Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Sunday, December 2, 2012

Resepi Light Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum..
Asal balik kampung jer baru nak mengupdate..Ni pun kena tunggu masa terluang baru boleh menaip selajunya. Nasibbaik tenet laju kan.hee
Maklum laa, balik kampung ni banyak agenda tersembunyi ..nak borak ngan family lagi..nak melantak durian lagi di kala musimnya nih..dan banyak lagi agenda yang lain laa seperti tidur dan berehat tu pun agenda gak kan..huhu..

Kek keju ringan2 ni walaupun ringan2 jer,tetap sedap untuk penggemar keju sebab tak cepat muak.. Memang sesuai la untuk minum petang atau bila2 masa pun.. Sesuai juga kalo nak deko untuk majlis tertentu..

Bagi anda yang baru belajar nak baking kek jenis ni,boleh laa rujuk tutorial tak seberapa yang ada kat entri di SINI(klik) ya..harap serba sedikit dapat membantu..
Tips nya,part paling penting tu..meringue betul2 jadi,dan ketika menggaul adunan ketika hendak dibakar hendaklah betul2 sebati dan adunan masih ringan(kaup balik perlahan sampai sekata) dan bukan mencair..kalau adunan cair masa nak bakar tu,besar kemungkinan kek anda akan jadi padat..jadi,sila cuba lagi...samaada meringue anda tidak jadi,ataupun anda kacau terlalu kuat sehingga meringue tadi merajuk..ehehe.. Cara membuat meringue tu boleh rujuk link tutorial tadi tu ye.


Resepi asalnya dari resepi yang dikongsikan oleh Ros kat Myr..tapi aku olah sukatannya agar tekstur lebih moist dan lembut ikut selera sendiri.hee...terima kasih buat ros yang share resepi jepun tu ye.. dan terima kasih buat kawan2 yang dah cuba resepi versi ini...

Kek ni buat pertama kalinya aku pernah tayang dah kat SINUN(klik)

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Olahan dari resepi Onigiri@Ros dari website jepun..
Oleh:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

 Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft / 150g cream cheese
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
  • Blueberry filling secukupnya
Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  2. Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.
  3. Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)
  4. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)
  5. Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.
  6. Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.
  7. Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata
  8. Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan
  9. Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.
  10. Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis
  11. Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
Teksturnya lembut,moist dan gebu..tidak terlalu berat rasa keju.. selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 28, 2012

Happy Birthday Zhariff..!

Assalammualaikum..

Alhamdulillah,hari ini genaplah usian 2 tahun buat anakku yang ke empat ini.
Terima kasih buat rakan2 yang turut mendoakan yang terbaik untuknya...semoga dimakbulkan segala doa..amin..

Dua tahun yang lalu masih segar diingatan saat melahirkan Zhariff...cuma aku masih belum berkesempatan menaip panjang..hehe..
Di sini dikongsikan sedikit gambar Zhariff buat tatapan aunty2 sekalian yang mengenali zhariff dari dia lahir walaupun hanya kenal melalui alam cyber je..

Berusia 2 tahun Zhariff kini semakin lincah tapi belum begitu petah berkata2..tak apa lah..nak ngajuk cakap pun dah ok lah tuu...tapi lasak memang boleh tahan..nonstop tu..huhuuu...alhamdulillah beliau sangat aktif . :-)

Zhariff yang sudah mahir menunggang kuda..eh! rusa.. ko hade nak tunggang rusa..haha..

Lesung pipit pemanis wajah..*bajet manis laa nih..haha..


Termenung merenung masa depan dengan mata yang masih tak berapa nak galak..dah trademark gamaknya mata sepet..huhuu...cepet pun cepet laa kan zhariff.. ;-)

Posisi tidur kegemarannya terutama ketika kesejukan..hehe..

Buat Zhariff..mama doakan segala yang terbaik untukmu.. semoga menjadi anak yang soleh...bijaksana dalam berfikir,dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang hayat dan diredhai Allah kehidupanmu dunia akhirat...mama,babah,banglong,kakak dan kak yana sayaannnggg zhariff..muahhhh2!! Sekali lagi,terima kasih aunty2..auncle2 kawan2 sedara mara yang turut wish besday zhariff tahun ini... semoga kalian juga berbahagia selamanya..aminn


P/s: Happy Birthday juga buat rakan blogger masak2...Anna_Qawina yang berkongsi tarikh lahir dengan Zhariff pada hari ni..sibbaik anna tak ngaku kongsi umur kan..haha..kalau dekat senang minta aunty anna jer buatkan kek,kan zhariff..hehe.. Semoga anna sihat sejahtera sepanjang hayat dan semakin dimurahkan rezeki serta bahagia selalu hendaknya..aminn
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, November 26, 2012

Resepi Kek Sarang Semut.. mudah dan sedap!

Resepi ni pulak dah buat dulu gak..lepas tu ramai yang mencuba dan alhamdulillah,berjaya menghasilkan kek sarang semut atau kek gula hangus yang berongga seperti yang sepatutnya.. terima kasih juga buat kak nor atas perkongsian resepi arwah ibunya..Al Fatihah..

Hari tu bila ada yang komen kat entri kek sarang semut tu membuat aku teringin lak nak makan kek ni lagi...teringin tu belum laa sampai tahap ngidam..aku suka je nak membuat kek nih kalau ada nak buat kek lain..jadi aku bancuh adunan kek nih dulu,lepas tu peram dalam satu jam jer.. sementara peram tu aku bakar kek keju pulak..oh,resepi dah pernah buat juga sebelum ni...insyaallah,akan menyusul nanti..

Semua pun resepi mudah2 belaka.. jadi buat yang belum berkesempatan nak mencuba resepi kek sarang semut ni ,silakan laa mencuba ya..

Kali ni pun aku buat separuh adunan tapi guna loyang lebih besar dari sebelum ni menyebabkan kek tidak laa terlalu tinggi tapi sedang2 saja..saiz loyang 7x7..
Selepas diperap tu,tak perlu kacau lagi ye adunan kek tu..terus saja bakar dalam oven yang sudah dipanaskan..

Guna lens macro?hahaha.. nampak jelas kan rongga pada kek sarang semut nih.. Dan kali ini juga aku tambahkan sedikit browning sugar untuk warna kek yang lebih gelap..tipical sarawakian.. ;P

Di sini aku lampirkan resepi untuk separuh adunan..untuk resepi satu adunan penuh atau resepi asal,sila klik pada link di bawah..terima kasih kak nor ..oh tak lupa juga buat che mat gebu yang share tips pembakaran api bawah dahulu tu..hehe..

KEK SARANG SEMUT / KEK GULA HANGUS
Resepi dan sumber: Kak nor@secubitgaram
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


125gm mentega
4 bj telur A*hasue guna 5 biji telur
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat -hasue letak 1 sudu teh
hasue tambah esen vanila
hasue tambah 1 sudu teh browning sugar

Cara2:
Cairkan mentega dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jangan dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang (7" x 7") yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)-hasue peram 1 jam saja..
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..


Nota tambahan dari kak nor:
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C.

Atas permintaan seseorang yang ingin melihat 'rongga'nya jika dipotong secara melintang..hehe.. Kek ni sedapp tau..selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...