Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, July 13, 2012

Roti John Mudah

Assalamualaikum..

Selamat pagi Jumaat yang indah..awal2 pagi lagi dah panas kat sini.
Rasanya sekarang dah nak masuk musim hujan gak sebab selalu gak laa hujan sekarang ni berbanding bulan lepas yang kemarauu berpanjangan.. tu yang lega sikit rasa bila tengok cuaca panas sikit,boleh la nyidai pakaian dengan yakin..kalau nak hujan biar petang sikit,tak pun malam..hee..

Sarapan apa pagi ni?
Atau plan nak masak apa untuk minum petang nanti?
Apa kata sediakan roti john yang agak mudah disediakan ni untuk seisi keluarga.

Kalau warga Miri,mesti tau stall burger yang menjual roti john di area servay supermarket mungkin sekitar awal tahun 2000 gitu memang sedap sangat roti john jualan mereka tu..kalau melintasi kawasan tu untuk balik dari bandar memang nak singgah jer.. tapi dah lama2 tu rasanya bukan mereka lagi kot yang bisnes di situ,sedap keenakannya dah lain..walaupun masih sedap,tapi tak sesedap yang sebelum tu.

Rasanya kalau buat sendiri ni memang boleh adjust ikut selera kan..masalahnya bagi yang tak pernah merasai sendiri pengalaman menikmati roti john yang sedap mungkin susah sikit la kan...jadi hentam sajalah yer ikut mana yang rasa sedap..huhu...
Kalau ikutkan,daging burger yang digunakan juga amat mempengaruhi..jangan beli yang murah sangat tu..pastikan yang sedap.. :)

Cara buh inti nih aku tiru cara penyediaan kat stall roti john tu..heheee...buh inti sesiap dalam pan,lepas tu baru buh roti kat atas,nanti inti tu melekat kat roti tuh..

Untuk rujukan bersama,jom semak resepi mudah dari kak umi_e nih...nanti boleh adjust ikut citarasa sendiri ya..terima kasih kak umi_e. :)


Roti John Mudah
Resepi:umi_e@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

250gm daging cincang- hasue guna daging burger
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (roti panjang)
sos dan mayonis (jika suka)

Cara-cara
  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan aduna daging+telor atas roti-hasue letak inti atas pan mengikut sukatan roti dan telangkupkan roti di atasnya,biarkan sebentar dan inti akan melekat pada roti.
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka
Aku suka tambahkan daun bawang dan kobis sekali..rasa sedikit berbeza dari burger tapi yummmm! sedapppp dan mengenyangkann.. ^_^
Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 4, 2012

Kek Lapis .. lagi!

Assalamualaikum.. :)

Orang kata, adakalanya mimpi boleh jadi kenyataan jugak dalam hidup nih kan.. Macam aku ni la,malam tadi aku mimpi mengupdate blog,jadi aku pun mengupdate la blog nih ha..hee.. dengan menu ulangan lak tuh..takpe la kan,janji blog berupdate. Macam dah lama jer tak bertukar entri sebelum nih..nak updatekan kad2 besday pun terpaksa tangguh..kesibukan terlampau.huhu.. terima kasih sekali lagi buat kawan2 yang wish my besday last month..paling suka,part kawan2 bagi bunga,kad warna biru belaka..sangat2 sporting!hehe.. eh,yang bukan kad atau bunga pun ada.. :P

Oklah,kek ni buat sempena tekak teringin nak makan kek lapis..baki stok tepung biskut marie belen buat aritu pun cukup2 buat separuh adunan kek nih masa itu.. maksudnya dah beberapa minggu dah aku buat kek ni..baru publish kat sini. :D
Jadi kalau korang nak merasa,kena laa buat sendiri kek yang sedap n moist ni ya.. ke'moist'annya tu versi kek sarawak la.. ;)

Buat yang dah mencuba mesti dah dapat bayangkan rasanya kan.. yang belum cuba tu pun sila la bayangkan rasanya dengan melihat bahan2 yang digunakan..

Sebab aku rajin alang2 nih,aku kopipes kan lagi skali resepi dari entri sebelum nih ke sini untuk memudahkan kerja yang nak meninjau resepi eh..terima kasih lagi sekali buat penyumbang resepi nih Puan DayangJack..amboi,berbudi bahasa sungguh ayat aku arini..hihi..

Kek Lapis Evergreen Kukus
resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

10 biji kuning telur A
225g mentega berkualiti tinggi
1/3 cawan gula halus
1/4 tin susu pekat manis
1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
225g mentega berkualiti tinggi
10 biji putih telur A
1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah


Cara-cara:

Lapisan Hijau :
Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :
Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.


***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Lembap dan sedap..selamat mencuba!! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 22, 2012

Hari Lahirku..

Assalamualaikum..

Hari ini 22 Jun 2012 bermakna genaplah usia kelahiranku yang ke 32.. Alhamdulillah, sampai juga ke usia ini.. Syukur ya Allah! owh,tak perlu nak berahsia tentang umur kita..ia kan sekadar angka dan kita semua memang menuju ke usia tua..so,just deal with it! Biarpun masing2 nak maintain muda.. ;P
Alhamdulillah lagi sekali, di usia ini..Allah beri kesempatan untuk hidup bahagia bersama suami yang penyayang dan bertanggungjawab bersama 2 pasang zuriat kami..semoga berkekalan ke akhir hayat..aminn..

Di hari ulang tahun ini juga,ingin kuucapkan terima kasih buat arwah ibuku yang telah melahirkanku ke dunia..menyusukan dan membesarkan..Al fatihah... juga buat ayah tersayang..terima kasih atas kasih sayang kalian. Tanpa ibu bapa,siapalah kita pada hari ni.. jasa mereka tak mungkin terbalas..




Ya Allah, syukur Kau panjangkan usiaku.. lanjutkanlah usia Ayahku..kurniakanlah kesihatan terbaik untuknya.. ampunilah dosa ibu bapaku
Jadikanlah aku isteri yang taat pada suami dan sentiasa diredhainya..
Kau jadikanlah anak2ku orang yang taat ibu bapa dan soleh solehah ya Allah..
Kurniakanlah hidupku dengan sahabat2 yang jujur dan ikhlas denganku..
Jauhilah aku dari sifat yang memudaratkan dunia akhirat..
Amin..



Terima kasih buat adik beradik,saudara mara dan kawan2 yang wish serta mendoakan yang baik2 melalui FB,sms dan email..
Di sini ku tepek sekali antara bunga dan kad cyber yang ku terima tengah malam tadi untuk kenang2an.. :)

Photo: malam ni ai kaya dgn bunga.. hehe   HAPPY BIRTHDAY sue cayang <3 <3 <3

Dapat bunga biru daripada Kak Nor..yang tak miss bagi bunga warna kesukaanku nih saban tahun..hehe Terima kasih kak.. cayang diaa!

Photo: happy besdey tu yu.. Hepi bestday to yu... Hepi bestday to uu besannn...hepi besdey tu yu...hehe.   Slamat hr kejadian sue...moge dirahmati allah dunia akhirat...smoga persahabatan kekal ke jinjang pelamin...eh salah..ke akhir hayat..hehe ;-)

Kad birthday warna biru dari Noorsha..bakal besan..kekeke.. terima kasih sha..susah2 carik kad tetengah malam ek..lebiuu!!


Terima kasih sangat2 buat kalian atas ucapan2 hari jadi yang menghiburkan dan menceriakan hari lahirku... :)

..::I LOVE MY LIFE::..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...