Kali nih aku guna resepi sebelum ni juga cuma gaya penyampaian bahasa dan bahan2 sedikit derhaka..derhaka yang membawa berkat gitu..sebab hasilnya bukan je sedap ke anak tekak nih..tapi ke ibu tekak dan saudara maranya sekali..lantak korang laa nak paham ke tak apa aku merapukan nih..hahaha..
Sedapkan makan puding sejuk2 gini tatkala kepanasan membahang..kemanisannya tu kena pandai adjust kat karamel yer..nak kurang manis,kurangkan gula sikit atau buh laa airnya lebih..aku rasa susu manis ni menyumbang juga kehalusan tekstur puding tu agar lebih halus sebab ada sekali tu aku cuba kurangkan susunya hasilnya kurang memuaskan..lubang sana sini lebih dari sepatutnya..jadi aku tak syorkan korang kurangkan sukatan krimer pekat manis tu yer..nak kurang manis,adjust tang karamel ok..harap maklum..Terima kasih pada penyumbang resepi asal emee nih..leh tengok aku wat sebelum nih kat sinun(klik)
Resepi Puding Karamel
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan
* 3 sudu besar gula pasir - untuk dibuat gula hangus/karamel
* 1 tin susu(krimer) pekat manis(tin kecil)-atau 3/4 tin sederhana
* 7 biji telur ayam
* 1 cawan air
* 1 sudu esen vanila
* 1 sudu teh tepung kastard
Cara-cara
1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya,tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..
2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.
3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi
4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..
Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2..
Selamat mencuba!














