Beberapa hari tak bersiaran,bukan kerana sibuk sangat tapi line internet yang amat bermasalah sampai tahap tak boleh connect langsung sehingga aku terpaksa bergayut di talian celcom careline semalam..tak tau laa sebab panggilan tu ke.. tenet ni dah ok sket kan..sebab panggilan tu pun putus2..bayangkan laa kalo terputus tu kita kena ulang dari semula lagi nak explain benda yang sama..boleh stress tu..huhu.. last2 malas je aku call balik,macam takde keje lain lak nak call diorang setengah hari kannn..ala,korang yang tenet laju2 mana paham..*nada jeles..ahak!
Oklah, lupakan pasal tenet sementara waktu, meh nak cerita ni.. seperti yang aku maklumkan sebelum ni..hujung minggu lepas kami telah menghadiri perkahwinan sahabat baik aku dari sekolah menengah dulu lagi haa..
Perkenalan aku ngan Dayang Ratna nih semenjak tingkatan satu lagi..sama2 jakun naik sekolah menengah,jenis sanggup bawak semua buku tak ikut jadual sebab takut ada yang tertinggal..ahahak..
Dayang ni sepanjang aku kenal memang sahabat yang cukup baik,jujur,amanah dan yang sewaktu dengannya..sehingga kami terpisah setelah SPM..dia mengikut keluarganya pindah ke Bintulu. Masa tu kitorang masing2 masih sekeping lagi..hihi..
Selepas tu memang amat jarang berjumpa,raya pun beberapa kali je kitorang jumpa. Last aku jumpa adalah reunion tahun lepas yang dihadiri ramaiii kawan2 iaitu seramai 13 orang.eheh.
Masa sekolah,kami sama2 pelajar harian..nak pergi ke sekolah tu dari rumah aku dalam setengah jam baru sampai la. Almost everyday,bila duduk sekerusi dengan Dayang ni dalam bas memang sepanjang masa tu laa mulut kitorang tak berhenti bercerita itu ini..hahaha..memang satu kenangan manis jer..ada2 je cerita yang dikongsi bersama..tak cukup dalam bas,sambung balik dalam kelas..tensen je cikgu2 tengok kitorang time tu,terutama dalam kelas perdagangan yang mana kelas digabungkan..maknanya kelas aku dan dayang ni la yang bergabung masa tu..err,kelas sains tapi ada subjek perdagangan?hihi..ada cerita di sebalik tabir..tapi takpelah,sekadar mencuit sedikit kenangan bersama sahabat baik yang kini sudahpun menamatkan zaman bujangnya..
Jomlah cuci mata nengok gambar2 yang sempat dirakamkan sebagai kenangan di hari persandingan Dayang bersama suaminya yang diadakan di dewan suarah Bintulu Sabtu lepas..
Apa yang best,temanya kaler biru..akuk sukak! Dayang pun penggemar biru jugak...weeeee~~
Pelamin bertema putih biru..simple but nice!Kitorang sampai kul hampir 10.30 kot..sibbaik tak sampai awal sangat..kalau tak,mesti Zhariff sempat nak meragam sebab nak tido..hehe
Sementara tunggu pengantin,amik gambar kitorang dulu..ahaha..nasib korang laa kan..
Zhariff pun ikut tema warna biru jugak..2 anak dara den je lari tajuk..tudung aku kaler itam?baju biru, tudung itam?apa kes kan..haha..padahal bawak 2 keping tudung kaler biru,ada laa cerita di sebalik tabir tu..salah satunya kalau korang ada anak kecik mesti leh agak apa sebabnya.huhuu..Kat sebelah aku tu seorang lagi bestfriend dari zaman sekolah dulu..siap bawakkan aku belacan baru lagik..best2!hihi..seorang lagi kawan yang tak pandai abis topik nak bercerita..last aku jumpa masa lepas aku bersalin zhariff tahun lepas..tak terasa dah 6 bulan tak jumpa rupanya..
Nih lak antara tetamu yang hadir..

Iklan..
Zhariff terkini..abis hancur kotak gula2 dia baham..haha..last2 tertido jugak tanpa banyak karenah..dia tido tu masa pengantin ngah bersanding..dengar bunyi kompang tu lagi dia lena..Jom tengok pengantin baru lak..
Di persandingan..alhamdulillah,bertemu jodohnya.. perkahwinan yang sentiasa kami nantikan.. :)
Posing ramai2 lak..
Gambar yang bawah sebelah atas ni(korang paham tak ni ek) gambar pengantin bersama rakan2..tak sure belah laki ke pompuan.hee..
Gambar sebelah bawah bersama kitorang ler..ngee..Hikmah di sebalik aku tak pakai tudung biru tu,takut orang konfius kang..mana satu pengantin pompuan kan..hakhak.. baju jer dah sedondon..haha..marah je dayang baca statement aku ni..kikiki.. yang dua orang sebelah kiri aku tu pun kawan baik aku gak.. Mas yang sedang menanti hari bahagia setelah disunting menjadi tunangan orang dan Sihzmah,yang kini sedang mengandung anak ke 3..haa,nampak slim je kan..pandai dia sorok pewut ..hihi..yang duduk bawah tu Yon,yang gambar atas tadi bersama anak ketiganya dan anak2 daraku..anak bujangku tukang amik gambo..Opss..lupa tayang menu aritu..
Sambil zhariff tido kat riba aku,sempat la snap rezeki hari tu..hehe..sedap2! Tq kat encik suami yang tolong amikkan..nasi minyak(kalo tak silap la),pastu ayam kari,ikan sweet sour,daging masak itam dan umbut sawit..semua sedap!alhamdulillah..
Posing gedik2 lak..ala,bukan selalu kan..hihi..wat2 tak nampak jek photographer lain kat depan tu..muahaha..
Buat Dayang Ratna dan suami, TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU.. kami doakan,semoga perkahwinan di antara kalian berkekalan sehingga ke Syurga..setianya cinta kalian harapnya sehingga ke akhir hayat..utuhnya rumahtangga yang dibina teguh sehingga nafas terakhir..amin ya rabbal alamin..P/s: Lepas ni mesti soalan ni pula menyusul untuk Dayang : "dah ada isi ke..?"hehe..






































