Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Thursday, May 19, 2011

Muffin Coklat..Ooops! I did it again.. :P

Ah..ni pun menu sampingan gak...aku terbuat('ter' ok,tak sengaja) untuk makan petang budak-budak kat umah ni..err,aku ada laa terrmakan('ter' tau..) seketul..eh,2 ..kot?heh :D
Mula2 nak buat kek coklat,tapi tah napa aku terasa2 jer keenakan muffin coklat yang ini..sedapp ohhh..korang dah try tu mesti dah tau rasanya..yang besshh tu senang nak buat..haha..

Pastu aku guna muffin cup hadiah dari akak nun jauh di mata dekat di hati(flyingkick kiss ala2 diva kat akak tuh..)hee..mekasih2..i loikee..bery2 much!aritu ada nampak dah kat kedai bakery kat sini cup kaler biru gini..tapi takde jual sikit2 lak..lain kali usha lagik..
Ha,kali nih aku buat muffin tinggi2..buh sampai dekat2 nak penuh..7 bijik jer kejadiannya. tu sebab laa gemuk je muffin nih..dengan aku2 sekali.Err..korang tak nampak ayat ujung tu kan?ahak


MUFFIN COKLAT
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue.hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan
* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
*almond nibs secukupnya(optional)

Cara-cara

Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Tidakkah korang terasa2 akan kerangupan almond tu dan 'daging' muffin yang kaya raya dengan rasa coklat..ermmmh!>_<
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Resepi: Bingka Labu

Tak berbijan laa bingka aku nih.. aku lupa ke,takde stok bijan? Cuba teka..eheee..
Bingka nih kejap jer laris..sungguh ku tak sangka.. sebiji labu yang dibeli beratnya dalam 1kg setengah tu bingka ni aje laa yang sempat dikuihkan..tu pun aku ingat nak buat lagi aritu.sebab tu tak ambil gambar beria sangat.. rupanya,tak sempat jadi kuih lagi dah..masak jadi sayur jer..huhu..

Aku buat aritu dah ni..kan aku dah kata banyak entri tertunggak..saja je bermalas2an dengan tenet kuye2 nih haa...jadi mintak mahap sangat2 kalau belum terbalas kunjungan n komen korang yer. Aku ada gak sempat baca entri orang cuma malas nak refresh banyak kali nak ngomen je..kalau korang pernah merasa tenet yang slow amat gini,pasti korang akan mengerti..*sambil baling batu ke tengah kolam..cam orang frust..hehe

Jom tengok resepi mudah ni..resepi mudah yang dipermudahkan lagi..hehe biasalah,orang tak berapa rajin cam aku nih nak yang mudah aje

Resepi asal daripada Mat Gebu, pastu aku ubahsuai ayat supaya senang nak rujuk lain kali lak..nak tengok resepi asal sila klik link yang diberi ye..Terima kasih pada CMG,kak zana n izahdaut..boleh tgk bingka labu mereka kat link yang diberi.

Dulu dah pernah buat sekali..tapi tak amik gamba pun..nih aku buat satu adunan terus..tu pun kejap je abis ko..hantu labu ke apa kat umah ni..heh..sedapp laa tu maknanya.. :)
Ramai juga blogger2 masakan lain yang dah mencuba kan...

BINGKA LABU
Resepi: cik mat gebu@ myR
sumber: Kak Zana n Izahdaut

Bahan-bahan

5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)-hasue guna 200ml pati santan+100ml susu sejat
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara:
  1. Masukkan semua bahan2 ke dalam blender kecuali air. Kisar sehingga halus.
  2. Tuang ke dalam bekas dan tambahkan air,kacau sebati menggunakan hand whisk.
  3. Panaskan oven pada suhu 180c,tapiskan adunan ke dalam loyang yang sudah di sapu minyak masak..tabur bijan di atasnya.
  4. Bakar selama 50 minit atau sehingga garing di atasnya.
nota biru: Saya menggunakan labu yang halus uratnya jadi ia tidak mengambil masa yang lama untuk dikukus
Sedap..lembut..lemak2 manis gitu..selamat mencuba.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 18, 2011

Cili Hijau Goreng Udang Pedas

Menu ini sangat membuka selera bagi kami..dengan aroma cili hijau atau cabai hijau yang semulajadi pedas,ditambah dengan rasa udang segar..memang boleh bertambah nasi tanpa sedar dibuatnya.. jika cili hijau yang digunakan kurang pedas,boleh lah tambahkan cili padi kerana ia memang sesuai dimakan pedas-pedas.

Boleh je nak gantikan dengan kacang panjang atau sayur lain tapi..rasanya berbeza laa kan..kalau tak pernah buat cili hijau ni sebagai sayur,mungkin inilah masanya..hehe

Kalau ada beras kampung tu,memang layan sangat laaa...

Cara penyediaannya lebih kurang seperti resepi cili hijau goreng telur tempoh hari..tapi..dah namanya ada udang of coz lagi best kan..heh ;)

Cili Hijau Goreng Udang Pedas
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
  • 300g udang tanpa kulit
  • 7-8 tangkai cili hijau-cuci bersih dan hiris sedikit memanjang(buang biji)
  • 1-2 tangkai cili merah(boleh tambah cili padi ikut tahap kepedasan sendiri)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar-hiris
  • Garam secukup rasa
  • secubit gula
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk lumat cili bersama bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi dan masukkan bawang besar yang sudah dihiris. Kacau goreng sebentar sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan udang,kacau goreng lagi dan masukkan garam dan gula/perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan cili yang sudah dihiris dan kacau goreng sehingga sebati.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.
Menyelerakan..gambar ini didedikasikan untuk penggemar udang dan penggemar makanan pedas di luar sana.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...