Selamat pagi Jumaat..
Sarapan apa pagi ni?
Ni sarapan yang mungkin anda nak cuba jika ada stok pisang,sagu,santan dan sebagainya..
Masa aku buat 2 hari lepas aku tak konfiden jer kalau2 ahli keluarga ni akan suka. Tapi memandangkan nak abiskan stok pisang,tetiba nampak lak resepi ni kat myr,aku terus keluarkan kelapa parut frozen aku dari freezer.
Part bungkus tu aku belasah jer balut ikut mana aku reti..janji terbungkus jer udah..hee..kalo ikutkan dia patutnya bungkus cam kuih jongkong kot..boleh rujuk kat link resepi asal aku bagi nanti ek..
Nih antara kejadian kuih tu..ada yang jadi besa,kecik sikit pun ada..hehe.. Adunannya tu memang agak cair sikit..lagipun aku tak buh kelapa parut banyak2,err tak tau pun sebenarnya setengah biji tu banyak mana,aku buh dalam secawan setengah gitu.hee..
Tapi bezanya dari lepat,ada buh sagu tu laa,kan..stok sagu lak cukup2 nak ikut resepi ni..
Alhamdulillah,anak2 dan suami suka jer rasa kuih ni..lembut dan lemak2 jek.. cuma kelapa parut tu agak 'menganggu' kata banglong..haha..tapi dia kata sedapnyaaa...masa aku suapkan kali pertama tu.. kalau tak suka kelapa parut rasanya boleh jer skip..pastu buh sagu lebih..tapi kelapa parut tu kan bagi tambah rasa lemak2 n keenakannya juga..
Kalau nak kaler lebih cantik,guna laa gula melaka atau gula apong untuk gantikan gula putih seperti dicadangkan penyumbang resepi ek.. aku ni guna gula pasir biasa ajer..
Pastu pisang tu aku rasa tak cukup banyak sebab guna pun pisang kecik jer..so rasanya kalo buh pisang lemak manis rasa lagi best..buh banyak pisang lagi sedap.. ni cadangan jelah ek..hehe
Terima kasih buat Resepi2011 dari myresipi.com yg share resepi nih ek..minta halalkan untuk dikongsi di sini pula..kepada semua,selamat mencuba!sedapppp tau!!
KUIH SAGU PISANG LEMAK MANIS
Resepi: Resepi2011@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
11/2 cawan tepung beras.-hasue letak 1 cawan tpg beras dan setengah cawan tepung gandum
6 biji pisang berangan/ pisang yang disukai. -hasue guna 1 stgh cwn pisang dah dilenyek
11/2 cawan sagu kecil (rendam dlm 15min,dibasuh dan toskan )
1/2 biji kelapa parut putih (jika kelapa muda lagi lemak) -hasue guna 1 cwn stgh
1/2 cawan gula perang / gula merah / gula pasir.
Daun pisang yang dilayurkan atas api secukupnya.
21/2 cawan santan ( 1 kotak santan jadikan 21/2 cawan)
Garam secukupnya
Cara-cara
Pisang di lenyek hingga hancur.
Masukkan tepung beras, sagu, gula dan kelapa parut gaul rata.
Tuangkan santan dan sedikit garam gaul sebati.Biar seketika ~ 10 minit agar santan dapat meresap dalam sagu.
Ambil daun pisang dan sapu sedikit minyak atasnya.
Tuang sedikit adunan dan bungkus seperti tapai/ kuih jongkong.Staplerkan / semat dengan lidi.
Kukus ~ 20 - 25 minit / hingga masak.
8 Komen Di Sini:
aku rasa cam x pernh mkn lak benda ni, nk buat daun pisang pon kna bli..huhu
cb pun tak pernah makan kuih nih..ini kuih traditional org srawak ker..
nampak mcm senang jerrr nak buat hihi
sama cam anna, tak pernah tengok apatah lagi memakannya.Tapi boleh bygkan keenakannya tu..lemak manis gitew.
Waaa...nampak best resepi ni...masuk dulu dalam list...mesti sedap ni kan sue....pisang ada kat rumah tu...kelapa parut ada...emmm...sago pun ada...cumaaaa...nak buat je belum sampai seru...he he he..:)
hehe.. masing2 x pernah makan ni, tun pun nk join kelab yg jakun nengok jugak nih. hehe...
AKU RASA CAM PERNAH MAKAN GAK LA KUIH NI. TAPI LIPANYA CAM LEPAT JE BUKAN CAM NI. TAPI NAMPAK SEDAP JE LA KUIH NI. TRASA2 JE KESEDAPAN BILA NAMPAK KO PATAHKAN TU. AKU SUKE KUIH2 YANG ADA KELAPA PARUT NI.
WAAA HURUF BESO TU. GILA KUASA TUL AKU. HAHHAA
salam sue... windu sama sue.. lama x borak2 eh.. huhuhu..
mcm sedap je kuih tu.. bak mai 5 bijik.. hihihihi..
asssalam sue, akk tak pernah mkn ni, ala2 lepat sagu gitu kan heheh, mmg akk suka sagu2 gini, tentu sedap bangat
Post a Comment