Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, February 26, 2012

Cempedak Ku Goreng Rangup2..

Assalamualaikum.. ^_^

Haii..lama entri ni kuperap dalam draft..ni agak2 dah jadi tapai ke belum..ehe..
Sementara boleh bersiaran dari kampung dengan tenet laju ni,boleh la aku publishkan yer..tak ler haunted sangat belog ku nanti.. ^_^

Ha,sesambil bersantai ujung minggu tu kalau ada benda nak digoreng seperti pisang ke,cempedak ke,roti yang nak expired ke,keledek,keladi dan segala bapak nenek buah2an atau makanan yang boleh dicelup tepung(batter) nak goreng,boleh laa cuba cara ni lak..ramai dah cuba resepi roti goreng rangup yang resepinya dah ku share di SINI,terima kasih.. ada yang kata,adunan tu banyak untuk 8 keping roti ek?sebenarnya aku agak2 jer rotinya tu..selebih adunan tu boleh disimpan dalam peti sejuk,esok nak guna,kalau pekat tambahkan sedikit air dan kacau sebati lagi..insyaAllah tak membazir. Lagipun banyak benda tu leh goreng guna resepi yang sama.. Macam aku selalu buat,satu batter untuk 2,3 jenis kuih..ehe..kalau taknak buat banyak gak adunan tepung tu,sila la buat separuh adunan ke,ek..lagi2 bila dah selalu buat, pandai2 ler agak banyak mana nak adun yer.. :)

Resepi lebih kurang juga dengan yang di SINI,kalau ada buah terap masak pun best sangat nak wat cucur woh..
Kali ini,aku gantikan tepung gandum dengan tepung hongkong,dan sebab cempedak tu sudah manis,aku tak letak langsung dah gulanya..walaupun selalu kalau buh gula tu bukan untuk maniskan kuih,tapi untuk adunan tu lebih berkilat gitu..tapi kalau tak suka tak payah letak gula cam aku buat kali ni ek..
Bila guna tepung hongkong,rangupnya lagi best.. oh yer,kerangupan tu tidaklah lama dari pagi sampai ke petang..cuma masih sedap dimakan..
Tapi kalau goreng sedap tu,biasanya tak lama dah abis..tak sempat ke petang kalau goreng sebelah pagi.

Lagi satu kalau nak buat untuk makan petang,simpan lebihan adunan tepung(batter) tu untuk goreng sebelah petang lak.. Aku fobia sikit dengan kuih yang rangupnya lama sangat ni(terutamanya yang dibeli),dulu pernah dengar orang citer dorang bubuh straw yang dicairkan agar kuih kekal rangup..wallahualam!
Tapi tak dinafikan ada juga resepi kuih yang tahan lama rangupnya..cuma aku suka guna gini,lebih senang dan famili suka.. ;)

Oh yer, kerangupan berbeza dengan batter yang letak tepung beras tau.. tah kenapa aku tak berapa suka(setakat entri ini ditaip) kalau gorengan buh tepung beras..dia rangup keras sket bagi tekak aku..heh..cerewet..adik aku kata,buh tepung jagung jadi rangup juga lembut..tapi aku lom berkesempatan mencuba..

CEMPEDAK GORENG RANGUP 'LEMBUT'
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
1 cawan tepung hongkong
1 sudu makan buttercup
secubit gula-optional,untuk mencantikkan warna kuih jer.
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
1 1/4 cawan air-atau secukupnya (adunan seharusnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

Buah cempedak secukupnya..atau pisang masak,keledek,keladi dsbgnya..

Cara-cara

Satukan tepung ,buttercup,gula,garam dan pewarna di dalam bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan handwhisk
Leraikan isi cempedak dari empulurnya dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))
Panaskan minyak di dlm kuali,jangan terlalu panas yer,nanti kuih tak rangup sebab suhu terlampau.. sekadar cukup2 panas jer..
Sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.

Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sudah panas sebelum menggoreng.


Enak dimakan suam2 panas untuk sarapan pagi atau minum petang..yang pasti mudah dan jimat kalau buat sendiri kan.. sedap dan segar dari dapur anda..ahaks :)
Selamat berhujung minggu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 4, 2012

Resepi Kek Coklat Keju Marble

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

InsyaAllah kejap lagi akan bertolak balik kampung yang memakan masa 5 jam atau boleh jadi 6 jam(kalau ada singgah)..
Sementara sempat ni nak share satu resepi kek coklat dimarble kan dengan rasa keju. Sebenarnya,aku try buka link asal tak boleh pulak..tak tau laa samaada link tu masih aktif atau sebab tenet yang lemau ni penyebabnya..

Kek ni aku dah ejas sikit bahan2nya, dapat laa moist sikit..tapi sebab terrr lama duk bakar...tu yang tak berapa moist..lenkali nak cuba lagi.
Rasa kek ni macam kite makan,"ermmmh..ermmhh??"(ada rasa keju)..barulah sambung "ermm.."balik. selalu kalo makan kek coklat dengan ganache nyer tu kan ke panjang jer..ermmmmmmmhh...nyer. sebab rasa coklat jer sekata.hehe.. korang paham x paham apa yang aku cuba sampaikan nih?heh.. :D

Kek ni senang jer nak buat macam kek biasa gak cuma kita tambah adunan krim keju di tengahnya. Buat penggemar kek yang gebu dan tidak terlampau basah seperti kek sarawak yang aku pernah aku tayang2 sebelum ni..mungkin ni sesuai dengan selera anda.
Di sini disertakan resepi sekali untuk memudahkan kalian yang nak mencuba sendiri eh..nak c n p direct takleh terpaksa laa taip satu2..huhuu

