Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, March 15, 2010

Rancangan tergendala seketika..

Salam..
Minta maaf buat pengunjung blog Sue yg tak seberapa ini..sudah beberapa hari tidak bersiaran dan tidak dapat berkongsi resepi dan cerita baru..
jika ada yg ingin mencuba resepi dari blog ini silakan lah yer..dah di izinkan..nak copy resepi pun dihalalkan..

Mulanya memang masalah internet macam biasa tapi sekarang masalah lain pula datang menjelma jadi tuan umah blog biru ni terpaksa memberhentikan aktiviti blogging buat sementara waktu sehingga semuanya pulih seperti sediakala..harap2 lah.
Minta kawan2 doakan yg terbaik untuk sue dan keluarga..itu saja.terima kasih..

P/s:sori tyg blueberry cake tu...kalau masih jadi blogger lepas ni insyaallah akan dikongsikan resepinya..terima kasih buat kalian yang menyokong sue selama ini...amat2 dihargai.tq2.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 10, 2010

Udang Galah Goreng

Asyik2 makan berkuah jer kalo makan udang galah nih... tekak lak teringin sangat nak makan bergoreng..terasa2 kat tekak nih isi udang yg manis bersama bhn2 goreng tu..semua pun tahu nak goreng kan...
takpe laa..meh sini tepek bahan untuk udang goreng..kot2 anak2 nak goreng di masa depan ke..hehe

Bahan2:
  • Udang galah
  • kunyit hidup*
  • serai*
  • halia*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • garam
  • serbuk kunyit
  • jus limau kasturi
  • Minyak secukupnya
Cara:
  1. Kisar halus semua bahan bertanda * dan gaulkan bersama udang dan bahan2 lain
  2. Perap seketika dan goreng sehingga masak
Udang galah saiz ibu jari kaki ni yg manis isinya berbanding sepit biru..yg sepit biru tu part kepala yg sedap isinya agak tawar sket...apa2pun kalo cicah kicap cili..perhhh

P/s: Jangan lupa buang 'poket'pembuangan dalam kepala udang tu semasa menyiang..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 9, 2010

Puding Berkrim Berkaramel

Boleh tahan juga teruk line internet hari ni..tapi alhamdulillah juga hujan turun dengan lebatnya since awal subuh sehingga tengah hari..
Sekurang2nya sejuk laa sedikit muka bumi yg agak panas akhir2 ni..
Semalam pun cuaca panas,jadi bila makan puding yg berkrim nih sejuk2 amatlah menyedapkan..

Sebenarnya ni resepi kombinasi dari puding karamel Alia dan creamy puding kak yani(link insyaallah akan disertakan kemudian..)
Boleh tengok bahagian label sebelah kanan blog ni kat 'puding/bingka'..

Rasanya memang x jauh beza dari creamy puding kak yani tuh gak..sedappp!

Dah laa berkrim..berkaramel lak kan..hehehe..yummyyy!!

Ok,di sini disertakan resepinya yer...resepi asal tengok SINI(klik) dan SINI(klik)

Bahan2:
  • 1 tin susu sejat (400ml)
  • 4 biji telur ayam(size B atau C)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar creamer coffeemate
  • sedikit esen vanila
Karamel
  • 50g gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air panas
Cara2:
  1. Sediakan karamel. Panaskan 50g gula dan 2 sudu besar air sehingga perang. Bila dah perang, padamkn api dan masukkan 2 sudu besar air panas. Kemudian tuang karamel ke dalam acuan tahan panas.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur putih kuning bercampur. Tapi jangan sampai berbuih.
  3. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Panaskan susu dengan api sederhana sehingga suam-suam kuku atau hampir mendidih. Kacau biar gula larut sepenuhnya. Lepas itu masukkan creamer. Kacau sehingga semuanya larut.
  4. Tapiskan adunan ke dalam acuan yg berisi karamel tadi.
  5. Bakar menggunakan kaedah bain marie. (letak bekas puding tadi di dalam bekas yg lebih besar yg berisi air panas)-seperti mengukus di dalam oven
  6. Bakar selama 30 minit bergantung kepada saiz bekas dan ketebalan puding tadi..
  7. Puding yg masak akan keperangan di atasnya..sejukkan dan simpan dalam peti sejuk
Selamat mencuba yer..satu adunan ni boleh menghasilkan 4-5 bekas puding!

P/s: Happy birthday buat seorang sahabat yg menyambutnya pada hari ini...semoga di usia baru ini akan mematangkan lagi fikiran kita...aminn
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...