Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, March 24, 2011

Resepi: Chocolate Cup Cakes

Lupa nak wish tahniah kepada pelajar2 yang amik result SPM semalam...kepada yang berjaya dengan jayanya tu diharap berbaloi laa dengan usaha..yang kurang berjaya tu..jangan berputus asa yer..ala dik,umur baru nak masuk 18 kan..muda cam akak lagi tuu..

Buat cup cake ni semalam..adun separuh dari resepi asal jer.. ingatkan banglong je yang nak makan..sebab selalu kalau buat kek coklat(adunan penuh) lama akan terperap dalam esbox tu nanti..sebab cik abang tak berapa nak layan kek coklat2 nih..
Jadi buat separuh adunan ni,dalam plan tu ingat boleh laa main deko2 kalau tak laku pun kan...

Bila dah masak tu,panas2 lagi aku dah makan 1 cup..eh!sedap laa pulak..suapkan budak2 pompuan nih satu cup lebih..selebihnya tu aku gak yang makan.
Dah banglong balik,makan..makan..makan.. dak 2 orang tu(si kakak n yana) pun suka gak makan..hehe
Pastu, baru ingat lum amik gambar lagi..tengok2,tinggal 2 ketui ni je lagi haa..hihi

Tak berapa nak cantik cupcake aku buat nih.. tapi rasa memang sedap..kalo nak lebih moist,sila2 laa kukus yer..

Memang terasa ke'coklat'annya..sedap woo

Resepi pun simple jek..mekasih tuan asal resepi nih,juga kat kak zana,kak ummi,kak maz n sesiapa yang terlibat..amik resepi dari dapur kak zana..nak tengok versi berdeko gi umah dia yer..

KEK COKLAT LEMBAB KUKUS ZAIIMA
Sumber: Home Sweet Home dan Kak Dzana
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bicarbonate(*x letak jugak )
  • 3 biji telur

Cara-Cara:

1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam.

2.Tepung, soda bikarbonat dan baking powder di ayak.

3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan . (Maz bakar kaedah waterbath selama 1 1/2 jam dgn suhu 150 C) (*akak bakar je mcm biasa selepas letak dlm acuan-acuan cupcakes selama 15 minit, pada suhu 170C) ... *mcm kak ummi...

Penggemar kek coklat harus cuba kalau belum cuba yer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Psstt..ada seorang pompuan tu..

image dari pak google

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil
melihat keadaan keretanya yang kemek.
Hari dah nak masuk maghrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu
sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah
tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii. ........
Slow laaa sikit.....!!!"

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun
menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Sialan kau!!!"..."
Bagerooo..."
Sedap jer cakap orang babi...."

Selang beberapa saat... tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak
manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langgar babi yang telah dilanggar oleh perempuan
tadi.

( Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukannya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat
depan....)

Hahahaha...!!

P/s:Dah..dah..!sambung wat keje nun...pas ni baru kuar entri lain lak..hehe.. SELAMAT PAGI kawan2 cyber sekalian..harap ceria jer pagi ni.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 23, 2011

Resepi: Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Dah lama nak mencuba buat kukis nih..tengok kak ina@hana ngan kak rosaliza pun dah mencuba..(berdasarkan laporan masakan kat SINI)
Boleh jadi ramai lagi yang dah cuba kan..aku jek selalu tertinggal..eheee...

Dugaan juga bila buat biskut ni tadi..
Sedang aku godek2 bahan..dah masuk semua bahan2 basah.. alih2 si kecik Yana merengek2 nak 'tolong' godek2 gak..sementara tu aku tengok blender lak dia dah siap punggah keluar dari kabinet...
Sebab semak je bahagian tu(sebab kat situ nanti nak ngadap oven tu kang),aku kemas balik masuk kabinet masa tu jugak,bukan sebab rajin sampai tak tertunggu2 kejap lagi kang.hehe..dah simpan balik tu,baru jer menoleh,'TUHH!!"bukan soundtrek orang meludah yer,tapi adunan aku tu terjaTUH..
Aiyarkk!nasib baik laa bekas aku tuh jatuhnya secara menelentang dan bukan meniarap.. tapi jauh sekali nak pasang kuda2..
Ada laa dalam separuh adunan yang tertumpah.. Waaahhhhh...apa lagi,macam orang baca doa laa aku kejap tadi sesambil bersihkan kesan2 tumpahan tu..Zhariff yang duk atas stroller pun geleng2 kepala agaknya masa aku tak nampak..Yana biasa laa bila aku dah baca doa gitu dia insaf laa kejap,siap nak tolong lap bagai..sebelum buat2 sibuk ngan kerja lain dengan muka tak bersalahnya..haihh..sabo jela kan..huhuuu..

Jadinya,satu kerja laa pulak aku nak agak2 tepung nak masukkan dalam adunan tuu...nasibbaik laa dah masuk semua bahan basah tadi ikut sukatan semua.. so bahan2 kering tu aku main agak je..terutama tepung..adehh. Aku buat takde laa macam biskut biasa yang boleh nak terap2 tu..sebab berdasarkan resepi tu(nasib baik resepi tu agak detail), doh agak lembik jer..jadi berserah je laa..apa2 kejadiannya nanti..

Walaupun tak cantik macam famous amos tapi dari segi rasa ada iras2 laa..memang sedap jer..pastu aku guna kacang almond..cuma rasanya bagi yang tak suka manis harus kurangkan gula kot..pandai2 ejas laa yer..ni pun aku guna gula perang sepenuhnya dan kurangkan sedikit tapi masih rasa manis..tapi memandangkan insiden yang berlaku tadi tu..tak boleh laa nak nyatakan secara jelas sukatannya..heh


Biskutnya rapuh jer..yang aku bakar ni macam terlebih bakar la pulak..ni pun belum abis aku bakar,baki doh masih dalam peti sejuk sebab handbag kecik lak meragam nak tido tadi ha..tapi masa aku naip entri nih dua2 handbag kecik nih dah dibuai mimpi..aman kejap makcik!lepas ni nak amik beg beroda tu dari sekolah lak. tu yang naip berdezup jer nih..berasap je kibod..hehe*melampau2 jek statement nih kan..

Jom ah semak resepi..terima kasih ye syari@myresipi.com yang kongsikan resepi ni..

Famous Amos Chocolate Chip Cookies
Source: Syari@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

* 1 cawan gula-hasue x letak
* 1 cawan padat gula perang *- hasue tambah 2/3 cawan sebab guna coklat chips biasa
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telor
* 1 sb susu segar-hasue guna susu sejat
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam *
* 1 sk cream of tartar
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang
* 2 cawan semisweet chocolate chips
* 1 sk vanilla extract
*hasue tambah sedikit serbuk koko

Cara-cara

1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Oklah..yang ni siap2 nak simpan dah..jangan amik yer...dekut nih..nak makan buat sendirik!hahaha...kejam tul kan :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...