemetot tu sbb adunan lom pkt kot atau x guna acuan sesuai?cer citer.hehe.. Ni pun sbb cendol tu lmbut,dah bilas ia ada gak terputus2 sket

zila norazila said... [Reply to comment]

cantik color cendol tu sue..x tau nk panggil ijau apa..tp mmg cantik..smalam ada jgk beli cendol kt area nie..tp ijau pucat..rasa bolehhhla..:)

Maiyah said... [Reply to comment]

tgk kaler pun
dah suka n pasti
nk rsa

Ummi said... [Reply to comment]

Assalam Sue, rajinnya wat cendol sendiri...akak kan x penah wat, duk beli jek, ateee merata2 org kita duk jual...kaann beli je laaa kan...hehehe

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, cendol kat sini kaler hijau + putih, pas tu dia tirus di depan gemOOk kat tengah, akk pun tak pernah buat lagi, sellau kalo nak mkn beli je sepeket, anak2 suka minum air je cendol tak mkn pulak heheh.

Memang terbaik la pes pandan cap kuepo2 tu, mmg wangi pandan je, akk pun tak pernah jumpa kat KL ni, sib baik ada kwn maya bagi dpt la merasa n kenal heheh

LinRosly said... [Reply to comment]

Assalamualaikum HaSue Sayang :D
Perrrhhh cendol!sedapnya..
Alhamdulilah dapat tgk resepi disini..
Terima kasih HaSue.

~~zana@pb~~ said... [Reply to comment]

Akk ada kenangan buat cendol, org bercendol....kita naknjgk tp takde acuan. Bantai guna sendok lubang2 tu......jenoh menekannya, serik dah. Lps ni cendol tunjuk je. Akk cadang Hasue jual cendol style ni kt online, berani? Haha.....slmt hari raya hasue...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said... [Reply to comment]

Selamat Hari Raya Hasue dan Maaf Zahir Batin

Fatin Zaini said... [Reply to comment]

Salam Aidilfitri,

Fatin Zaini datang singgah dan menjadi follower baru anda..

salam perkenalan dari saya, jemput ke sini http://www.fatinzaini.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...