Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, May 4, 2012

Oops! Kek Batik Lagi..!

Assalamualaikum..

Apa kes mengupdate memalam ni kan.
Alhamdulillah selamat sampai petang tadi di kampung halaman..korang yang dah lama tak balik kampung tu sila syahdu jap.. gurau je..jangan syahdu2 ye,biar aku je jadi wakil balik kampung minggu ni..
Jadi nak mengupdate awal2 siang tadi tak nyempat2 lantaran kesibukan yag melanda. Nak buat auto post pun tak sempat gak..sapa suh blogwalking sampai pagi kan..
Oh ya,hujung minggu ni ada acara 'makan tahun' kat kampung aku nih..kenduri yang diadakan setiap tahun di setiap kampung sekitar daerah berdekatan kampung aku nih..
Kalau aku rajin akan ku susuli dengan ceritanya.hee..kalau takde,tak rajin laa tu..

Ni haaa,saja laa nak menayang kek batik coklat yang masih diadaptasikan dari resepi mylla yang acapkali dah aku buat sebab jadi menu feveret kat my family.
Selain bahan mudah didapati,cara buat pun senang. Sebenarnya buat ni pun aritu dah..serentak hari dengan yang percubaan letak agar-agar. Cuma baru je amik gambar kemudian lagi..

Hari tu dah buat yang letak agar2 kan, kali ni aku cuba letak telur..sebelum ni ada orang tanya adunan ni camna kejadian dier kalau letak telur... Ni aku tunjuk sikit la rupa dier ek.. dan hasilnya masih ok..dier lebih kurang tak letak telur gak la..masih makan comot2 gitu sebab cair la sikit kan,tapi rasa cloud 9 seperti resepi asal tak kuat dah..
Pastu biskut dia tak berapa rangup..kira jadi lembut lak..kiranya adunan yang bertelur ni mudah meresap kot dalam biskut tu. Sesuai la untuk yang suka biskut lembut dalam kek batik.

Satu lagi aku baru makan dengan bersemangat setelah beberapa hari kek ni duk bertapa dalam esbok.hehe..
Kalau nak yang mantain tak comot,kena la buh serbuk agar2 seperti dah share hari tu..sila ke SINI..atau boleh tengok resepi olahan Izah kat SINI..atau yang dah dikahwinkan dengan cheese persona kat SINUN.. ^_^
TAPI,aku harap sangat buat korang yang belum mencuba resepi asal kek ni,KEK BATIK COKLAT(klik) haruslah cuba versi asal ni terlebih dahulu sebab dari situ baru korang dapat bayangkan apa yang kami yang dah cuba sendiri ni cuba sampaikan. Resepi asalnya sila rujuk senarai kat SITU.

Jadi untuk membezakan resepi yang dah dicuba kali ni aku buh nama lembap kat belakangnya tu sempena biskutnya lebih lembap banding yang tak letak telur.
Perhatian ye,rasanya jenama biskut yang digunakan juga amat mempengaruhi kerangupan atau kelembapannya.. jenis biskut marie aku guna tu yag kecik2 tu,dia tak semudah yang besar tu untuk menyerap air tau..brand ayam. serius,tak tipu.hehe.. oklah,jom semak resepi.. terima kasih mylla sekali lagi atas perkongsian resepi asalnya.

Kek Batik Coklat Lembap
Adaptasi dari resepi Mylla
By:HaSue

Bahan-bahan:

* 200gm millo - boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis-boleh kurangkan sedikit atau ejas manis ikut suka
* Biskut meri secukupnya
*1 biji telur saiz A -pecahkan dalam mangkuk dan kacau sedikit

Cara-cara

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
Masukkan telur dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...

Nampak kan,kek ni basah2 gitu..biskut pun lembap sket tu.. kalau guna biskut yang saiz besar seperti munchy's atau tiger lagi mudah nak lembap kot.. Biasa kitorang prefer biskutnya masih rangup,tapi yang ni masih ok lagi..sedapp jugakkk!
Jadi selamat mencuba bagi yang ingin mencuba..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 3, 2012

Mari Membuat Pai Tee.. !

