Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, July 7, 2010

Laici Susu

Salam..
Biasa dengar tak kalo masa mengandung digalakkan minum air susu kacang soya? Haa..khabarnya untuk mendapatkan anak2 yg berkulit putih gitu kan..kebenarannya tak tau laa setakat mana kan..tp nak kongsikan satu petua yg aku dapat dari seorang kawan berbangsa cina ni..katanya kalo nak dapat anak putih2 ni kena minum air susu(warna putih) dan elakkan minum air berwarna seperti kopi,teh,milo dan sebagainya.. adeh,aku nak tergelak pun ada gak tp aku bukan jenis yg memandang remeh pandangan2 n pengalaman2 org lain..

Dia kata,ia terbukti kat diri dia sendiri laa kan..sebab dia ada 3 orang anak..yg sulung(lelaki) dan 2 perempuan. semasa mengandung anak lelaki tu doktor tak benarkan dia minum air lain selain susu dan air kosong..jadinya anak yg keluar memang putih gebu gitu..dah anak2 yg seterusnya dia dah boleh minum air milo dan kopi..jadi kulit anak2nya pun x seputih abang mereka..mungkin kebetulan je laa kan..tp mungkin ada kebenarannya..wallahualam..
Jadi minum soya bean tadi ada kaitan juga dengan statement beliau kan..kawan aku yg duk sabah pun kata elok minum susu untuk kulit anak yg putih..selain tu minumlah air kelapa muda..

Menu kali ni pun ada kaitan dengan susu gak..haa,sebelum ni pernah buat laici smoothie by love2cook kan..kali ni nak share menu laici susu yg senang nak buat tapi alhamdulillah sedap...lagi lama,lagi sedap..
Kat restoran pun ada yg menyediakan minuman ni tapi jarang2 lak jumpa..

Bahan2:
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • gula secukupnya
  • 1 liter air sejuk
  • ais batu secukupnya
Cara:
  1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Rasa air ini lebih sedap jika dibuat lebih awal sebelum minum(contohnya untuk berbuka puasa)

P/s: Kepada semua ahli2 myR,meh terjah umah baru kak yani(tokey myr)..hehe
Klik > Deco Choco
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 3, 2010

Kerapu Kukus Bersos Tiram

Nih menu yg dah tinggal tulang yer..jamu mata jer. Nih pun malas bebeno nak ngambik gambo..ngehehe..biasak nih malas2!babab kang..ahaks

Ikan kerapu ni beso..hasil pancingan hb dgn rakan2 mggu lepas tp bukan dia yg naikkan ikan nih tp kwn dia..cuma kawan dia tu x makan ikan ni,pantang agaknya..dah rezeki kami sekeluarga,alhmdulillah..
Tp lupa lak nak timbang,berat agak2 dalam 3kg gitu kot..pengukus aku yg gedabak tu memang x muat nak ngukus sekor terus..jadinya terpaksa laa ikan tu buat gimnastik kat dalam tu..nak potong 2 cam x best gak....tp bila masuk dalam bekas ni aku potong gak sket kat hujung ekor tu.. eheee..

Ikan kukus memang antara menu 'selamat' dan pasti jadi kalo dimasak..kalo tak cukup rasa pun masih enak dimakan bersama sambal pencicah..
Kali ni aku kukus letak bahan2 yg boleh dikira asas la dalam mengukus ikan ni..hasilnya memang cukup rasa..walaupun tak payah cicah2 dah..siap berkuah lagi dengan jus ikan bercampur dengan bahan2 yg ditabur bersama ketika mengukus..

Isi ikan segar memang sedap dan puas hati bila makan.. cuma kalo ganding ngan nasik mmg tak makan nasik sangat dibuatnya..ratah ikan jer yg lebih..hehe.
Apa2pun untuk menambah selera boleh la buatkan sambal kicap kasturi..tp kali ni sebab hb cakap takyah buat jadi aku pun malas gak ler nak buat..ngehehe..

