Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, August 8, 2011

Chocolate Muffin with Almond Flakes

Aku kan, kalau nak mengunyah sesuatu yang chocolathy..pastu rangup sikit2..mesti aku terbayang2 rasa muffin coklat yang satu nih..

Muffin ni tekstur dier lembuttt je kat dalam,atas dia tu a bit crispy laa..kaya rasa coklat ni sebab 100% guna coklat masakan dan bukan serbuk koko..
Tapi aku laaaagi suka kalo buh sesuatu kat atas dia cam almond nibs ke,almond flakes cam nih kan..sebab,masa gigit tu rangup2 jer lah..iee!sedaplah!!Opps..takleh imejin lebih2..puasa2.

Muffin ni aku buat lepas buat kek lumut ..sesambil ngukus kek,aku godek muffin nih..

Kalau di bulan puasa ni sesuai laa untuk menu moreh kata orang kan..kat Sarawak ni jarang orang guna perkataan moreh kot..aku bila dah masuk2 ke alam bunian cyber 10 tahun lepas baru familiar dengan perkataan tu..
Yerlah,sebelum tu katak bawah tempurung katakan...mana laa nak tahu bahasa2 orang luar kan.
Kalau kitorang kat umah family beso aku tu..biasa makan yang selepas sembahyang terawih atau selepas isyak tu kitorang gelar "second round" jer..hehehe.. masa tu laa nak makan bubur ke..kuih muih kalau ada belen berbuka tadi ke..

Eh..dah panjang lak citer kan..ingat tadi nak citer mapin aje.hek..
Jom tengok resepinya pulak..

Oklah,resepi nih resepi sama gak yang sebelum ni..alaa,resepi kak Yani. Ramai dah cuba tau..tapi aku nak tepek jugak laa kat sini..senang kan nak rujuk..lagipun leh tambah semak blog aku yang dah sedia semak nih.hikhik..
Terima kasih kak Yani..suka resepi nih! Resepi asal plain jer..ikut suka kite laa nak buh apa kat atas tu..jangan buh benda pelik2 udah.heh..

Oh ye..jangan lupa tips untuk dapatkan muffin yang membumbung tinggi,korang panaskan dulu oven ke suhu tinggi sehingga 200c(kadang2 aku buh 230c) kejap..dah masukkan muffin dalam oven baru turunkan suhu 170c..muffin ni dah dekat nak masak baru dier naik,so isi hampir nak penuh pun tak apa..

MUFFIN COKLAT with almond flakes
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* Almond flakes secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Taburkan almond flakes ke atasnya sehingga hampir penuh permukaan. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula
Aku dah kata dah..kaya dengan rasa coklat..dan lembut lak tu..atas tu rangup2 jer,lagi2 ada almond tu haa..korang leh bayangkan tak apa maksud aku nih? ehee ;)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Resepi: Kek Lumut Sarawak

Assalamualaikum.. :)
Bertemu kembali di minggu baru,minggu ke dua dalam bulan Ramadhan dan minggu ke dua juga dalam bulan Ogos.
Terima kasih buat semua yang sudi memberi ucapan hari lahir dan mendoakan doa2 yang baik untuk suami n anak sulung aku pada entri lepas..
Sebenarnya minggu lepas memang minggu mencabar minda dan kesabaran gak laa sebab card reader buat hal..jadinya nak ngentri pun takleh sebab gambar duk dalam kamera lagi., bila ngenang card reader masalah..memang malas aje nak amik gambo..Ni dah ada card reader,satu hal pulak nak kembalikan semangat blogging..hehe..alasan2..

Takpelah,kita pelan2 yer..
Entri kali ni adalah kek kukus Sarawak. Kek Lumut namanya.
Bila sebut kek lumut,rata2 orang sarawak yang menggemari kek sarawak sendiri memang boleh imagine rupa dia..cuma dari segi rasa tu mungkin ada yang berbeza..sebabnya resepi pun dah pelbagai versi.

Kali ini,aku cuba buat resepi dari dapur AlongRoz..yang resepi asalnya dikongsikan oleh kak Nur68..resepi lama katanya jadi excited nak cuba. Lagipun dah lama tak mengekek..hehe..

Oh ya,sekarang ni tengah panas isu mentega Golden Churn kan..so baik hentikan terus penggunaannya dan beralih kepada mentega lain. Bila sebut mentega,ia bukan marjerin yer..bukan juga lepa susu..buttercup lepa susu kan? Bukan tak boleh guna,cuma hasilnya berbeza .. Sila baca label ya..jadi tak laa keliru..
Ini untuk menghasilkan kek yang sama..bukan untuk resepi ini jer.Tapi resepi lain juga .. :)

Terima kasih AlongRoz n kak Nur68 untuk resepi nih..sedapppp n moist cuma macam along kata maybe kena kurangkan butteratau telur supaya kek kurang berminyak..tapi nak mengatasi masalah berminyak ni(jika dah terbuat laa kan..)letakkan 2 keping tisu dapur atas talam ke..letak kek atas tu..biar je semalaman..nanti dah tak berminyak dah..

