Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, September 2, 2010

Kek Hitam Manis[Kukus]

Bertemu kembali..
Kali ni nak share satu lagi resepi kek kukus negeri sarawak yg agak2 kalo raya antara kek yg paling laris di meja hidangan..lagi2 kalo yg datang beraya tu penggemar kek2 sarawak yg basah2 gitu..ehehe..

Kek ni tak jauh beza dari kek belacan yg aku dah share resepinya sebelum ni yer..ada satu dua bahan dan sukatan yg tak sama dan ia membezakan dari segi tekstur dan rasa kedua kek ni..masing2 ada keistimewaan tersendiri...nak tau kena cuba sendiri...

Dalam pada lambat tunggu upload gambar kat blog ni tadi aku try2 gak upload resepi kat myR..alhamdulillah,dalam lambat2 pun kat sana dulu yg masuk..boleh rujuk resepi yg dah dikongsikan kat sana(klik) juga ya..
Cuma kalo nak tengok gambar lebih jelas leh tengok kat sini..
Apa2pun senang laa aku terus aje kopipes dari MyR jer buat rujukan rakan2 yg datang bertandang ke blog biru nih yer..

Kek Hitam Manis
By:HaSue

Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )

* 450g Mentega berkualiti
* 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g
* 10 biji telur saiz A
* 1 penutup botol esen vanilla
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
* 1 tin sederhana serikaya
* 1 tin kecil nestle cream(rujuk gambar di bawah)
* 200g horlicks
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum
* 1 sudu teh ovalete

Nestle cream yang digunakan dalam resepi ini..ada 2 saiz di pasaran.

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :)

Kalau nak buat setengah adunan,boleh gunakan loyang 8x8 inci yer.. lepas tu ikut cara sebenar kek ni dikukus selama 6 jam..tapi jika bukan untuk disimpan lama memadai dah 4 jam tu...lagipun selepas sehari boleh laa simpan dalam peti sejuk.
Bila nak makan,keluarkan lebih awal baru dipotong2..
Kek ni sedap tauuu..

Oh ya,bagi yg takut atau seram sejuk dengan kek sarawak yg manis...jangan laa risau yer..sukatan gula dah dikurangkan sebenarnya,dan masih boleh dikurangkan sehingga 180g tapi kalau boleh jangan kurangkan sukatan pemanis lain seperti susu dan serikaya kerana khuatir mengurangkan kebasahan kek tu seperti yg sepatutnya..

Nak tengok tekstur kek nih dari dekat..haa,nih fokus dekat sket..setelah dipotong2 n redi nak makan..

P/s: Semua kek yg berasal dari sarawak juga aku letak kat label 'kek lapis sarawak' walaupun x berlapis agar senang nak utk dirujuk... :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

27 Komen Di Sini:

umie said... [Reply to comment]

nyaman kek tok kak sue...resepinya lebih kurang mcm kek belacan juak..hehhe

HaSue said... [Reply to comment]

umie:aok eh..nang nyaman kek tok..kat umah tok laku alu..hehe..resepi nang lebih kurang jak,tapi nang lain rasa n tekstur skit..

Shereen said... [Reply to comment]

Sue,
I memang suka kek yang hitam legam macam ni...boleh tipu anak orang putih makan sebab dia orang ingat kek coklat!Sue ,nak kukus sampai 6 jam tu teruk la I nanti nak bayar duit electricity sebab kat NZ ni mahal.Boleh tak if I pakai pressure cooker untuk mengukus?Kalau boleh, berapa lama you syorkan?Anyway, thank you for the recipe.

ilahjy said... [Reply to comment]

kalu tak silap kak nama lain kek tamil tak??? akak ada resepi nie kwn dr sibu kasi..dah 16 thn simpan.. gula hitam tu ada stok kwn dr sibu kasi...

HaSue said... [Reply to comment]

Shereen: hehe..diorg ingat kek ceklat laa kan? Kalau u nak kukus tak payah sampai 6 jam pun takpe,2-3 jam pun dah cukup sebenarnya..kukus lama2 tu untuk kek tahan lama.Sorry ye shereen,i tak pernah la guna pressure cooker utk mengukus kek..so x tau nak cadangkan berapa lama..anyway,kalau u pernah try mengukus kek lain,u boleh kukus kek ni juga. Cuma panjangkan sedikit masanya dari kek biasa. selamat mencuba

