Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, February 3, 2009

Bihun Goreng Seafood


Buat utk breakfast pagi ni..kemain santek aku make-up..
Last2 anakku suruh 'clear'kan masa dia nak makan..
'Taknak telur(hiasan kat atas tu),xnak cili,xnak sotong,xnak udang,xnak limau,xnak jagung,xnak kacang,xnak sayur oren(carrot)..'
'Habis kakak nak apa?'
'Nak mi jer..'
hohh..sabo jelaa..

Babah penggemar bihun goreng..
Resepi bihun ni main campak2 jer..

Bahan-bahan:

1 Bungkus Bihun-rendam hingga lembut dan toskan
3-4 sudu mkn Cili Giling/cili boh
4 ulas Bawang Merah*
2 ulas Bawang Putih*
Segenggam Udang Kering*
1 sudu kecil belacan(jika suka)*
1/2 biji bawang besar*
Semangkuk kecil Udang Basah(lg byk lg best)
Semangkuk kecil Sotong
Semangkuk kecil Sayur Campur 3 sekawan
5-6 sudu Sos Cili
Kicap masin-agak2 ler nak ltk byk mana
Perasa
Garam secukupnya(jika perlu)
2/3 cawan minyak masak

Bahan Bertanda * dtumbuk/dkisar menggunakan pengisar bhn kering

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak masak di dalam kuali

2.Tumis cili boh dan kacau hingga agak garing barulah masukkan bhn yg dtumbuk/kisar kering

3. Setelah naik bau dan bhn kelihatan pecah minyak,masukkan sotong dan udang.Kacau rata

4. Masukkan sos cili,kicap dan sayur campur.Kacau lg..

5.Masukkan perasa dan garam.Kacau goreng sehingga kicap menyerap ke dalam bihun.

6.Padamkan api dan hias dgn telur dadar yg dhiris kecil dan cili yg dhiris nipis..juga limau kasturi

7. Jgn lupa gunakan api kuat semasa menggoreng..Selamat Mencuba yer
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 Komen Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...