Cam kes aku ni,aku lupa nak kurangkan butter atau telurnya sebab main salin jer terus resepinya aritu. Bila baca balik komen Along betul laa apa diperkatakannya..
Tang gula tu aku tak letak penuh 1 cawan..dalam 9/10 cawan laa..ehee..
Minta izin kongsikan di sini pula ye along..nak tengok resepi asal dalam 2 versi,gi klik link AlongRoz di bawah ni yer.. oh yeer..ni versi separuh adunan :)

Kek Lumut Sarawak
Resepi: email drpd Nur68
Sumber: AlongRoz@HomeKreation
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN2:-Saiz: 8" Bulat/8"x8"(menggunakan cawan 200ml)

5 biji Telur
1 cwn Gula Halus
8oz(225g) Mentega - lain kali mungkin nak kurangkan ke 200g je
½ cwn Tepung Suji
1 cwn Nestum - kisar halus
½ cwn Susu Ideal
½ cwn Teh (2 st serbuk teh + air)
Pewarna Hijau (Along guna Pes Pandan)

CARA2:
1. Pukul telur sehingga kembang.
Masukkan gula sedikit2 sambil di pukul.

2. Pukul mentega sehingga kembang & campurkan ke dlm adunan telur.
Masukkan tepung suji & nestum & gaul sebati.
Masukkan susu, teh & pewarna hijau.

3. Kukus selama 2 jam sehingga masak.

Lembut n moist..
Aroma nestum tu yang menambah rasa sedap untuk kek ini..selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 5, 2011

Happy Birthday To Him & Kek Coklat Lembap

Salam Jumaat..
Dah ramadhan ke 5 pun kan..alhamdulillah,hari ni hari ulang tahun kelahiran suami tercinta..syukur ke hadratNya kerana dia diberikan kesihatan baik2 sahaja.
Tarikh lahir cik abang aku nih memang dekat2 dengan anak sulung kami..beza 1 hari jer.. jadi kalau nak buat sambutan tu biasanya buat sekaligus aje..
Teringat lak aku masa buat jamuan besday mereka tahun 2004 dulu,masa tu aku sarat mengandung anak ke 2..kakak aku kata,tahun depan lak sambut bertiga laa ni skaligus.haha..jadinya 3 orang laa dalam family kami ni yang lahir bulan Ogos.. kiranya bulan 8 & 9 nih memang bulan kek laa bagi kitorang..huhu..tak kisah laa beli or buat sendiri kann..

Oh ye..kek yang jadi tayangan hari ni bukan kek besday tau..
Ni kek aku buat aritu..masa family aku datang hujung minggu lepas..sebelum mereka sampai tu sempat laa godek2 kek ni kejap..
Lepas aku upload gambar banglong sempena besday dia aritu card reader lak takleh read file dalam tu..atau dalam bahasa mudahnya,dah rosak..huaaa..
Insyaallah arini baru berkesempatan nak gi beli yang baru..sob sob..

Kek coklat ni asalnya resepi kek coklat kukus munira..tapi aku bako jer..
Pastu cara penyediaannya aku buat cara kek coklat zubaidah..
Lagi,aku tambahkan sikit pati oren sunquick limau mandarin..tapi tak berapa terasa laa pulak.hehe..
Aaa...ganache tu aku main letak je coklat masakan,campur whipping cream n sesudu butter..

Jadi aku kongsikan di sini bahan2 n cara aku buat ehh..resepi asal boleh rujuk kat dapur izah(klik sini untuk ke sana),ramai juga yang dah cuba resepi nih..alhamdulillah sedap n moist walaupun dibakar jer..memang lebih kurang jer dengan resepi kek coklat zubaidah aritu..bahan pun sama jer kan.. kalau nak lebih moist sila laa kukus yer.. :)
Apa2pun terima kasih semua . resepi di bawah ni versi dah diedit,senang untuk rujukan sendiri di masa depan..juga buat mereka yang nak mencuba..

Kek Coklat Lembap
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan -hasue guna cawan 200ml

3/4 cawan gula pasir*
1 cawan serbuk koko*
1 cawan susu sejat*
1 cawan susu pekat*
1 cawan minyak masak*
1/2 sudu teh serbuk nescafe*
1 sudu besar pati oren sunquick*

4 biji telur
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Cara2:
  1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Masak sehingga gula cair sepenuhnya,tidak perlu mendidih. *Panaskan oven pada suhu 180c
  2. Dalam bekas agak besar,pecahkan telur dan pukul sedikit sehingga agak kembang. Masukkan adunan ke dalam bekas berisi telur tadi dan gaul sebati(guna handwhisk atau senduk)
  3. Setelah itu ayakkan tepung,baking powder dan soda bikarbonat ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan menggunakan handwhisk.
  4. Gris loyang 9x9 dengan butter n lapikkan dengan baking paper. Tuangkan adunan(hasue tapis adunan ketika masukkan dalam loyang) ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba

Coklat ganache:
Panaskan lebih kurang 180g coklat masakan cara double boiler,dah cair tambahkan 2 sudu besar whipping cream dan satu sudu besar butter..kacau rata menggunakan handwhisk.
Sejukkan sebentar dan tuangkan ke atas kek. Hias ikut kreativiti sendiri

Senang jer kan..tak payah guna mixer pun..hehe.. kalau ada pengukus jer,elok kukuskan ajelah kek ni..

Untuk suamiku, Happy Birthday sayang..semoga dikurniakan kesihatan terbaik untukmu, dipanjangkan usia dan mendapat yang terbaik dalam semua perkara..juga dipermudahkan urusan dunia akhirat..aminn..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...