Sila Ambil Perhatian kepada sesiapa yg bkenaan..heheSatu ketika dulu..dengar encik hubby request nak makan bihun goreng mcm mimpi ngeri jer..
Dah terbayang bihun yang bakal jadik..Kengerian bertambah parah bila hubby cakap bihun goreng sebenarnya peberet dier..macam beku jer darah jap..
Mana taknya,selalu jer bermasalah nak goreng bihun nih..jarang2 sangat menjadi seperti yang dimahu...suamiku ini pula berkenan sangat dengan bihun lembuttt sahaja,bukan lembik..Erkkk!
Kalo baca arahan kat peket bihun biasanya suruh rendam n tos jer..bleh rendam ngan air sejuk atau panas..tp arahan tak lengkap..kalau rendam guna air sejuk,alahai lama gak ler..seorang kawan bagitau emaknya mmg biasa rendam air sejuk jer sbb takut terlebih lembik kalau guna air panas..
Ini kemungkinan2 yg biasa berlaku pada bihun goreng,kdg2 kat restoran pun leh jumpa!:
- Bihun keras kejung-ala2 tangsi gitu..yg org guna utk mancing tuh..hahaa..
- Terlampau lembik..adehh berpintal2!
- Dah ok..tapi bihunnya putus2,bahan2 kadang2 masih berketul dan tak sebati
- Terlebih masin!
Sekali goreng bihun tuh sampai 5-6 bungkus..kite ni estimate 2 bungkus jer..lenguh tangan weh..beratt..(nih biasa alasan kat kakak kalo dia mintak cover ngacau bihun jap..mmg x brp larat nak kacau goreng tau..hehe)
Dia goreng bihun lembut jer..tak keras tak lembik..
Tapi itu cerita dulu..sekarang tidak lagi.. :P
Jadi,Hari ini nak berkongsi cara menyediakan bihun supaya ia tetap lembut seperti sepatutnya dan tidak seperti tak sepatutnya..hehe
Bagi yg dah terer tuh..nak share idea pun boleh juga ya..kite nih budak tgh belajar gak..heheh..
Cara2:- Rendam bihun dalam air panas yang sudah mendidih..Tunggu selama beberapa minit sahaja.. Ini bergantung kepada jenis/jenama bihun yang digunakan tau..Kadang2 ada bihun yang rendam kejap jer dah lembut.Ada yang rendam lama pun,ia x lembik2 gak..lambat lembut..sementara tu bolehlah kupas bawang2 atau sediakan bahan2 lain.. /kalo guna air sejuk sila abaikan tips ini.. (edited)
- Jadi,Cara nak menguji ia dah cukup lembut ke tak..test dengan angkat sedikit bihun yang sedang direndam itu menggunakan garfu dan cuba putuskan guna jari..cubit2an gitu.kalo senang nak putus maknanya dah cukup lembut..kalau masih kenyal,sila tunggu sebentar lagi..hehe.kalo tak bihun anda akan kenyal juga mcm tangsi..

- Bila dah cukup lembut tadi,toskan..dan segera lalukan dibawah air paip..sejukkan keseluruhannya..ramai yang buat silap dengan membiarkan begitu sahaja(nih yang jadi lembik bila digoreng). Pastikan bihun sejuk seluruhnya yer..angkat2 menggunakan tangan supaya proses menyejukkan tu cepat je..hehe..
- Kemudian,barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut menu pilihan..
Ok..Nih hasil cubaan sendiri sebelum ni..kalo kakak tuh dier guna sudip jer,zup zap zup zap..tu kdg2 tgk terputus2 gak..hihi..saya yg amatur nih kena laa amatur juga gayanya kan.hahak..
- Bihun yang putus2 terjadi sebab masa menggoreng tu,kite potong2 dengan sudip supaya bihun tu cepat sebati dengan bahan2..
- Jadi untuk mengelakkan itu terjadi,sila laa guna tangan dua kerat tu..sebelah kanan pegang sudip,sebelah pegang garfu..Kalo guna bergilir2 pun ok juga.Jadi masa mengacau tu garfu membantu menyebatikan bahan2 dengan bihun tanpa mmutuskan bihun itu..dan perencah juga tidak berketul/berpintal..
- Oh ya,semasa menggoreng bihun..letak garam dan perasa kemudian iaitu selepas masukkan bihun,bukan sebelum yer..untuk mengelakkan terlebih masin.











