Dah masuk ke petang lak yer..ntah kenapa lak tenet nih tadi kejap ada kejap ilang..lappy nih pulak merajuk ke apa skali klik FB berderet tabs keluar...bila restart nih tadi sibbaik dah ok..kalau tak gerun gak nak on lagi.
Jadi puan2,takmo celoteh banyak.. kite terus jelah ke menu petang ni yang menjadi santapan kami malam tadi dan pagi tadi.
Masa nak membuat mapin nih pun mencabar kesabaran gak laa..bukan cabaran nak membuat mapin nih yang aku nak perkatakan di sini..
tapi bila si anak dara membantu dengan menolong mencuci papercups yang sudah aku susun siap2 dalam tray muffin tu tanpa aku sedari.. ingatkan apa ke lama bebeno dia cuci dalam sinki kan..tengok2,dah 'bersih' 2,3 kertas cawan mapin aku yang belum digunakan..adeh laa.. kalau yang dah guna tadi tak kisah laa,kann..leh je terus buang. Nih lum guna lagi,sibbaik yang ni jenis separuh plastik(plastik ke ek yg licin2 nih) mmg nonstick la berbanding yang biasa..huhu..dan tak semua yang aku sediakan tu dia cuci..hehee..anak..anak..
Oklah jom layan mapin mudah nih..senang nak buat sedap dikunyah..aku abis gak laa seketul..err,dua.kot.heh.
Mula2 cari kat dapor izah nih tapi tenet lembap jer tak kuar2 lak bila search..try carik kat myr,jumpa lak..so aku amik rujukan dari sana jer
Terima kasih kepada tokey mapin nih yang kongsi resepinya..korang kalau ada lebihan2 yogurt n coklat chips tu buleh laa try sendiri..Yogurt Muffin Coklat Chip
Resepi: Izahdaut@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 7 biji medium )
1 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural
1/3 cawan susu segar
1/2sk essence vanilla
2 sb butter cair
1/2 cawan coklat chip
Cara-cara
Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu,mentega cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt. Masukkan coklat chips dan gaul sebati (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.















