Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Wednesday, September 2, 2009

Bubur / Pengat Keladi

Aduhaii..geram sungguh dengan line tenet nih..huhu...penat tunggu upload gambo,sempat lagik ngemas umah segala..lom ter upload gak..lama tunggu tuh kuar page load error..huhh..sabo jelaa kan..

Bubur atau pengat adalah menjadi satu kelaziman bagi masyarakat melayu nih.
Rasanya tak ramai yang tak pernah makan langsung jenis makanan nih..
Walaupun nak membuatnya nih simple jer tapi hasilnya sungguh menyelerakan untuk dijadikan dessert sejuk...

Bulan posa nih ia menjadi menu wajib juga untuk kitorg sekeluarga..
sedangkan bukan bulan pose pun selalu juga jadi menu minum petang..hehee..
Bubur keladi nih kalo kena dengan keladinya memang akan jadi creamy gitu..
Masa dah cedok dalam pinggan tuh jangan lupa tambahkan susu pekat manis dan susu sejat.phewww....sedappp!

Bahan2:
  • 2 ketul keladi(sederhana besar)- Kupas,cuci dan dipotong kiub
  • 1 kotak kecil santan / 1 biji kelapa diperah santannya
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula(ikut selera)-tak perlu manis sangat sebab masa mkn nak letak susu
  • 1/2 cawan sagu-direndam sementara keladi dimasak
  • Air secukupnya
Cara2:
  1. Rebus keladi sehingga empuk>benar2 empuk..
  2. Masukkan sagu,kacau rata. Masukkan gula,kacau lagi..
  3. Apabila sagu sudah jernih sepenuhnya masukkan santan dan garam
  4. Kacau selalu supaya santan x pecah minyak. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  5. Padamkan api setelah mendidih sepenuhnya
Cara menghidang:
>Cedokkan bubur/pengat ke dalam mangkuk dan tambahkan susu pekat manis dan susu sejat mengikut selera...Enak dimakan sejuk..
>Selamat mencuba :)

Yang nih sudah ditambah susu pekat n susu sejat..juga sudah disejukkan dalam peti ais...asyik donggg. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 1, 2009

Almond London

Lama tertangguh nak buat almond london nih..sebabnya stok almond nibs aku arituh dah tak macam almond dah..hakhak..
Balik kampung hari tu terus laa beli almond nibs untuk menyempurnakan topping almond london nih..
Memang boleh nak letak topping lain,tapi nak juga seperti yang original dulu kan..lepas nih kalo buat lagi,leh laa tuko topping lain kalo nak yer..huhuuu..
Dohnya dah dibuat awal pun..jadinya..kan ke ia juga enak dimakan begitu sahaja...banyak laa dah tercukai oleh Quality Tester kat umah nih..hikhik..

Macam aku bagitahu sebelum nih...kerja biskut2 raya nih biasanya tugas adik n my kakak..
Tahun nih tak tahulah aku nak wat untuk raya ke tak..nih saja2 nak buat sendiri..untuk makan sefamily jer..hehe..
Dan mencuba resepi dari myr nih..buat setengah adunan jer..

Nih almond london yang masih togel..hehee..dah macam2 saiz ada tuh...ok laa ekk 4 beginner.. ahak :P
Kalo yang beli tuh kadang2 diorang letak separuh je almond kan..buat sendiri nih letak 2 ketui pun takpe..hahahaa..tapi takut terbesar sangat laa pulak kangResepi nih kopipes dari myR..Thanks to nizamadey

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)-sy bakar dalam oven
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat masakan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan
Guna coklat masakan yang takda brand tuh..dulu pernah tengok adik try guna coklat van houten memang tak membantu... Mengikut komen2 kat resipi tuh,brand tulip pun sesuai digunakan.

Aaa..kalau ada rezeki dan diselubungi aura kerajinan..nanti akan try resepi yang family selalu guna lak.. tak jauh beza juga rasanya..nanti calling2 ngan adik laki aku tuh..heee

P/s: Korang dah start buat biskut raya ke haa..hiks :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ikan Bawal Golek

Salam 1 September.. :)
Semalam ikut hati nak masak ayam lagi..tapi asyik2 menu ayam boring juga kang..
Walaupun dimasak cara berbeza,tapi kari juga yg akan meruntun jiwa..hehe
First time laa buat ikan bawal golek nih..resepi dah lama dalam simpanan... Cuma aku tambah bahan2 tertentu jer..ikut selera kita yang nak makan nih ye tak...
Yang penting bahan sedia ada tak dikurangkan...ehe..

Ikan bawal golek nih,rasanya ala2 rendang gitu..
Cili aku kurangkan sedikit khuatir juga anak2 tak nak makan kalau terlalu pedas..
Tapi bila dah cedok pinggan kami suami isteri lenyek laa cili api kat pinggan..
Cik abang makan bertambah2..banglong pun 3,4 kali tambah..(tambah sikit2 laa..hee)
Memang berselera betul walaupun menu nih agak simple juga dibuat..
Ikan bawal tu memandangkan saiz tak besar aku masak sampai 3 ekor.hikhik..anak2 memang suka bawal nih..
Lagi satu, resepi asal patutnya ikan nih dipanggang,tapi oleh sebab aku rajiinnn(pinjam ayat che'iza)..aku goreng jer laa ikan bawal tuh..heeeee

Bahan2:
  • 1 ekor ikan bawal
  • 4 tangkai cili merah*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 1/2 biji kelapa- sy guna santan kotak jer.. :P
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam serta serbuk perasa secukupnya
  • Cili padi -diketuk >yang nih ikut selera
  • serai-diketuk
Cara2:
  1. Ikan bawal dibersihkan tapi jangan dipotong dan lumurkan dengan sedikit garam kemudian panggang sehingga masak.
  2. Bahan bertanda * digiling/dikisar halus.
  3. Kelapa diambil santannya. Setelah itu masukkan ke dalam periuk semua bahan giling/kisar tadi bersama santan,jerangkan ke atas api sederhana.
  4. Sambil dikacau perlahan-lahan tambahkan asam gelugur,garam serta serbuk perasa secukupnya.
  5. Biarkan ia mendidih seketika,tuangkan sedikit kuah semasa ia sedang cair ke atas ikan tadi.
  6. Bakinya masaklah sehingga pekat, bila sudah pekat tuangkan ke atas ikan semasa hendak menghidangkannya.
Kalau nak tambah daun kunyit yang diracik halus pun best rasanya nih..memang sedapp..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...