Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, September 27, 2012

Fresh Fruits Tarts..yummy!

Assalamualaikum..
Bertemu kembali di pagi Khamis yang indah ini.
Musim haji sekarang ni ek..semalam incik suami pun turut terlibat menghantar bakal jemaah haji ke airport.. ada juga di kalangan rakan2 blogger yang ku kenali melalui dunia maya ni seperti kak Anymz dan kak Ummi yang pergi menunaikan rukun islam ke 5 itu juga..dan baru baca tadi suami n MIL kak Rosaliza juga telah bertolak ..alhamdulillah..semoga mereka yang pergi ke tanah suci selamat pergi,selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur..aminn

Baiklah,terus ke menu hari ini.
Nih pertama kali laa aku buat dan merasa sendiri fresh fruits tart ni ha.. Sebenarnya nawaitu semasa membeli stoberi tempoh hari tu nak membuat pavlova..tapi napa tah niat terpesong di saat2 akhir tanpa kawalan. Cuma pemikiran yang logik untuk dinyatakan adalah sebab nak ngabiskan stok tart shell yang masih berbaki lepas raya tempoh hari..masih rangup lagi duk elok dalam bekas. Crust ni kalo dah desperate sangat nak ngunyah biskut boleh gak belasah nih jadi kudap2an.heh :-D

Sebab tu laa kalau korang tengok tartlets aku kat bawah nih serba kekurangan...buah tu jer yang ada dalam esbok..tskk2..kiwi pun tarak..epal ada tapi macam tak sesuai laa nak buh kan.tapi kan,dua jenis buah ni pun dah memadai rasanya nak ngam dengan kastad dalam crust tart yang comel tu..rasa buah tu yang ending kunyahan kita buat tart ni rasa best dimakan. Aku jarang sangat jumpa stoberi ni..aritu beli kat Bintulu dalam perjalanan balik dari kampung...tu pun dapat last kopek..huu..

Nak terima kasih laa kat kak Azita Zain tokey tart terkenal seantero Malaysia..hehe..dan juga Anna Qawina yang mula mengikut jejak kak Azita..nih angkut resepi dari dapur anna..semoga rezeki anda sekelian semakin berlimpah ruah..amin.
Dikongsikan di sini pula resepinya..selamat mencuba buat anda yang ingin mencuba sendiri..insyaAllah,sedappp! ;-)
Agak2 malas sangat nak buat,boleh la order kat mereka ye..


RESEPI KRIM KASTARD dan FRUITS TART
Sumber resepi : Dari Dapur Azita Zain
Sumber: AnnaQawina@ Qasseh Al-Zahra

Bahan2

Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin@mentega
Cara2 :Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.Masukkan ke dalam piping bag.


**Buah2an : Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.
 **Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional) Cara Untuk Menghias : Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust. Susun buah2an pilihan. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1.  Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.  **Anna pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang. Alhamdulillah sedap Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard. 


 Nyummm...sedap2!

Untuk resepi crust tart tu,aku masih menggunakan resepi kak Azita jugak..boleh la rujuk di SINI ye... oh ye,aku guna unsalted butter untuk crust nih.. nanti line ok,insyaAllah kopipes resepi ke sini untuk memudahkan rujukan..ni try buka link tadi tak dapat2 gara2 tenet lemau tahap kronik..huhu..
Oklah,nak gi blogwalking mana2 sempat jap..hee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

27 Komen Di Sini:

Saya Disini said... [Reply to comment]

sedapnyeee

JaSSNaNi said... [Reply to comment]

Waalaikumsalam...

mengeTART ye... sedap fruit tart ni.. sebiji sekali masuk mulut je... kalau makan ni tak cukup sikit2.. nak makan sampai puas.. :) ehehehe

Unknown said... [Reply to comment]

sitti suka makan tart buah ni..sedap..klo guna susu kastad memang sedap..nyum²...