HaSue said... [Reply to comment]

kak ilahjy: yer..kek ni lebih kurang kek tamil,kek negro,kek mata kucing,kek belacan,dan boleh jadi macam2 lagi nama yg berlainan tapi seiras jer rupanya kak..hehee...tapi biasanya dah namanya lain,sukatannya dan bahannya ada sedikit berbeza.. akak dah cuba buat kek tamil tu?rasanya memang lebih kurang kek ni...sedap tuu

shafida said... [Reply to comment]

salam.....hehehe...bestbya
boleh nak tempah tak..saya kat batu caves....
kalo n k tempah berapa rega..saya xpandai nak buat
hehehehe aka malas....nak makan cepat
heheheehhe

HaSue said... [Reply to comment]

wkumsalam shafida..
minta maaf sgt2 yer..so far sy buat kek bukan utk bisnes..ada juga kwn2 yg nak tmpah tp mmg dr kwsn kejiranan je la..hehe..
kalau ada peralatan n bhn2 sng je nak buat tu...berbaloi dr membeli..insyaallah

azian said... [Reply to comment]

selain goldenchurn mentega apa lg yg blh bt kek ni?

Sallia Wu said... [Reply to comment]

@azian
buttercup tp yg mentega punya... buttercup ni ada dua jenis

HaSue said... [Reply to comment]

@azian
memandangkan GC dah takleh guna..brand seperti anchor,westgold,buttercup(mentega bukan yg lepa susu) dan sebagainya sesuai digunakan asalkan ia mentega tulen dan halal..

@Sallia Wu
Thanks tolong jwbkan.. :)

Anonymous said... [Reply to comment]

salam...nestle cream tu, nestle serbuk atau nestle jns whipping cream 2 ye..t

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
(nama sapa yer..? :) )
w'kumsalam..Saya dah letak gambar nestle cream yg digunakan dalam resepi ni..boleh rujuk kat atas tu yer..tq

chikadakbiru said... [Reply to comment]

kak sue...
nak mencelah sikit..nestle cream tuh yang bape gram...

andaikata..chewaahh cam confirm aje nak buat..browning takde..ade tak alternatif lain..utk menggantikan browning..

Dayang said... [Reply to comment]

nyaman kueh ya :)

Jasmin@Josephine said... [Reply to comment]

Kalau buat separuh adunan & kukus selama 1jam boleh tak?

HaSue said... [Reply to comment]

@chikadakbiru
sori akak lambat reply ye..
sebab nestle cream tu ada 2 saiz je..tu yg tulis tin kecil je kat situ.hehe..akak x perasan lak bp gram..saiznya sama cam tin serikaya kecil gak.rasanya dalam 180g gitu...nanti insyaAllah akak cek balik n update ye CB..

alternatif utk gantikn browning tu so far takde lg rasanya sbb ia komponen penting nak buat kek hitam2 ni..hehe..

HaSue said... [Reply to comment]

@Dayang
aok..nang nyaman ko.. :)

HaSue said... [Reply to comment]

@Jasmin@Josephine
saya syorkan untuk setengah adunan,kukuslah sekurg2nya satu jam setengah..slmt mencuba

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam.. Kenapa kek saya berwarna coklat apatah lg hitam???? I think you must miss i ingredient or more.. Nway thx for sharing hasue.. Pls reply.. -nizza

Anonymous said... [Reply to comment]

*tidak..(typo error).. maksud saya kek saya berwarna kuning tua

HaSue said... [Reply to comment]

@Anonymous
W'kumsalam Nizza.. cuba semak resepi lg skali ye..nizza dah letak browning sugar ke? Tu la pewarna yg bg kek ni ni hitam..kalau tak letak browning sugar tu mmg takkan dpt warna hitam .. :)

Nazian said... [Reply to comment]

thank a lot kak...kamek tok jauh di tempat orang di semenanjung tok..nasib kitak pos resepi kek kat blog kitak..dapat juak cuba molah..resepi kek tok aunty mek ada..since kitak dah pos kat blog tok sik lelah kmk nk call aunty mek tanyak pasal resepi.

Maggie Lim said... [Reply to comment]

Salam. adakah browning sugar sama dengan brown sugar? butter yang kak pakai adakah golden churn?
Terima kasih.
mag

Baifern Miyazara said... [Reply to comment]

Kmk rasa tok resepi kek belacan...cuma ktk x da letak koko @ milo...mun kek mawar hitam nya ada coca cola

Kelliie said... [Reply to comment]

Hello, boleh tanya macan rupa browing sugar? like cecair or gual hitam
terim kasih

Farahani Faizal said... [Reply to comment]

@Maggie Lim Browning sugar dengan brown sugar tak sama. Browning sugar tekstur nya likat, melekat, pekat dan agak leceh nak diguna. @Kelliie Cecair yg likat, pekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...