Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, July 24, 2011

Goreng Pisang Cicah Sambal Petis

Jika nak menggoreng pisang,pastikan pisang itu sudah benar2 masak..bukan baru masak atau terlebih masak. Yang baru masak tu bukan tak boleh dimakan..tapi kurang sedap..biarlah pisang itu dah manis baru sedap buat kuih.. kalau kelat2 tu..memang kesedapannya tak seberapa...

Satu lagi kalau pisang yang tebal tu,jangan laa sekadar dibelah dua..tapi belah 3..pisang goreng ni lebih sedap kalau tak tebal sangat...
Nih laa selera kami dan cara aku menyediakannya...cubalah kalau tak pernah cuba..mungkin kena dengan selera korang gak kan..

Untuk resepi,aku guna resepi adunan tepung yang aku biasa gunakan buat untuk menggoreng aneka jenis benda yang boleh digoreng..boleh cari kat dalam blog ni yer.. Nanti aku sertakan link..ni nak bersegera jer bersiap2 nih.ehee

Untuk cicahnya tu aku guna sambal petis aritu gak..edisi menghabiskan stok.

Sarapan yang mudah disediakan dan pastinya sedapp!!

Selamat berhujung minggu!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 23, 2011

Resepi: Danish Butter Cookies

Seminggu lepas aku tercari2 resepi butter cookies yang best nak dicuba..tanya pakcik google,terlampau banyak laa pulak nak try..
Sampai laa baru2 ni kak fida kongsikan resepi simple ni..wahh,berbaloi2 laa mencubanya..mudah dan sedap! Sesuai sangat untuk dicuba penggemar butter cookies cam aku nih..
Biasa beli yang dalam tin tu jer kann..

Minta kerjasama korang di sini..tolong abaikan rekabentuk landskap biskut aku yang cam ular menggeliat tu yerr..
Korang leh laa bentuk ikut suka..aku tu saja nak ngetest ngikut gambo dalam tin butter cookies..tak sedor diri yang tangan harus direndam ngan soflan 2 hari 3 malam..heh.

Last2 aku bentukkan ajelah ikut mana2 yang aku rasa senang..hehe..
satu lagi cookies ni jangan bentukkan nipis2 sangat tau..jangan laa tebal sangat..pastu bakar sehingga dah sedikit perang tu dah cukup..sebab dah sejuk nanti baru ia benar2 mengeras..sapa2 dah biasa bakar biskut mesti paham tu..

Aku letak badam cincang dalam adunan..korang leh letak coklat chips ke..kismis ke.. ikut suka la ek untuk hiasan kat atas tu..boleh rujuk resepi asal yer.. :)

Lagi satu biskut ni eggless yer..maksudnya tak guna telur langsung..jadi sapa2 takde stok telur leh juga buat nih.hehe
Terima kasih untuk kak fida ..dan resepi kak fida nih aku panjangkan ke sini pula untuk memudahkan mereka yang ingin mencuba dan untuk rujukan sendiri di masa depan..

Oh yer..aku buat 2 adunan ko..giler tamak.ahaha..tu pun sempat bermalam semalam jer dalam bekas.. :D

Danish Butter Cookies
Resepi: Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

Nih ada lagi sikitt dalam bekas ni..masa aku menaip nih dah tinggal 2 keping..sapa makan tah..gegege.. sedap sehh..anak2 pun suka..dengan badam kat dalam tu..dengan biskutnya yang rapuh..nyumm2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 22, 2011

Menu ini berulang lagi...

Demam cajun tak kebah2 lagi..
Kalau takde cajun tu boleh jer skip,sedap juga..lagi2 bila cukup perapnya...tapiii,buh cajun laaagiii sedappp!


Semasa menggoreng ayam tu, aroma cajun n aroma serai berlumba2 menusuk hidung..enak sungguh! Bila dah makan..lazat tau!

Terima kasih pada yang dah mencuba,seperti Kak Nor,Mas,Tun , Zaliedana walaupun ada yang buat versi derhaka..ikut ler selera masing2 yer..pastu sukatan bahan2 ni tak terhad,boleh jer nak tambah atau kurangkan ok..polis tak tangkap punyerr ;)

Ayam Goreng Cajun Berserai
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:

2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun
1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2:

Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan


Aku suka minyak2 yang melekat kat ayam ni buat kuah kat nasi..hehe.. tak baik jadikan amalan kan.. :P Tapi bila gaul sekali dengan serai2nya tu..wallahh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...