Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, September 27, 2012

Fresh Fruits Tarts..yummy!

Assalamualaikum..
Bertemu kembali di pagi Khamis yang indah ini.
Musim haji sekarang ni ek..semalam incik suami pun turut terlibat menghantar bakal jemaah haji ke airport.. ada juga di kalangan rakan2 blogger yang ku kenali melalui dunia maya ni seperti kak Anymz dan kak Ummi yang pergi menunaikan rukun islam ke 5 itu juga..dan baru baca tadi suami n MIL kak Rosaliza juga telah bertolak ..alhamdulillah..semoga mereka yang pergi ke tanah suci selamat pergi,selamat kembali serta mendapat haji yang mabrur..aminn

Baiklah,terus ke menu hari ini.
Nih pertama kali laa aku buat dan merasa sendiri fresh fruits tart ni ha.. Sebenarnya nawaitu semasa membeli stoberi tempoh hari tu nak membuat pavlova..tapi napa tah niat terpesong di saat2 akhir tanpa kawalan. Cuma pemikiran yang logik untuk dinyatakan adalah sebab nak ngabiskan stok tart shell yang masih berbaki lepas raya tempoh hari..masih rangup lagi duk elok dalam bekas. Crust ni kalo dah desperate sangat nak ngunyah biskut boleh gak belasah nih jadi kudap2an.heh :-D

Sebab tu laa kalau korang tengok tartlets aku kat bawah nih serba kekurangan...buah tu jer yang ada dalam esbok..tskk2..kiwi pun tarak..epal ada tapi macam tak sesuai laa nak buh kan.tapi kan,dua jenis buah ni pun dah memadai rasanya nak ngam dengan kastad dalam crust tart yang comel tu..rasa buah tu yang ending kunyahan kita buat tart ni rasa best dimakan. Aku jarang sangat jumpa stoberi ni..aritu beli kat Bintulu dalam perjalanan balik dari kampung...tu pun dapat last kopek..huu..

Nak terima kasih laa kat kak Azita Zain tokey tart terkenal seantero Malaysia..hehe..dan juga Anna Qawina yang mula mengikut jejak kak Azita..nih angkut resepi dari dapur anna..semoga rezeki anda sekelian semakin berlimpah ruah..amin.
Dikongsikan di sini pula resepinya..selamat mencuba buat anda yang ingin mencuba sendiri..insyaAllah,sedappp! ;-)
Agak2 malas sangat nak buat,boleh la order kat mereka ye..


RESEPI KRIM KASTARD dan FRUITS TART
Sumber resepi : Dari Dapur Azita Zain
Sumber: AnnaQawina@ Qasseh Al-Zahra

Bahan2

Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
2 cawan susu cair
2 cawan air
3/4 cawan gula (boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan)
1 camca besar marjerin@mentega
Cara2 :Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana besar sehingga pekat.Masukkan marjerin. Matikan api dan kacau hingga marjerin cair sepenuhnya.Masukkan ke dalam piping bag.


**Buah2an : Mengikut selera sendiri - anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi Potong mengikut citarasa masing2.
**Sebaiknya potong buahan dahulu sebelum mengadun krim kastard kerana kastard cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan diatasnya.
 **Coklat masakan yang dicairkan guna kaedah double boiler (optional) Cara Untuk Menghias : Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu..ketepikan seketika. Picitkan adunan kastard ke atas tart crust. Susun buah2an pilihan. Glis buah2an dengan piping jelly - supaya nampak berkilat.

Nota :
  1.  Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu). Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking / keemasan lagi.  **Anna pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali in guna susu cair ikut resepi di atas..
  2. Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozel berbentuk bintang. Alhamdulillah sedap Tujuan menyapu coklat cair ke atas crust adalah supaya crust tahan lama tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastard. 


 Nyummm...sedap2!

Untuk resepi crust tart tu,aku masih menggunakan resepi kak Azita jugak..boleh la rujuk di SINI ye... oh ye,aku guna unsalted butter untuk crust nih.. nanti line ok,insyaAllah kopipes resepi ke sini untuk memudahkan rujukan..ni try buka link tadi tak dapat2 gara2 tenet lemau tahap kronik..huhu..
Oklah,nak gi blogwalking mana2 sempat jap..hee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 20, 2012

Biskut Almond Eye

Assalamualaikum.. 

Syawal dah berlalu tapi resepi biskut baru nak kongsikan di sini ya.. takpe,biskut boleh lemau tapi resepi tetap sama jugak gitu kan...*kaver diri sendiri
Bila ku lihat,dah sebulan lebih entri ni terperam dalam draft..keskes...tu maksudnya biskut ni pun dah tinggal kenangan indah aku dan dirimu laa kan..