Kek Coklat Keju Marble
Resepi Asal: Mai@Ohresepi.com(link akan cuba disertakan kemudian)
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
180g mentega
170g gula halus -hasue letak 150g
3 biji telur gred A(berat lebih kurang 60g sebiji)
20g serbuk koko- hasue letak 50g*
120g tepung halus/tepung hongkong*
1 sudu teh baking powder*
-bahan2 * diayak bersama
2 sudu besar susu cair-hasue tambah
1 sudu teh esen vanila-hasue tambah

Bahan B
250 cream cheese(jenama philadelphia atau apa2 jenama halal)
60g gula halusNumbered List
1 camca teh esen vanila
1 biji telur gred A


Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 160c. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak/baking paper.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih dan berkrim
  3. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga kembang dan gula hancur/sebati.
  4. Perlahankan speed masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan susu cair dan gaul rata dengan spatula.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan krim keju,esen vanilla dan gula. Putar sehingga sebati.
  6. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim
  7. Tuangkan separuh adunan coklat dalam loyang,ratakan.
  8. Tuang pula kesemua adunan krim keju dan ratakan.
  9. Tuangkan baki adunan coklat dan ratakan. -hasue guna piping bag,guntingkan hujungnya dan picit rata dipermukaan adunan krim keju agar senang nak ratakan adunan.
  10. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Close-up sikit rupa paras kek ni..sesuai untuk penggemar coklat dan keju!

Rasanya bakar 35 minit (my oven) pun dah cukup agar kek ni lebih lembap.
Masa bakar kek ni aku set 45minit dan lepas tu aku tidurkan zhariff dengan aku sekali tertidur..hahah.. jadi kek ni sejuk jerlah dalam loyang tu..ngee..

Oklah,selamat mencuba buat korang yang nak mencuba di hujung minggu ni ek..kot2 ada yang nak perabiskan cream cheese ke kan.. Boleh la ikut resepi asal atau yang sudah aku edit ek..terpulang masing2.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 3, 2012

Buat Yang Merindui Zhariff..

Assalamualaikum..
Dah hari Jumaat pun hari ni..syukurlah masih diberi peluang untuk bernafas dan melihat anak2 membesar depan mata..
Baiklah,pagi Jumaat yang mulia ini nak share gambar si kecik ni buat tatapan aunty2 dan uncle2 kot2 ada yang rindu dah lama tak tengok zhariff..juga buat kenangan di hari muka.. :)

Salah satu faktor utama adalah sebab dia susah sangat ditangkap gambar.. hasil gambar shaking ajer sebab asyik bergerak ligat..
Semalam kan,aku nak amik gambar dia berjalan dalam umah kan..panggil laa,'zhariff..jalannn zhariff..' ada ke dia meniarap pulak. lama jer aku tadah kamera nak snap..adehh cam nak kenakan omak dia ni pulak kan.hehe...sabor jela,kecik2 dah pandai wat lawak. :D

Jadi layan ajelah gambar pada hari Ahad baru2 ni masa kitorang gi menghantar banglong balik ke asrama..kiranya minggu ni adalah minggu terakhir banglong bersekolah di SMK Mukah setelah dapat tawaran masuk ke sekolah MRSM..dekat jer dengan sekolah dia sekarang,sebelah jer..tak sampai 500m pun rasanya.hehee..
Tapi banyak benda nak kena beli lain sebab keperluan jauh beza dengan sekolah sekarang..
Ni pun masa lepas beli belah serba sedikit keperluan banglong aritu.

Jom layan gambar dak kecik yang sekarang dah pandai guna kaki untuk berjalan ni.. Ohye,tau tak masa belum pandai berjalan aritu,dia berangan nak sepak bola.
Bayangkan,dalam posisi merangkak(4 kaki),dia angkat punggung dan sepak bola..aku gelak guling2 tengok aksi zhariff masa tu..adoyaii..lawak tak hengat anak aku sorang nih!

Lagi sekali,jom layan gambar2 dia guna kaki untuk berjalan..hehe

Pergh!Jelingan manja buat awek2 kecik di luar sana..(toleh kiri kanan,takut kantoi dek Dhira)haha.. zhariff masih lesen P lagi,lum dapat merempit dengan Amani atau ngan Maisarah.Dhira tak kasi chance!

Huh..wat muka serius lak pakcik kecik nih.. acik anim,mata maintain cepet ni ha.. gagah laa rasa tadi kan..perasan jap cam jalan sensorang kat kedai Mukah..hehe..tu yang merah2 kat lantai tu biasa laa kan,lepas chine new year ni..kertas2 bungkusan mercun ler tu.


Errkk!Ada awek..ada awek..kontrol macho...kontrol macho..tahan napas..tahan napas..posing ala2 model angry bird..kena buat muka angry sket.. :P

Pheww..letih dah jalan2 dan tahan napas nengok awek...jom lah kita gi mamam,banglong!

Yummm.!!sedapnya kepci nih..tayang lesung pipit untuk aunty2 yang suka tengok lecung pp caye..linangan air mata tu sebab kite nanges..mama tak kasi kita mamam cendiri..ahak..pandai acik Nor teka kat FB aritu..hehe
..


Ngaaaaa...nyumm..nyumm!!Kan dah kate,kite dah besha..dah pandai mamam cendiri... tapi last2 tu mama juga laa yang cuapkan nasik bagi kenyang..theee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...