Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, December 14, 2009

Caramel Pudding...Againnn..

Siri ulangtayang..sebab hari tu buat karamelnya terpekat sket...tapi tak pahit yer...terlebih masak kot..nama pun gula hangus dah terlebih hangus..hehe..
Kalau nak try puding karamel tanpa kukus atau bakar leh tengok kat umah dayangjack yer.

Untuk memuaskan hati...buat puding nih 3 hari berturut tau..sampai sebelum hb gi luar daerah..hukhuk..malas nak sebut sebenarnya..kang aku windu beliau kang..huwaaaa....

Letak lagi sekali laa resepinya ek..yg sebelum nih leh tgk kat sini
resepi asal alia myr

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
Anak2 pun suka nih...letak dalam pinggan besar,tak letak dalam piring dah...makan ramai2 kat situ..haha..besh2..
HUwaaa..bila dia nak balik nih..hukhuk.... :((
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kek Batik Coklat

Sebut pasal kek batik,dah terbayang kita kek yg seumpama ini..
Sekarang memang banyak versi kek batik di serata malaysia..hehe
Kali nih aku berpeluang mencuba resepi mak budak yg chumel dr sabah nih haa..
Wazzuppp2...Milla in da house!!hehe...

Pada pendapat peribadi aku la, kek nih memang sedap dan rasanya best..
Kaya dengan rasa coklat..bahkan amat senang nak buat dengan bahan yang minima..
Yang alergik telur pun leh cuba..sebab x guna telo pun..
Tak ada oven? Tak ada pengukus? Ada kuali kan? Dahh...gi buat sana!jangan ada alasan..hikhik.. jeling2 kak ieda..ekeke..ampunn kak...gurau jek

Rupa paras kek yang belum dipotong...sori la gambar agak gelap,kalo terang sangat kamera lak wat pe'el...hehe

Nih kek yg sudah dipotong sejurus keluar dari peti sejuk.. rasanya lagi best semasa baru keluar dari peti sejuk..yg penting biskutnya masih rangup lagi..dan keknya moist..

Resepi kopipes jek dari myR..susu pekat akak kurangkan skit milla sebab nak kurang manis..nda apa kan..hasilnya amat berbaloi2..hehe...thanks Milla..halal ya..

Bahan-bahan ( 1 kg )
  • 200gm milo
  • 250gm butter
  • 3 sudu makan serbuk koko > sue guna brand van houten
  • 1 tin kecil susu pekat manis> sue guna 3/4 tin jer
  • biskut meri secukupnya
Cara-cara:
  1. cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. setelah cair masukkan susu,millo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur masukkan milo dan seterusnya koko....
  3. gaul tanpa henti sehingga halus dan xberketul lg....
  4. setelah pekat susun biskut meri lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...siap...dan biarkan semalaman....
  5. potong dan siap dhidangkan...kalau ndak cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...
Amacam milla? Ok ka ni?hehe...Rasa coklatnya nih memang caw-caw kaw-kaw, ala2 coklat cloud 9 pun ada...ala2 jer...kan milla kann....

Kalo rasa2 malas nak buat tu,korang leh tempah terus kat milla ya.. leh tengok koleksi kek batik coklat beliau kat SINI(klik)
Bukan takat nak order kek batik ja,order kek lain pun boleh..cantiq2 ba kek si milla tu..(bcakap pun ala2 sabahan nih)hehe...jgn mara aa..promo jap ba,org dah kongsi resepi tu..mudah2an makin murah rezeki ya... :)

P/s : Kalau guna/ lapis banyak biskut tu,tak perlu kurangkan susu pun takpe yg penting jangan guna biskut marie yg dah sedia manis ya..untuk elak terlebih manis..Selebihnya terpulang pada selera jek..

*n3 berjadual..sebab tenet masih mereng..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kari Daging

Minta maaf sangat2 pada pengunjung2 blog yang dah tinggalkan komen sebab semalam tu seharian memang x dpt view blog sendiri walaupun duk ngadap pc jek..nak jawab cbox pun sekat2..kejap ok,kejap failed..
Masa nih tenet mmg thp kritikal...agaknya musim ujan nih kot..huhu
Apa2pun komen/mesej2 anda akan cuba direply sebaik saja tenet ok yer...tq2

Berbalik pada menu yang sedang diperagakan, dah habis pun yer..
Lama x tayang menu kari, jadi nak jugalah masuk blog skali sekala walaupun sebenarnya menu kari acapkali menjadi pilihan kat umah nih... :)

Kali nih tak masak cam biasa,tak letak santan dan kerisik(memang jarang letak),susu cair pun x letak(yg nih kadang2 letak) ..biasa tak letak rempah lain selain kari,kali nih tambah 2 jenis rempah lak..sedap jek..(sori,puji2 lak ek..hehe)
apa pun kari pilihan keluarga nih tak suka yang pekat sangat tu..
Tapi kadang2 layan gak..aheh..

Saja nak kongsi resepi untuk rujukan anak2 masa depan... :D

Bahan2:
  • 600g daging - potong,bersihkan dan toskan
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 1-2 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci lengkuas*
  • 1-2 batang serai*-boleh juga diketuk shj
  • 3-4 sudu mkn kari daging**
  • 1/2 sudu mkn serbuk jintan putih**
  • 1/2 sudu mkn serbuk ketumbar**
  • Asam gelugor / jus asam jawa secukupnya
  • Bahan tumis 4 beradik-1 jenis setiap 1
  • 1/3 cawan minyak untuk menumis
  • Garam,gula secukupnya ikut selera
Cara2:
  1. Bahan2 * dikisar
  2. Bahan2 ** disatukan dan dibancuh dengan setengah 1 cawan air menjadi pes
  3. Panaskan minyak,tumis bahan tumis 4 beradik sehingga naik bau
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan kekuningan.Kacau sedikit
  5. Masukkan pes kari campuran tadi dan masak dengan api perlahan supaya kari benar2 masak dan pecah minyak. Kacau sekali sekala dan gunakan api perlahan sahaja
  6. Masukkan daging dan kacau sebati bersama bahan2.
  7. Tutup periuk dan tunggu daging mengeluarkan jus dan sedikit kering barulah ditambah jus asam jawa/ asam keping
  8. Tambahkan air dan sedikit garam.
  9. Masak menggunakan api sederhana sehingga daging benar2 empuk
  10. Apabila daging sudah empuk,perasakan dengan bahan2 perasa dan tambahkan sedikit susu cair atau santan jika suka.
  11. Sebatikan rasa dan padamkan api. sedia untuk dihidangkan..
Jangan lupa buang lebihan minyak dipermukaan daging yer...
Boleh juga tambahkan kentang jika mahu...


Haa..ada belen bun pandan berkaya tu seketui, layan jugak makan ngan kari daging nih..hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...