Sebenarnya, biskut almond eye ni guna acuan tart bentuk sampan..tapi aku guna acuan yang aku ada masa tu jer...ada munger2 tepi tu..jadilah ia almond eye yang pakai mascara..hehehe.. Tapiiii,baru2 ni aku terjumpa dah acuan yang tart sampan tu,jadi aku dah berjaya membelinya..insyaAllah lain kali guna acuan tu la kalo nak buat lagi almond eye nih ek.. Lagipun sonang ba itu nak buatnya..kalo malas nak buat 'mata hitam' kat eye(mata) ni,boleh simpan dulu..kemudiannya baru letak inti ceklat sebagai mata tuu..ehe..ada jugak laa yang lama tak bermata biskut aku nih aritu gara2 rajin lambat sampai.huuu..

Nak tau rasa? aaa...rasa pastry atau biskutnya tu pun dah sedap..pulak tu aku guna mentega kan,sebab tu la sedap(memang puji diri nih..haha).. yerla,kalau guna marjerin atau buttercup pun insyaAllah sedap juga.. tak caya tanya kak wan..hehe.. tapi apa2 biskut pun rasanya yang terbaik la guna mentega tulen kan..hee.. Dah laa pastrynya tu sedap rangup rapuh gitu kan,bila buh ceklat ngan badam lagi memang rasa iras2 almond london gitu..tapi lain. iras jer..heh

Cantik tak biskut mata almondku yang pakai mascara tak berwarna nih?huhuhu.. nak tengok biskut original sila klik link kak wan kat bawah ni ya..kak wan memang femes seantero malaya dengan kekreatifan beliau menghasilkan seni dekorasi masakan nih.. Terima kasih yer kak wan sebab kongsikan resepi yang sedap nih..izinkan saya kongsikan bersama rakan2 di sini pula..  

Biskut Almond Eye
Resepi /Sumber: Citarasawan@resipicitarasawan.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

 Bahan-bahan
130gm mentega
60gm gula ising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh perasa vanila

 Hiasan : Badam panggang dan coklat masakan cair

 Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanila pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan uli menjadi doh. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Canai dan terap dengan acuan sampan.
4. Bakar selama 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan biskut dan paipkan coklat masakan cair. Letak sebiji badam sebagai hiasan.

Selamat mencuba! ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 12, 2012

Happy Birthday My Little Princess

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih buat semua rakan FB dan rakan blogger yang sudi wish dan mendoakan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14 semalam baik kat FB mahupun kat blog ini.. dah baca komen satu persatu cuma tak berkesempatan lagi nak reply... walaupun sekerat ayat,ucapan amat dihargai..terima kasih semua ya..semoga yang kebahagiaan sama2 kita kecapi :)

Nur Salha Adryana..Inilah hadiah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10,4 tahun yang lalu.. Anak ke tiga kami..dilahirkan pada 12/09/2008..sehari selepas ulangtahun perkahwinan kami..
Saat mengandungkannya boleh tahan menyenangkan,sampai ke saat kontraksi pun sempat siapkan kek lagi..hehe..
Tiada morning sickness yang teruk kecuali tak boleh perut kosong sebelah pagi memang muntah kuning dibuatnya..agaknya sebab itu semenjak pandai makan,Yana memang mencari makanan sebaik saja bangun dari tidur..kalau belum disediakan,dia akan mencari snek sendiri di dapur.hehe...
Saat melahirkannya juga boleh dikatakan mudah..cerita mengenainya sudah kukongsikan sebelum ni.. alhamdulillah..kini sudah 4 tahun namun masih segar dalam ingatan..

Di usia belum mencecah 2 tahun yana dah mula mencantum ayat dan respon pada gurauan yang selalunya tidak terjangkau dek akal kanak2 seusianya.. Petahnya berkata2 memang tak disangka2 bila ia bermula..terasa macam dah lama jer yana dah pandai bercakap..percakapannya hampir sama tahap dengan kakaknya yang berusia sekali ganda darinya..Dari dulu tu dah pandai buat kita ketawa dengan cara yang susah nak describe.. Tapi dia hanya pot pet pot pet dengan orang yang rapat jer...dengan orang asing pandai lak malu2.. Begitulah istimewa anak2 kurniaanNYA..lain anak,lain keistimewaannya..kan? :-)

Bersama Mak Usu di pagi raya baru2 nih..peberet aunt ni..huu.. ;P
Uconya nih memang gemar memanjakan beliau sehingga kadang2 terlebih sudah...hahaha..


Bersama sepupu kegemaran..hehee..


Masa pergi beraya ke rumah my cousin...budak2 ni jadi ala2 giant gitew...hehe.. tudung yana dah terbang ntah ke mana sebab kepanasan..huhu

Buat anakku Adryana..Happy Birthday yang ke 4 tahun,sayang... InsyaAllah tahun depan baru nak mula bersekolah..semangat benar nak sekolah sampai bila disebut nak sekolah tu tak habis tersipu2 senyum seperti gambar di atas ni..hehe

Semoga membesar menjadi wanita solehah..dihormati dan tahu menghormati, dikurniakan kesihatan terbaik sepanjang hayat dan mendapat segala yang terbaik di dunia dan akhirat..Aminn..
Kami semuaaa sayang Yana.. muahhh! ;-)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...