Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih buat semua rakan FB dan rakan blogger yang sudi wish dan mendoakan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14 semalam baik kat FB mahupun kat blog ini.. dah baca komen satu persatu cuma tak berkesempatan lagi nak reply... walaupun sekerat ayat,ucapan amat dihargai..terima kasih semua ya..semoga yang kebahagiaan sama2 kita kecapi :)
Nur Salha Adryana..Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10,4 tahun yang lalu.. Anak ke tiga kami..dilahirkan pada 12/09/2008..sehari selepas ulangtahun perkahwinan kami..
Saat mengandungkannya boleh tahan menyenangkan,sampai ke saat kontraksi pun sempat siapkan kek lagi..hehe..
Tiada morning sickness yang teruk kecuali tak boleh perut kosong sebelah pagi memang muntah kuning dibuatnya..agaknya sebab itu semenjak pandai makan,Yana memang mencari makanan sebaik saja bangun dari tidur..kalau belum disediakan,dia akan mencari snek sendiri di dapur.hehe...
Saat melahirkannya juga boleh dikatakan mudah..cerita mengenainya sudah kukongsikan sebelum ni.. alhamdulillah..kini sudah 4 tahun namun masih segar dalam ingatan..
Di usia belum mencecah 2 tahun yana dah mula mencantum ayat dan respon pada gurauan yang selalunya tidak terjangkau dek akal kanak2 seusianya.. Petahnya berkata2 memang tak disangka2 bila ia bermula..terasa macam dah lama jer yana dah pandai bercakap..percakapannya hampir sama tahap dengan kakaknya yang berusia sekali ganda darinya..Dari dulu tu dah pandai buat kita ketawa dengan cara yang susah nak describe.. Tapi dia hanya pot pet pot pet dengan orang yang rapat jer...dengan orang asing pandai lak malu2.. Begitulah istimewa anak2 kurniaanNYA..lain anak,lain keistimewaannya..kan? :-)
Bersama Mak Usu di pagi raya baru2 nih..peberet aunt ni..huu.. ;P
Uconya nih memang gemar memanjakan beliau sehingga kadang2 terlebih sudah...hahaha..
Uconya nih memang gemar memanjakan beliau sehingga kadang2 terlebih sudah...hahaha..
Masa pergi beraya ke rumah my cousin...budak2 ni jadi ala2 giant gitew...hehe.. tudung yana dah terbang ntah ke mana sebab kepanasan..huhu
Buat anakku Adryana..Happy Birthday yang ke 4 tahun,sayang... InsyaAllah tahun depan baru nak mula bersekolah..semangat benar nak sekolah sampai bila disebut nak sekolah tu tak habis tersipu2 senyum seperti gambar di atas ni..hehe
Semoga membesar menjadi wanita solehah..dihormati dan tahu menghormati, dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang hayat dan mendapat segala yang terbaik di dunia dan akhirat..Aminn..
Kami semuaaa sayang Yana.. muahhh! ;-)
Buat anakku Adryana..Happy Birthday yang ke 4 tahun,sayang... InsyaAllah tahun depan baru nak mula bersekolah..semangat benar nak sekolah sampai bila disebut nak sekolah tu tak habis tersipu2 senyum seperti gambar di atas ni..hehe
Semoga membesar menjadi wanita solehah..dihormati dan tahu menghormati, dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang hayat dan mendapat segala yang terbaik di dunia dan akhirat..Aminn..
Kami semuaaa sayang Yana.. muahhh! ;-)
17 Komen Di Sini:
Amiin..happy birthday Adryana.comel sangat..dan manis betul senyumannya
Happy sweet besday Adryana... same 4th besday with my little prince Naufal Khalish...
Aunty pun Aminnnnnnn banyak2 untuk doa mak Adryana tu....
Happy birthday Adryana yang comeiiii....
sweet sangat..memang ada iras2 ko sue..
nak jadi menantu aunty tak...kikikii
semoga menjadi anak yg solehah dan insan yang berjaya dunia dan akhirat yerk cayang....
dan menjadi hamba yg sentiasa patuh pada perintah Allah...
minta kek yg besarrr punya kat mak tu..
Happy 4th birthday Adryana....:D
awak comel laa...
Yeahh!!
Ramai sambut berday arini ...
Happy berday dear ...
Moga princess HaSue menjadi lebih princess lagi !!
Aminnnnn, semoga segala harapan dan doa mama yana termakbul, aunty doakan semoga yana membesar sebagai anak yg soleh berjaya dunia dan akhirat...muahhhh sayang yana
Semoga tak terlambat Cm nak ucapkan selamat ulangyahu perkahwinan yang ke 14..semoga jodoh kekal hingga ke syurga..aman bahagia..
dan selamt hari lahir buat si manis Adryana semoga jadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga..insyallah.
Ulang tahun ..maaf salah taip:)
happy busday utk little princess Sue nampaknya busday nya hampir sama dgn akak jugak iaitu september 8 hee dan selamat ulangtahun perkahwinan utk Sue semoga terus bahagia..
Asslmkum HaSue..
Alaa..lambat wish..happy belated birthday Adryana.
Semoga jadi anak yg soleh dan menjadi kebanggaan ibu dan ayah ya..
Cun lh awek tok...kimsalam...muahh2 kat pipi...kacak nama nya..semanis n secute org... jgn noty2 ye..tlg mak kat dapur...hihi:-)
Assalamualaikum HaSue :D
Selamat Hari Lahir buat Adryana, Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang pandai dan solehah..dan senantiasa didalam rahmat dan hidayah Allah hendaknya...Ameen..
Salam... Sue, tolong call atau sms saya. ain 012-2090819.
saya nak bertanya mengenai buah labu. urgent sangat2. terima kasih.
@@in
Wkumslm,..
Apa yg urgent sgt tu ain..maaf baru tgk komen ni.
Ain boleh email ke suehasue@gmail.com.. InsyaAllah sy bls ye :-)
Nekcik ucapkan selamat hari lahir semuga berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah...anak bungsu Nekcik pun baru sambut besday ke 12 pada 06/09 baru nih
ala comeynya dia.. heppy belated day yer..
Post a Comment