Assalamualaikum..!
Tajuk kemain teruja lagi..
Memang!Memang eksaited betul aku nak mencuba sendiri membuat pai tee nih..
Berapa bulan dah aku peram acuan nih ha semenjak dihadiahkan oleh seorang rakan blogger yang cantik manis lagi baik hati :-bukan sekadar pujian semata ni,sungguh!
Semoga makin murah rezeki beliau sekeluarga...aminn..
Tapi dalam teruja tu,bertangguh juga nak buat kan..biasa la,alasan standard..bizi..heh :D

Sebenarnya kan,aku kenal pai tee nih kat tenet gak..masa zaman suka menyemak kat myr dulu..rupanya kat CRS(chicken rice shop) ada dijual ek.. aku tak pernah makan lagi masa tu sebab kat sini memang takde restoran CRS..kasihan kan.
2 tahun lepas masa pergi Kuching, sempat la jugak kitorang menyinggah kat CRS tu..singgah sekali nak merasa nasi ayamnya laa kan.. tapi SCR masih terbaik di tekak kami..sila jangan konfius tengok singkatan tu yer..SCR singkatan untuk Singapore Chicken Rice..nasi ayam femes di Sarawak ni. Bukan nak promosi ye,tapi selera masing2 tak sama kan.. :D


Dah ngoder pai tee ni kat restoran tu,nak merasa laa camne yang dikatakan sedap tu..terus terang lagi skali...aku tak dapat menghayati sesungguhnya..sebab masa makan tu pun nak cepat jer.. jadi penghayatan tu tak cukup mendalam tau. Memang sekadar merasa ajelah time tu..hee

Bila seseorang tu menghadiahkan acuan pai tee nih,sangat seronok lak perasaan tu..ala,cam budak2 dapat mainan kan..sebab sebelum ni pernah gak cari kat kedai yang banyak jual mould atau acuan2 kuih tradisional,tapi tak jumpa pun.
Dulu masa ramai blogger masakan dah membuatnya aku cuma mampu memandang dari jauh jer..*diiringi muzik sendu..

Eh!Sebenarnya keterujaan aku lebih kepada nak membuat dari nak memakan.. :D
Percaya atau tidak, pai tee pertama yang aku hasilkan elok jer terus menjadi.. tapi yang ke 2 dan beberapa biji lepas tu banyak yang tak cukup bulan..cacat aje kejadiannya..haha.. cuma lepas tu baru semua elok.. adunan guna resepi ni pun tak banyak sangat..kira habis juga laa satu adunan aku buat..makin lama tu makin best lak sebab menjadi belaka..walaupun tak comel,tapi menjadi.. mungkin sebab suhu minyak dah serasi dengan acuan kot.hee

Sapa2 yang biasa buat kuih ros atau kuih goyang,rasanya takde masalah nak buat kulit pai tee nih,basic membuatnya sama jek..acuan dan adunan jer beza.

Sebelum korang tanya rupa acuannya,meh aku tayang dulu..kat atas ni laa acuannya..
Dan sebelum korang tanya lagi,mana nak beli..aku cadangkan korang cari kat kedai2 menjual acuan kuih muih.. aku punya nih dihadiahkan seseorang ye..(kot2 korang tak baca kat atas tadi kan).
Jangan lak dicari kat kedai menjual baja sayur ke..atau kat pasar ikan ye..kat sana sah2 takde..tapi kalau nak cuba nasib gak,lantak korang la..hahak

Baiklah,memandangkan masa buat tu aku rajin amik gambar..jadi aku kongsikan di sini lebih kurang cara2 membuat pai tee nih ye..merujuk juga resepi di bawah ya. Gambar2 ni untuk memudahkan korang untuk lebih faham lagi..
Diharap ia memudahkan kita semua dan perkongsian ini sekiranya bermanfaat,semoga orang yang menghadiahkan acuan dan berkongsi resepi ni pun mendapat berkat..insyaAllah ^_^

Resepi penuhnya akan disertakan nanti..jangan khuatir..

Ok..kita teruskan lagi yer..
Mula2,kena la panaskan minyak guna api sederhana.. rendam sekali acuan tu dalam minyak sementara kita buat adunannya..
Adunan dah siap,acuan pun dah dipanaskan sekali tadi kan..Angkat acuan dan letak kejap atas tisu dapur untuk pastikan tiada lebihan minyak. Bukan apa,kalo ada lebihan minyak adunan tak boleh nak melekat kan.. satu lagi api tak boleh kecik sangat tau..!
Ok,sambung balik..Celupkan acuan dalam adunan tepung (batter)seperti gambar di bawah..

Celup tu jangan sampai melebihi paras acuan ye..jangan rendam habis2an lak. Pastu angkat pelan2..(kalau nak kulit pai tee korang tebal,leh celup lagi sekali ye.)..pastu kan,pastikan semua bersalut adunan tepung ye,kalo tidak nanti kulit pai tee akan berlubang lak..
Lepas tu....cheessss..*soundtrack bunyi mendesis dalam kuali

Masukkan laa dalam minyak yang dah dipanaskan guna api sederhana tu.. jangan tergesa2 nak cabut ye..kalau segera nak cabut nanti acuan tu tak terbentuk elok..biar masak dah sket,baru cabut pelan2..atau kadang2 kulit tu akan tertanggal sendiri.. seperti gambar di bawah..

