Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, November 26, 2012

Resepi Kek Sarang Semut.. mudah dan sedap!

Resepi ni pulak dah buat dulu gak..lepas tu ramai yang mencuba dan alhamdulillah,berjaya menghasilkan kek sarang semut atau kek gula hangus yang berongga seperti yang sepatutnya.. terima kasih juga buat kak nor atas perkongsian resepi arwah ibunya..Al Fatihah..

Hari tu bila ada yang komen kat entri kek sarang semut tu membuat aku teringin lak nak makan kek ni lagi...teringin tu belum laa sampai tahap ngidam..aku suka je nak membuat kek nih kalau ada nak buat kek lain..jadi aku bancuh adunan kek nih dulu,lepas tu peram dalam satu jam jer.. sementara peram tu aku bakar kek keju pulak..oh,resepi dah pernah buat juga sebelum ni...insyaallah,akan menyusul nanti..

Semua pun resepi mudah2 belaka.. jadi buat yang belum berkesempatan nak mencuba resepi kek sarang semut ni ,silakan laa mencuba ya..

Kali ni pun aku buat separuh adunan tapi guna loyang lebih besar dari sebelum ni menyebabkan kek tidak laa terlalu tinggi tapi sedang2 saja..saiz loyang 7x7..
Selepas diperap tu,tak perlu kacau lagi ye adunan kek tu..terus saja bakar dalam oven yang sudah dipanaskan..

Guna lens macro?hahaha.. nampak jelas kan rongga pada kek sarang semut nih.. Dan kali ini juga aku tambahkan sedikit browning sugar untuk warna kek yang lebih gelap..tipical sarawakian.. ;P

Di sini aku lampirkan resepi untuk separuh adunan..untuk resepi satu adunan penuh atau resepi asal,sila klik pada link di bawah..terima kasih kak nor ..oh tak lupa juga buat che mat gebu yang share tips pembakaran api bawah dahulu tu..hehe..

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS
Resepi dan sumber: Kak nor@secubitgaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


125gm mentega
4 bj telur A*hasue guna 5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat -hasue letak 1 sudu teh
hasue tambah esen vanila
hasue tambah 1 sudu teh browning sugar

Cara2:
Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)-hasue peram 1 jam saja..
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


Nota tambahan dari kak nor:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

Atas permintaan seseorang yang ingin melihat 'rongga'nya jika dipotong secara melintang..hehe.. Kek ni sedapp tau..selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

21 Komen Di Sini:

mala said... [Reply to comment]

suka kek ni .....

Rozita Ceritaita said... [Reply to comment]

sedapnya... nak makan jugak...

ayunidati said... [Reply to comment]

semalam baru mencuba resepi ni... memang sedap.....

Gee® said... [Reply to comment]

wow! bersarang & berkilat... geramnyaaaa...

ogyep yummy mellow said... [Reply to comment]

Salam HaSue,

bukan main cantik bersarang kek sarang semut tu... Berkilat lagi kalernya... ogyep suka banget kek ni..

sury_25february said... [Reply to comment]

Tahan lmk kek tok...nyaman...suka juak mkn tpi malas nk mlh...uhuuu..

tun_telani said... [Reply to comment]

Salam kak sue.. tu diaa.. besarnyer gambo kek! nmpk mcm nk ngap je ni haa. hihi..

zila norazila said... [Reply to comment]

salam sue..tu diaaa rongga2nya mmg jelas didepan mata..color agak2 gelap tue yg mnambahkan selera..:)sedappp

NEKCIK said... [Reply to comment]

Insyaallah nanti nekcik cuba..jadi sarang semut ke sarang burung!!! ha,,haa

Norzie hany said... [Reply to comment]

Sedapnya Sue,akak mmg suka kek sarang semut ni.

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said... [Reply to comment]

memang sedap kek ni suka sgt mkn masa mengandung anak sulong....:)

DaPuR KeCiLkU said... [Reply to comment]

salam ukhwah...sedap mmg kek ni...kejadian sarang yang cantik...

Sue @ Nenie said... [Reply to comment]

Salam..Cantik kejadian sarang2 itewwww

FnF Simple Life said... [Reply to comment]

cantik nya lubang2 kek sarang semut hasue. sy pun suka sgt mkn kek ni. mmg sedap sgt.

MamaFaMi said... [Reply to comment]

Cantiklah kejadian kek sarang semut Hasue ni. Kalau semut nampak, mesti dia teruja nak masuk rumah dia... Hehehe.. gurau je Hasue...

Nana said... [Reply to comment]

Salam sis sue...nana tengok resepi kek gula hangus ni semalam...terus bawa en. Suami ke Kedai tuk beli bahan2 yang patut. Alhamdulillah... Nana baru ke selesai bakar kek ni..menjadi pula. Sedap...to sis sue..first time Cuba ni.

Salam kasih...

Nana : Islamabad | PAK

emilcreation said... [Reply to comment]

..lama carik resipi lengkap gini..dulu ada tp bila berpindah dh hilang..almost the same formula...thumb up 2 you coz sudi share..pas ni nak buat

umiza said... [Reply to comment]

Minta izin ambil resepi yea Hassue Nak cuba pulak. Sarang semut Hassue cantik...Masaallah

O~jie said... [Reply to comment]

makseh hasue konsi resepi.kmk dh coba.nyaman tp kurg manis ckitla..nang teksturnya berminyak ka?n nang mena kata ktk pasal bubbling ya..mesti be careful.kmk ckit gik injured olehnya.huhu

Azura Zahiri said... [Reply to comment]

Suatu ilmu yang bermanafaat. terima kasih bagi ilmu buat kek ni. Dua kali dah intai tapi tak buat2 jugak. this time mesti jadik ...

Susan said... [Reply to comment]

This is the kind of data I've long been attempting to discover. Much obliged to you for composing this data. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...