Malam 5 Januari lepas Chombi dah selamat melahirkan 'baby2'nya dibidankan oleh mak bidan kucing iaitu aku.huehuee..Uihh,jangan main2.Mak bidan neh..sah2 bidan terjun.haha..
Masa kejadian tu berlaku,Chombi ni kuar masuk umah. Kitorg mmg dah saspek Chombi akan melahirkan pada masa yang terdekat.
Jadi hubby aku(babah) pun letak ia dalam kotak. Tapi gelisah lak si Chombi nih. Keluar dari kotak,masuk dalam bilik..carik port best laa tuu.
Masa tu dalam pukul 7pm lebih,babah kuar main badminton. So aku tengok Chombi kuar masuk umah. Aku sediakan kotak lg untuk ia,masukkan dalam tu..Ia nak kuar aku usap2 kepalanya..baru Chombi cool down..seminit pastu aku tengok kejap2 ubah posisi..kejap2 nelentang,kejap2 senget(mengiring),pastu jilat2 laluan peranakannya..tau laa nak kuar dah isi pewutnya yg boyot tuh.
Tak lama lepas tu...PLUUPPP!kuar sekor..hah!kaler itamm..Chombi jilat dgn penuh kasih syg,terharu betul tgk..iskh2..tali pusat anaknya masih bersambung dr dalam.
Hoh!ader lg bakal keluar nih..Chombi gelisah lg.Sesambil layan anak sulungnya yg teraba2 Chombi meneran pula anak kedua.(selamber jer tau..x nmpk sakit pun.hehe)
Pastu tengok2 anak yg ni kaku(kaler kuning).Erkk!aku panik laaa..aku ckp kat anak sulung aku(banglong),anak yg ni x jadii..eihhh(macam laa tau)
Pastu tgk Chombi jilat2 'anak yg x menjadi' tu..aku tengok tergolek jer x gerak2..
Aku pernah dgr ibu kucing akan memakan anaknya yg mati dilahirkan..
Tak sanggup aku tengok..kejap2 paling tmpt lain..
Dalam 5 minit kemudian,aku tengok 'anak yg x jadi' tadi mula 'berbulu'(memula td keadaannya licin jer sbb dbaluti lendir kot)Dah dbersihkan ibunya baru 'hidup'.heh..
Apa laa punya mak bidan.hahahaa..
Pastu acara menjilat(membersihkan) anak2nya jelah..jenuh tunggu takde kuar dah.So kitorg masuk dlm umah..
Dalam 15 minit lepas tu,banglong jenguk keluar lagi.
"ehhh..dah 3 ekor laaa"
Rupanya selamat dah keluar anak ke 3(itam/kelabu belang2)
Dah beberapa jam..barulah pindahkan Chombi ke wad selepas bersalin(kotak lebih besar)
Gambar ni masa usia diekor seminggu lebih..ngah lena tido.
Sekarang dah pandai mainnn..syok tengok.yg kaler kuning tu memula cool jer..
Yg Kaler itam tu yg sulung,Kaler kuning anak tengah,yang bongsu yg belang2 kat pewut tuh..
Setelah minta pndpt kwn2 kat forum myr,yg hitam belang dnamakan CIMO,yg kuning lak CHOCO dan yg sulung CEK TAM.hehehe...(nama yg 2 ekor tu ilham sekeluarga,yg Cimo lak ilham dayang_jack.tq dyg)
Nama2 ni dah register kat Jabatan Pendaftaran Negara Kucing..kikikii..
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
2 Komen Di Sini:
hohohooo...apa sudah jadi ngan blog nih? biru mata itamku! hehehehe....alahai comel2 kucingmu iteww! p amik award kucin kat umah tu yerk! tahniah! jd bidan terjun! kehkehkehkeh.....
HaSue...poning la...love yg bergerak2 itu menggangu pandanganku.biol dah rasenye ni...hahaha
kite 31 tahun...awak umoq bape???
Post a Comment