Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Friday, October 21, 2011

Resepi Kuih Bakar Kentang (tanpa telur).. versi derhaka yang tak sengaja..

Wat tuk minum petang semalam..ingatkan kentang dah nak habis,rupa-rupanya...memang dah nak habis pun.. tinggal 4 bijik yang comel2 jer haa..aku ingatkan sebijik jer tinggal mula2 tu,rupanya yang tinggal sebijik tu adalah keledek..haish...

Bila tengok mek ampang menayang kuih bako semalam teringin gak nak try..kebetulan kebelakangan ni memang ushar2 nak buat kuih bakar kentang atau orang sarawak sebut bingka kentang..ehehe..orang Sarawak je ke sebut bingka? Biasanya kuih bakar2 gini memang disebut bingka rasanya.. :D


Dipendekkan cerita.. tah camna aku lupa buh telur. sekian..

Hurm..pendek sangat ek?versi cerita panjangnya sebenarnya gini...sebab petang semalam tu program nak pergi ikut incik laling gi memukat ikan keli,tapi ngengada gak nak buat kuih bakar ni haa..lepas tu rebus kentang,(guna pressure cooker..jap je kan..less than 5 minit after mendidih dah empuk)*angkat2 kening kat izahdaut lagi.

So masuk semua bahan2 dalam blender..kecuali tepung. Blend2 tu..pekat lak..dalam hati dah ingat dah,mungkin sebab step tu main nak senang je...lepas tu campur tepung....masih pekat,aku tambah ler lagi susu sejat..tambah dan tambah ikut suka hati..ngahaha..marah tuan punya resepi kalo terbaca nih..

Bila dah siap bakar tu cik abang pun balik dari kerja dan kitorang terus gi memukat(ceh,'kitorang' tau..padahal aku duk dalam keta jek..muekeke) ikan kat sungai2 kecik..kan musim hujan sekarang kannn..tu yang semalam dia beli pukat tuk acara tu..hihi
Balik tu,terus aku tengok bingka tu dan macam tak berapa hangus lagi atasnya.
Aku tekan2 lembut jer..lepas tu aku tabur bijan..dan bakar guna api atas je nak bagi masak bijan jap..

Tiba2 baru aku ingat aku tak letak telur rupanya...camana tah ter skip..takdir?usah salahkan takdir..ehehe
Nasib baik bila dah potong tu ia tak keras...lembut jer.. mungkin sebab hasil susu sejat yang aku tambah banyak2 sampai menepati adunan yang agak cair tu.heeeee...gitu laa cerita panjang dier..
Dah..ni resepi dia..nengok semalam kak Sheila pun dah cuba..mek penang nun pun dah cuba..cuma tak publish lagi kot.. eh dah publish rupanya..hehe
dan sebelum2 nih dah ramaiii yang cuba...
Minta izin tuan punya resepi asal,Kak Jun juga kak Asma yang sambut hari ulang tahun semalam..Selamat hari ulangtahun kelahiran buat kak Asma..maaf kak terlambat wish..semoga mendapat keberkatan hidup dunia akhirat...aminnn...Terima kasih sebab kongsikan resepi nih yer semua..izahdaut,aku amik dari dapur ko ye..ko tak bagi pun aku dah amik nih...halal yer mek.. :D Terima kasih semua!

KUIH BAKAR KENTANG

Source: Kak Jun & Kak Asma
Sumber:Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com *guna cawan 200ml

Bahan-bahan ( 1 family... )
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek -hasue buh 250g
1 biji telur - hasue tak letak
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
3 sudu susu cair- hasue letak 1 cawan susu cair

Cara-cara
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min



Tekstur dia tetap lembut walaupun tanpa telur..sesuai laa pulak untuk mereka yang alergik telur kan..ehee...sedapp2..selamat mencuba!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 20, 2011

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas.. 1st time guna beras PUSA

Nih ler nasi minyak hujan panas yang jadi juadah semalam.. Tiba2 jer incik suami nak makan awal sebab ada urusan penting nak diuruskan selepas lunch tu...
Jadi dengan sepantas termampu, buat ler menu simple2 untuk menemani nasi minyak hujan panas nih. Di'bantu' oleh 2 budak kecik ni bukan nak bagi pantas kerja..tapi pepandai laa ejas kan..contoh: Kalau kebetulan Zhariff meragam,letak kat ruang tamu,sementara dia merangkak ke dapur tu kita dah berjaya kupas ,bawang mrh,bawang putih...halia..haa,gitu la lebih kurang.hahaha... tu contoh je..kadang2 yana ada gak membantu..walaupun ada masanya bukan suruh adik dia diam,bagi zhariff lagi stress ada..sebab berebut mainan..budak 3thn vs 10 bulan..huhu ;P

Ok,berbalik pada menu yang sedang berposing ni..

Sebenarnya kesukaran nak dapatkan beras basmathi kat sini adalah salah satu faktor buat aku tak aktif membuat nasi yang perlu(atau lebih sedap jika guna) beras basmathi..
Selalu cari memang takkan jumpa..kedai2 besar(omputih sebut supermarket) kat miri pun tak semua jual beras basmathi nih...

Kat sini memang tak pernah jumpa sebelum ni..(eh aku dah sebut ek tadi)sampaikan incik suami tanya kat mamak yang berniaga kat restoran tu..mana dia beli beras tu..katanya diorang order dari Brunei..sebab kat Sibu pun takde katanya..biar benar kan..agaknya tak jumpa laa tu..ke memang takde? Orang Sibu yang tahu mana jual sila tampil ke hadapan..hehehe

So,hari tu masa cik abg ada urusan ke Miri aku paksa minta dia tolong carikan beras basmathi gak sebab bini dia nih ngidam nak makan...muehehe...tu kalo alasan masa ngandung laa..tapi tak ngandung ni,cakap jer laa terasa nak makan kannn.. Jadi dalam sempat tak sempat tu,dapat gak laa dia beli beras basmathi tapi bila aku tengok beras tu tak berapa kurus dan panjang. cam beras basmathi biasa aku tengok. Siap sukat lagi dengan beras siam wangi yang ada kat dapur tu..tengok sama je saiz panjang nya.. Tapi takpe lah kot2 kualiti berbeza kan..

