Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, August 3, 2011

Hari Ini..12 Tahun Usianya!!

Semasa mengandungkan anak sulung dahulu,morning sickness menemani aku seawal usia kandungan sebulan lebih..sampai badan kurus jer masa tu..sehingga kandungan usia 3 bulan lebih baru ok sikit..pantang masuk makanan,memang akan keluar semula. Sampaikan bila dah biasa tu,aku makan2 cam biasa pastu standby jer masuk toilet,nak muntah.hahaha..

Makanan paling aku suka masa tu adalah ikan kerisi..masin ke fresh ke..goreng ke rebus ke..semua aku makan dengan berselera sekali..walaupun berlaukkan ikan tu aje,dah memadai..tak pandang dah lauk lain. Mak mertua pun dah faham sangat dah..bila kami balik kampung dia siap2 masakkan lauk peberet menantu dia nih masa tu..hihi..bila aku beranak dia laa yang jaga aku dalam pantang selama 2 minggu..tu pun 9 hari aku di hospital menjaga bang long yang kena sakit kuning/jaundis..maksudnya aku cuma beberapa hari di kampung.hee..tapi cam lama je rasanya masa tu.. ;P

Lepas tu aku dah ikut suami balik ke tempat kerja.. teruja nak berdikari.hehe.. dengan berat hati MIL lepaskan aku pergi gak... yelah,terima kasih padanya sebab beri kepercayaan pada aku untuk jaga diri sendiri dan anak sulung kami masa tu..walaupun susah payah juga sebab anak pertama..tapi alhamdulillah..pengalaman itu laa yang banyak mematangkan diri aku sendiri..
Tiba2 aku rindu arwah MIL aku nih..al fatihah untuknya..

Abanglong yang berusia 6 bulan di riba neneknya..arwah ibu mertuaku yang baik hati.. :)


Menjaga abang long,atau masa kecilnya kami panggil Yoy(sebenarnya dia sendiri bahasakan dirinya dengan gelaran ni setelah mula bercakap) atau nama sebenarnya Muhd Amrie Zahrul..mula2 tu ayah2 sedara dia panggil Aerol..last2 jadi yoy..hehe...
ok sambung balik..menjaga banglong bukanlah susah sebenarnya..dari bayi dia memang tak mudah menangis..terhantuk sampai benjol pun dia rilek lagi..kadang2 dia baru nak nangis kita pujuk2 dia dah ok.

Walaupun di usia kecilnya dia lambat nak senyum bila diagah..tapi dah lama2 tu ok juga.
Lepas tu dia suka posing..maklum laa,dari kecik biasa kita amik gambar anak ni..lagi2 anak sulung,memang excited jer..pantang ada aksi menarik kite nak snap..hehe

Nih antara posing masa kecik..hehe..for the record,baju melayu biru tu aku buat sendiri tau..*sila percaya tanpa was2..sulaman yang hujung tu entah aku ingat ke tidak dah cara nak buat..yang pastinya benda tu senang jer nak buat,kalo susah tak kuasa aii..hahaha...


Ni laa masa banglong mula belajar berjalan..lambat sikit baru konfiden nih.1 tahun 2 bulan..hehe.


Baru berjalan ada hati nak kejar kite..hikhik..seronok tengok gambar anak2 masa kecik kan..


Sebenarnya teringin nk upload gambar banyak2 untuk kenangan..tapi masalah tenet sekarang membatasi segalanya..



Kini sepantas masa berlalu,banglong dah berusia 12 tahun..! Alhamdulillah sepanjang masa itu dia sihat2 sahaja,dan amat jarang demam atau sakit..syukur ke hadratMu ya Allah..

Banglong juga rajin membantu bila diperlukan,walaupun adakalanya memberontak gak tapi lumrah laa kan...bila ditegur barulah dia faham.
Sekarang masa makin mencabar kami untuk menjaga n mendidik seorang anak yang bakal menempuhi usia remajanya..semoga segalanya dipermudahkan olehNYA..

Untuk banglong,Happy Birthday sayang..semoga menjadi seorang yang amat berguna dan taat agama,pada ibubapa serta diberkati hidupmu dunia akhirat..Hormatilah orang lain jika ingin dihormati dan jangan sekali2 meninggi diri dan mengkhianati kepercayaan orang lain kepada kita.. menjelang UPSR tak lama lagi,diharap banglong cuba menjawab ujian sebaik mungkin..

Buat kawan2 FB yang wish birthday kat Zahrul ..terima kasih semuanya.. nanti biarlah banglong baca sendiri...
Oh yer,yang bertanyakan kek besday banglong tu..masih dalam proses ni haa...proses berfikir nak buat kek apa..hahaha...


