Sebenarnya bukan pertama kali aku baca pasal tips nak tarik ikan tu..pernah sebelum ni baca kat majalah cuma nak praktikkan tu memang tak pernah la sebab jarang nak masak ikan besar bertulang banyak ni..selalu kan makan ikan terubok masin jer..xkan nak tarik gak kan.hihi..
Bila nak masak first time aritu,mana la nak ingat semua tips nak bagi tulang tersusun tu..bila honey,Mas,Jia tu (boleh tengok komen mereka kat SINI).. bila mereka sebut2 baru aku teringat kaedah tu..
Tapi serius aku tak pernah buat.hahaha.. Terima kasih kat mereka nih sebab ingatkan.. lagi2 mas yang siap bagi petua suh lapikkan ngan tuala dan sebagainya...
Jadi bila cik abang beli ikan lagi aritu,aku terus laa nak praktikkan.ahak.. nih cara aku buat ye..harap2 betul laa..sila betulkan kalau silap mana2.. ;)
Aku lapikkan guna tisu dapur tu,dalam 3 keping gitu,lipat2 laa kan..tangan kanan pegang kat no 2(kat tengkuk ikan)Kali ni aku rajin sikit laa..kalau aritu aku hiris jer,kali ni aku tumbuk/kisar bahan2 tu..
Dan ini hasilnya..
Dan rasanya of coz lagiiiiii sedapppppppp!!Sebab bahan2 yang ditumbuk lagi senang nak meresap ke dalam isi ikan..
ikan segar lak tu!<-perlu ke statement ni?hahaha..
Aku buh lagi sekali resepi kat sini..dan edit sikit versi ditumbuk bahan2nya yer..aku kisar guna pengisar bahan2 kering aje. Pastikan hiris2 sket bahan2 nak kisar guna pengisar kering ni. ^_^Ikan Terubok Kukus Sos Tiram
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera
1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*-boleh tambah cili padi kalau nak pedas
1inch halia*
2 batang serai(hiris dulu)*-boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam(jika perlu) dan lada sulah secukup rasa
->Bahan2 bertanda * ditumbuk/dikisar halus
Cara2:
Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!