Mas said... [Reply to comment]

hasue....
yang ini pun masih dalam senarai menunggu...
aku tak buat2 lagi..
agak nya belum sampai seru lagi tu....hahahaha

ko ni memang sajerk goda aku..
buat aku teringin jerk tauuu....
mehhh dulu kat aku 10 ketoiiii

rahel said... [Reply to comment]

Salam Hasue....meriahnya ko punya fruit tat pagi ni...bikin baliur jak...

izahdaut said... [Reply to comment]

tenyeh2 mata.. ko dah apdate sue? yeke ko apdate neh.. bagi aku rasa sikit tart buah ko neh baru aku caya.. kikiki

Unknown said... [Reply to comment]

wow dah llama akak tak buat tart ni meleleh dah tengok tart Sue yg banyak tu kalau dpt ambik mmg nak kidnap satu dua menarikss

CA said... [Reply to comment]

Emm dah 2-3 kali buat fruit tart..tapi nape nampak sedapp sgt fruit tart ko ni Sue...ko mandrem ekk...hehehe

sury_25february said... [Reply to comment]

Nyaman na juak...mun dapt setupperware tok nk besss....pos ctok lok...heeee....:-)

azlia said... [Reply to comment]

sedapnya..senang ke nk wat.. comel2 tu mcm byak keja je...order ble..hee.he..

Norzie hany said... [Reply to comment]

Assalam Sue.
Sedapnya Sue....mmg fav sis ni.

Chah said... [Reply to comment]

Owh...ai boleh ngabihkan semua yg wujud dlm gmbar tu dlm sekelip mata je sue oiii...ada kuasa mejik ke apa aku nipun aku still tercari2 jawabannya...hekhek...;)

::Azura Rahman:: said... [Reply to comment]

menggoda betol fruit tart sue nie.. huhuhu..

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam Sue, sedapnya tart buah2an , cantik elok je nampak tu, leh amik oder juga tu heheh.

Teringin nak buat tapi x terbuat2 lagi, agaknya kena bual shell dia dulu baru rajen sikit nk buat ni.

Tq sue kerana mendoakan abe akk n MIL tu

zila norazila said... [Reply to comment]

sue,
cantik tart tue comel2..sedapppnya :)

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply to comment]

As'kum Hsue lama tak singgah sini.. busy sekarang ni.. wah! cantiknya dan menyelerakan... cute i like...;)

MamaFaMi said... [Reply to comment]

Dah lama tak makan fruit tartlets ni... dan dah berkali gak cakap pada diri sendiri nak buat tart casing, tapi sampai kesudah tak buat buat lagi.. apalah teruk sangat mama sekarang ni.. ish ish ishh...

Tengok tarts Hasue ni, makin teringin nak makan!

tun_telani said... [Reply to comment]

weeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ budak yg berpura2 bizi dah sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! hihihihihihihihi..... org bintulu pun x pernah membeli stroberi kat bintulu. hehe.. tun dah beli dah acuan tat kecik2 tu masa balik semenanjung aritu. penuh berkobar2 nk buat cistat.. tp last2, dr berkobar2 tu dan tinggal bara je nih, dh buat2 tat nyer. kui kui..

Unknown said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Sue :D
Cantikkknya! Terliur bila tgk Fresh Rfuits Tarts ni...

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

jalan-jalan cari makan

monasrie said... [Reply to comment]

Salam perkenalan.. pes time singgah.. I follow yer. jemput singgah juga

Meatloaf Recipes said... [Reply to comment]

Sounds delicious for this recipe! It's make me so hungry! I can't wait to eat this :)

Unknown said... [Reply to comment]

Tenet lemau sgt ke? Patut pun kita follow dia kt instagram, senyap je dia......tuuu...setiahamba tu kakzana awak tau!
Hasue....akk on diet ni, mkn tart mcmni boleh kan? Boleh kot...haha...telan air lior tgk buah tu. Akk dilarang mkn buah, ni yg sakit hati ni:-(

Anna Qawina said... [Reply to comment]

hoi..hoiii..hoiiii..ni ba apdet ni? apsal aku x nmpk...ooo mementang aku x online...ko laju je apdet belok...hihi...

ok..siyes...sblm ni cik abang sayang i tu x nk bg i bt fruit tart..x sedap katanya..tp sbb buat kat kastemer tersayang..dia ambik mkn..sudahnya dia yg ckp..." sayang..buat tart buah ye yannggg...".*bukan bahasa sebenar"..kaka

sudahnya dia jd suka fruit tart..oh ya..ada satu lg versi kastard yg lembut..sedap gok..ada masa i share..tengq sue...

salam sayang..
Anna Olson

Unknown said... [Reply to comment]

Kalau guna gula perang blh x?

Unknown said... [Reply to comment]

Kalau guna gula perang blh x?

radanfacundo said... [Reply to comment]

Pragmatic Play launches live casino mobile slot, Wild Wild,
Pragmatic Play, a leading 동해 출장안마 content provider to 사천 출장안마 the 춘천 출장샵 iGaming 청주 출장샵 industry, has launched a brand-new version of its popular slot, 김천 출장안마 Wild Wild, in

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...