Jadi nak kongsikan melalui blog pulak,memandangkan tak semua rakan blogger ada FB kan.hehe..maklum la,seperti kita sedia maklum Mas ni salah seorang pengomen tegar di kalangan blogger.. kiranya satu penghargaan untuk Mas juga laa ni.hee.. lagi satu nak taip kat FB tak reti nak pendek,taip pastu padam balik,taip padam balik..last2 baik taip kat blog aje.huhuu...
Jom tengok orang baru Mas..
Ni laa bayi comel yang Mas lahirkan seberat 3.16kg tengah malam tadi(29/05/2012)..dah minta izin dari Mas nak share gambar ni dengan rakan2 semua..Muhammad Adam namanya..aduhhh,comel laa..comel laaaa..tengok bayi kecik gini memang nak siyumm2 jer..aku yang nengoknya rasa nak beranak lagi lak dibuatnya(eksaited terlampau)..huahuaa..Untuk makluman, mas masih lagi admitted kat HUKM sebab bayinya masih dalam pantauan doktor 48 jam lepas lahir sebab kes bersalin paksa(induce)..
ALHAMDULILLAH.. selamat segalanya,pengalaman selebihnya tu sama2 kita tunggu cerita dari Mas sendiri ya.
Buat rakan blogger berdekatan yang mengenali Mas tu bolehlah pergi melawatnya dan baby Adam jika berkesempatan yer..dia berpantang kat sepital sampai khamis ni katanya..aku duk jauh ni cuma mampu doakan ibu dan anak ni sihat sejahtera jerlah..huhu :)
Setakat ni dah ada sorang rakan blogger tu yang dah melawat Mas..amboii menjeleskan sungguh..huh..*jeles ni. ;P
Untuk Mas,selamat berpantang yer Mas..semoga cepat sihat seperti sediakala..lepas ni kitorang blogger masak2 pakat tayang ice cream,segala puding memuding,masakan belacan budu sumer..agak2 kejam tak,mas?muahaha..takde la mas,sian ko..paling tidak kitorang tayang kek coklat dan kek keju jerla ek..ops!hee :D
Ko makan ikan bilis je jadi snek k..lepas tu buat puding nasi(nasi lenyek ngan lada hitam campur halia pastu buh dalam loyang,baru potong2 ala2 nasi himpit,tuang air kunyit jadi karamel).ahak..resepi baru tu.. *seronok ye nyakat orang dalam pantang..hihi.. teringat masa bersekongkol dengan aida mamaigloo nyakat kak hana yang dalam pantang ngajak beliau pergi joging sama..huhuu.. saja ngusik kawan2..kan kan..hihi..
Dah,panjang dah bebel ni..asal nya tadi nak ucap TAHNIAH je.hehee..
Meh nak siyum baby Adam..hmmmpphh..hmmppphhh..wangi bau babyy...
P/s: aku suka siyum bau anak2 kecik aku yang baru bangun tido..bau busyuk diorang tu macam aromaterapi..siyes..hehe