P/s: Happy birthday juga buat Ain(anak Mas-duniaku)..semoga ain menjadi wanita solehah dan berjaya dengan semua yang diimpikan..best yer mama dia buat kek ceklat..hehe
Mas,tak sangka anak kita berkongsi hari lahir yer...tahun jer lain2..amacam mas,ada harapan jadi besan nih..ari tunang buat masa besday..ok tak mas?ekeke..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 2, 2011

Resepi: Angel Hair With Creamy Mushroom Sauce

Wahh..wahh..
sana sini duk menayang menu iftar atau menu berbuka semalam yerrr..
Kite baru nak tayang menu malam sehari sebelum puasa..ahak..
Dah lama ni meng listkan sebab agak senang gak laa nak cuba..
Tapi aritu cari pasta yang ada cuma makaroni,makaroni dah ada dalam stok nak buat yang cajun tu..
Dah dapat angel hair ni kebetulan lak adik aku yang pompuan tu stay sini aku pun buat laa menu ni dulu sebab dia pun suka menu berasaskan mushroom soup ni haa..

Resepi ni diasaskan(cewah..kemain ayat) oleh Alongroz..dia dapat idea masa merasa menu gini dari sebuah restoran di Europe masa dia cuti2 ke sinun beberapa bulan lepas..aku pun terliur laa nengoknya dan terasa nak makan gak..ehehe..mudah terpengaruh katakan..
Bila Along create resepi nih,apa lagi..
Oh yer..menu asalnya sebenarnya guna pasta tagliatelle ..Along buat versi guna spagethi.. aku lak buat guna pasta angel hair sebab kat umah ni tak minat spagethi..ehee..
Jadi korang leh guna mana2 pasta kesukaan korang laa eh!

Memang creamy betul laa..kann..hehe..


Minta izin yer Along..nak c n p resepi ke sini pula..kot2 ada peminat pasta nak try kan.. ;)
Terima kasih Along cayang! Sedappp angel hair dimakan bersama kuah berkrim ni..sapa2 selera western tu cepat laa try!
Eh kalau yang suka pedas tu boleh jer buh cili api atau lada hitam lebih..hehe.

Angel Hair with Creamy Mushroom Sauce
Resepi: AlongRoz@HomeKreation
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

BAHAN2:
1 peket Spageti - rebus & tapis ->hasue guna pasta angel hair
4 sb Minyak Zaitun
1 bj Bwg Besar*
4-5 ulas Bwg Putih* (* cincang)
1 tin besar Campbell Creamy Mushroom Soup
1 tin besar Air-guna tin campbell
1 tin besar Cendawan Butang - blend separuh lumat & separuh kasar
Serbuk Lada Hitam
Parseley
Garam

CARA2:
1. Panaskan minyak zaitun & tumis bwg besar & bwg putih sehingga layu.
Masukkan cendawan & kacau sebentar.
Masukkan sup cendawan, air, parseley & garam.
Kacau sehingga menggelegak.

2. Hidangkan dgn pasta kegemaran & tabur dgn parmesan cheese.

Aku memang suke jer angel hair berbanding spagethi..hehe.. halusss jer lebih kurang mee kolok sarawak.. ;)

Lepas tu suka buh kuah banjir gini....sedap2! Daun Parseley kering tu aku dah beli lama. Ingat nak buh masa buat pizza tapi asyik lupa jer..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa!

Salam 1 Ramadhan buat semua pengunjung blog HaSue ...
Sebenarnya nak update ekad2 ramadhan tapi memandangkan tenet bersifat kepura2an kekuye2an..jadi terpaksa ditunda sementara...
Kebizian pun yer jugak ni,jap lagi nak bawa si kecik baby shaolin(gelaran baru nih) nak gi klinik lak..

Jadi selamat menjalankan ibadah puasa buat semua ya.. petang ni ingat nak buat puding karamel,yang lain tu masak biasa2 jer kot..
Bazaar ramadhan? Tak pergi lagi hari ni..biasanya 1 ramadhan ni ramaaiii orang.. ;P
Masak kat umah lagi nikmat di hari pertama kann..
insyaallah menu akan menyusul selepas acara angkut kad2 ramadhan nanti yer..tq kawan2 yang ingat kat kite..

Di kesempatan ini ingin sekali saya nak minta maaf jika ada salah silap sepanjang berblogging..semoga kita sama2 berpeluang memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadhan..dan amalan kita diterima Allah hendaknya..aminnn


Terimalah kad ramadhan dari saya ni yer..

Harap sudi gantung kat umah masing2. :)(tq iluvislam.com)

Lepas ni nak angkut kad dari kawan2 pula..terima kasih..
Daripada:DayangJack


Daripada: Kak Ummi



Daripada: Izah


Daripada kak Rose

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...