Malam semalam,aku ada tunjukkan kat suami rupa bungkusan beras PUSA ang ditunjukkan kak hanieliza kat FB..beras basmathi yang dia gunakan untuk kelas2 masakan beliau..

Nak dijadikan sejarah, semalam selepas urusan kerja kat bandar tu..tergerak hati lak dia nak nengok beras kat satu supermarket tu..selepas tengok cam ada orang beli tapi samar2 jer..Bila tengok kat rak beras tu terkejut ler dia tengok ada beras basmathi lak kat situ kan.Bukan sebarang basmathi lak tu..PUSA tuu..tinggal 3 kampit jer. Dia antara caya ngan tak rembat sekampit jer..nak test dulu katanya..geram gak nak suruh beli banyak2..tapi,tak baik tamak..lagipun bukan ari2 nak makan basmathi kan..huhu

Nih laa rupa paras bungkusan beras basmathi extra panjang tuu.. first time masak nasi n makan nasik basmathi sepanjang ni..sebelum ni pernah tengok aje!So kejakunan tu terserlah skit..eh sikit ke?teruja yang lebih kot..hehe.

Tengok kat bawah ni.. Memang panjanggg kan...nak makan ngan garfu pun boleh..huhuu...


Oklah,oklah...kite tengok resepi lak.. resepi daripada makyong nih dah ramai yang mencuba sendiri dan mengakui keenakannya.. nak buat pun simple...kira yang baru belajar masak pun boleh buat. Tak caye,cer cuba cer cuba..sukatan cawan tu guna apa2 saiz pun bole,asalkan sama untuk sukat beras dan air..
Terima kasih buat Makyong yang share resepi nih..izinkan dikongsi kat sini pula n memudahkan rujukan di masa akan datang.. :)

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resepi:Makyong@myresepi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 5 orang )

* 4 cawan beras basmati-hasue guna beras basmathi PUSA 1121
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam - hasue letak 1 sudu besar perencah ayam TUMIX
* 2 helai daun pandan
* pewarna merah, kuning dan hijau
* [bahan tumis]
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
* [bahan hias]
* bawang goreng
* kismis

Cara-cara

1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Sangat ler sedapppp lagi2 dimakan dengan ayam kari..!!Lauk2 cam masak merah ke..lauk beriyani ke..lagi ler best kan..pendek kata lauk apapun sedap ler gandingkan ngan nasi nih..
Budak2 kat rumah ni memang suka ler nasi kaler2 kan..hehe..
Korang dah makan? :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, October 19, 2011

Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Berkacang... dan Bercili Hijau..

..juga bercili merah...
Haha...tajuk panjang kemain lagik...sibbaik tak buh bergaram berbawang sekali..takyah susah2 dah tulis bahan2nya kang kan..bukan apa,sekarang kan dah banyak versi sambal kentang ni haa...ada yang suka pedas2..ada yang suka pedas2 ala gitu2 aje..
Yang aku buat nih buh cili hijau sikit sebab kebetulan cili hijau ada stok..
Jadi bila makan bersama cili hijau dan sambal tu memang best..ratah gitu je pun dah mantopp..kalo yang suka pedas tu buh laa cili giling ke..ikut selera masing2 yer..

Dah lama nak mencuba resepi kak Rosaliza nih.. tapi derhaka sikit2 tu kak liza tak kisah kann..ehee..
Nih gara2 terliur nengok kat dapurnya masa dia post entri masa tu..

Oh yer..aku tak goreng kentang sebab nak cepat jer aku buh dalam pressure cooker..kurang dari 5 minit dah masak..ngeee..rasanya dalam 3 minit setengah gitu lepas mendidih kot..kentang dah empuk..ada yang terlebih empuk lak..(eh..ayat eksen ke ni izahdaut?ehe)

Lepas tu baru aku tumis bahan2 dan gaul kentang tu sekali cam dalam resepi..kalau nak tengok sambal kentang kak rosaliza sila klik SINI
Aku buat nih cam terbanyak kentang lak..ekeke..

Minta izin kak Rosaliza yer..nak share kat sini...
edit sikit2 untuk rujukan sendiri...terima kasih kak..lebiuuuu muahhh!

SAMBAL BILIS KENTANG BERKACANG
Resepi: Kak Rosaliza@embunrosaliza.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Ikan bilis
Sedikit Kacang Tanah
2 biji kentang - kupas kulit dan potong baji
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili merah- buang biji*
5 biji cili padi *- untuk rasa lebih pedas
Secukupnya oyster
2 cili hijau
1/2 labu bawang besar*
Minyak untuk menggoreng


CARA - CARA


1. Tumbuk bahan2 bertanda * ( akk blender kasar2 je)
2. Panaskan minyak masak, kemudian goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan.
3. Goreng pula kacang tanah sehingga rapuh, jangan sampai hangit ya. Angkat .
4. Goreng ikan bilis sehingga garing kemudian angkat.
5. Dengan menggunakan lebihan minyak tadi, tumislah bahan2 yang di tumbuk tadi sehingga sehingga wangi. Kemudian masukkan oyster kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan ikan bilis, kacang dan kentang, gaul mesra dan angkat. Siap.

Sedap !sedapp... kalo buat sambal lebih lagi besh!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...