Bahan2:
  • Seekor ikan kerapu- siang dan bersihkan
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Jus limau kasturi secukupnya
  • Sedikit garam dan perasa(jika suka)
Cara2:
  1. Ikan dikelar tengahnya dan perahkan jus limau kasturi dan lumur dengan sedikit garam
  2. Sementara itu bahan2 bertanda * diracik halus
  3. Gaulkan bahan2 yg diracik tadi bersama ikan dan semua bahan2 lain sehingga sebati.
  4. Perap seketika dan kukuslah sehingga masak (pastikan air pengukus sudah mendidih dan jangan mengukus ikan terlalu lama untuk mengelakkan isi ikan menjadi agak keras dan kering)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 1, 2010

Bubur Makaroni Berkrim

Entri masakan pertama setelah kembali ke arena blogging..hehe..sebenarnya banyak gi cerita ceriti nak tepek kat sini untuk kenangan tp memandangkan lama xda entri masakan..so dahulukan yg kemudian laa pulak jadinya..hehee..

Dalam beberapa hari ni dah kali ke 2 buat bubur makaroni nih...yela,baru nak aktif masak2 kembali..masak bahan2 yg ada jer la..sebelum ni nak shopping brg2 dapo pun xda selera sebab xda mood nak masak langsung...yg jadi tukang masak of coz my hb or makan kat kedai..tak pun pembantu yg tolong2 kupas2 bawang n masak2 yg simple jek..nak buat kuih muih,kek2..n bubur gini takde langsung ler sebelum ni..hehe

entah napa tekak nak makan sesuatu yg lemak2 berkrim gitu..rasanya tu tanda2 awal percambahan lemak di tubuh laa tu..eheheh...
Rasanya dah ramai yg tau buat bubur makaroni ni kan..simple tp yummy...kali ni buat macam buat bubur biasa cuma tambahkan krimer untuk rasa lebih berkrim..dan jangan lupa tambahkan susu pekat dan sejat ketika hendak menghidang.. enak dimakan suam2 atau sejuk2..emmm!

Resepi akan update kemudian..kot2 ada yg x tau lg ke camner kan..nak kuar jap..hehe

Update:
Maaf ye sebab lambat sket update resepi sebab semalam tak berkesempatan nak berbuat demikian memandangkan broadband asyik sangkut2 jer...dpt baca komen tp x boleh nak reply..

Bagi resepi bubur makaroni ni,rasanya tak perlu sukatan yg tepat sangat yer..sebab semuanya bergantung kepada selera masing2..namun begitu nak bagi panduan serba sedikit untuk mereka yg tak pernah buat sendiri..so check it out..

Bahan2:
  • 2 cawan makaroni-jenis bgantung kepada citarasa
  • 3/4 cawan sago mata ikan -boleh tmbh jika suka
  • 200ml santan pekat(dlm kotak)-jika guna serbuk sila guna 2 peket
  • Gula secukupnya
  • 1 sudu kecil garam(atau secukupnya)
  • 5-6 sudu besar krimer(sue guna coffeemate)-[optional]
  • 3 cawan air (atau secukupnya) untuk merebus makaroni
  • Susu pekat n sejat-optional (lebih sedap kalo letak masa nak makan)
  • Daun pandan-renyukkan dan simpul
Cara2:
  1. Cuci makaroni dan toskan. Sementara itu sago direndam di dalam air agar mudah jernih ketika direbus.
  2. Rebus makaroni bersama air sehingga benar2 lembut(dalam 10-15 minit) dengan api sederhana. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan makaroni melekat di dasar periuk.
  3. Apabila makaroni sudah lembut,masukkan sago mata ikan dan kacau untuk mengelakkan ia berketul. Masukkan daun pandan untuk aroma yg menyelerakan..
  4. Jika terlalu pekat,tambahkan sedikit lagi air. Pastikan sago sudah jernih sepenuhnya barulah tambahkan gula..jika hendak makan bersama susu pekat jangan letak gula secukup rasa,sekadar ada rasa jer ye..Kacau sebati
  5. Tambahkan santan pekat bersama krimer dan kacau sehingga sekata dan tidak berketul..Tambahkan garam untuk rasa lemak..
  6. Kacau lagi,sebatikan rasa manis2 lemak dan padamkan api apabila bubur sudah mendidih/renih sepenuhnya(pastikan guna api perlahan sahaja). Sedia untuk dihidangkan.
Cara hidangan:
  1. Cedokkan bubur ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit susu pekat dan susu sejat..kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
  2. Bubur ini juga sedap disejukkan dan dinikmati ketika cuaca panas..
  3. Selamat Mencuba...
Note: Boleh guna makaroni dari jenis lain juga dan tidak semestinya seperti di dalam gambar
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...