Nampak tak?nampak tak? Kalau tak nampak sila tambah power spek masing2..hehe.. kulit pai tee tu tertanggal elok je bila dah masak kat bawah tu kan. Kadang2 ada gak yang masih melekat sikit2 tu,pandai2 laa guna lidi ke,penyepit makanan ke untuk tanggalkan.. maklum la,kita amatur lagi kan..heh heh..

Yang macam ni pun ada,membentuk kelopak bunga tak lama selepas di goreng..yang ni sah2 mudah tertanggal tau.. kena pastikan masak sket dulu sebelum tanggalkan dari acuan.. ada sekali tu aku terus cabut ajer,terus laa penyek kan..terpaksa bentukkan balik lak.hehe..
Ada jugak yang masa ngah celup tu,angkat jer acuan dari adunan tepung.. terus tertanggal kat situ jugak,tak sempat nak goreng..hahaha...sengih sorang2 aku kat dapo..

Oklah,kat sini aku kongsikan resepi dari waterlily nih..orang tengah yang membantu aku menemui resepi ni adalah Kak Nor dari website secubitgaramnor67.com.
Kak nor yang cadangkan guna resepi ni..
Terima kasih buat keduanya.. kak nor sendiri dah mencuba resepi waterlily nih..sila tengok SINI untuk melihat hasil kerja tangan kak nor.
Resepi di bawah aku dah edit sedikit untuk lebih mudah difahami demi rujukan akan datang.


CRUNCHY PAI TEE
Resepi:Waterlily@waterlily in da kitchen
Sumber:Kak Nor@secubitgaramnor67.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan - Bahan :
  • 7 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 200ml air.
  • sedikit pewarna kuning-jika suka
Bahan Untuk Inti :
  • Carrot - dihiris nipis atau diracik
  • Sengkuang - dihiris nipis atau diracik
  • Timun - di buang empulur, dihiris atau diracik.
  • Bawang besar - di hiris dadu kecil.
  • Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
  • Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
  • Udang kering - direndam dan ditumbuk
  • Garam secukup rasa
Bahan Tabur:
  • Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
  • Bawang goreng
Cara membuat Kulit Pai Tee:

1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan.

Cara Membuat Inti:

1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (cili merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).

Selamat mencuba!!!

TIPS PENTING:

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.

NOTA TAMBAHAN:
  1. Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
  2. Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.

Ni bajet antara kulit pai tee paling comel dah ni..heee..sedap di ngap cicah sos thai.
lain kali nak cuba buat lagi. Budak2 syok makan kulit ajer banding diletak inti..sabo jelah..

Jadi buat penggemar pai tee nih,boleh laa buat sendiri lepas ni yer..boleh makan puas2 dan bila2 masa.. kulitnya tu boleh dibuat lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 2, 2012

Kaswi Pandan Lemak

Assalamualaikum..

Pagi ni bila bukak dashboard masih berwajah lama..ingatkan dah masuk bulan baru dia auto tukar..hehe..takpelah,guna yang lama ni pun ok gak kan..nanti pandai2 laa ia tukar sendiri.. dah selalu gak buka yang baru tu,agak2 dah pening tu yang tuka yang lama ni balik.. hee

Sarapan apa pagi ni?
Kepada penggemar kuih kaswi tu mungkin nak cuba resepi yang satu ni pulak..
Kali ni ada kelainan buh perisa pandan..
Hasil penyekodengan di rumah akak kpop semalam..tu yang terpikat dan bawa balik resepi tu.. Sebenarnya masa kak besah post resepi aritu dah teringin nak mencuba,tapi tak tercuba2 pulak..

Jadi minta izin yer kak Q untuk dikongsikan di sini pula...terima kasih kak,juga untuk kak Besah empunya resepi..tq2..

KASWI PANDAN LEMAK
Resepi: kak besah@myr
Sumber: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 loyang )

1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi kayu
1 cwn santan
1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)-hasue guna air biasa+pes pandan pekat
3/4 cwn gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 bj telur (xkira saiz)
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara-cara
  1. Kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
  2. Seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
  3. Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg telah dicampur dengan secubit garam. Nota kak besah:di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..

Pendapat aku pun sama ngan kak Q..kasui ni teksturnya kenyal2 gitu..mungkin kalo nak lembut dan goyang inul lagi, kena cukupkan air pandan tu 2 cawan kot..heee.. mandai jek.

Lagi satu aku tak paham kenapa orang yang parutkan kelapa tak parutkan bahagian putih ajer..tak pasal2 bertahi lalat kasui aku ni ha.. :D

P/s: Hari ni sibuk sket takleh duk berlama2 depan lappy.. banyak urusan perlu dilaksanakan. Nanti kite BW pelan2 yer..tq pada yang singgah! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...