Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Monday, November 22, 2010

Kuih Bakar Lemak Manis

Buat untuk minum petang nih..tapi gara2 x sabar nak potong,aku keluarkan dari loyang masa ngah panas2 lagik..hehe..
Tapi rasa kuih bakar nih memang best..tekstur pun lembut sangat..rasa lemak n sedang2 jer manisnya. Kalo nak lemak lebih guna laa santan pekat fresh..sure lagi sedap.. pastu aku x letak pun bijan coz x berapa suka..ehee..

Resepi nih intai kat dapur kak fida@myr,dah lama simpan baru hari ni cukup seru nak buat..tima kasih kat kak fida yg x kedekut ilmu n resepi yang ada dalam koleksi beliau..
Jadinya resepi mudah ini dipanjangkan lagi kat sini agar mudah orang lain nak mencuba pula..

Kuih Bakar Lemak Manis

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )

• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1/2 cawan gula
• 3 biji telur
• 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
• 3 sb susu manis
• garam secukup rasa
• 1 sk esen vanilla
• sedikit pewarna kuning
• bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat.
3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.

Note:oh ya..step no 2 aku skip jer..terus bakar cam kuih bakar biasa buat..sibbaik menjadik gak..ehee..seeloknya ikut laa cara2 kat resepi tu yer..aku tadi tuh lupa nak rujuk resepi..ehee..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

36 minggu..

sumber: baby centre(klik untuk info lanjut)

Kalau tengok gambar kat atas nih kite leh imagine eh bila baby tu bergerak..kita dapat rasa yg tu sikunya,lututnya..montotnya.hehe..paling terasa laa tumit n siku dia..usik2 balik mesti dia 'tenggelam' balik..geli kot..bahagia jer dengan tendangan2 kecil nih kan..? :) bila baby dah kuar nanti mesti rindu nak main perut..haha

Dah masuk ke 36 minggu dah..
Seronok baca perkembangan bayi dalam perut nih..minggu ni antara perkembangan yg menarik bila dier kate
'The good news is that by the end of this week, your pregnancy will be full-term and you could give birth any day. '

Nak baca lebih lanjut klik link kat atas.. bagi yg sama2 mengandung sekarang sila2 laa jenguk website tu ye..untuk pengetahuan lebih.. :)

Semalam baru settle cuci keperluan baby yg baru dibeli.. Esok lusa baru nak packing dalam beg yang nak dibawa gi hospital..
Sebelum nih masa mengandung dah masuk bulan ke 7 lebih dah packing sikit2 dah..standby awal gitu takut ada benda x dijangka kan..
Tak tahu laa kali nih cam konfiden jer belum bersalin sebelum minggu ke 36. sibbaik lum lagik..ngee
Suami pun dah naik risau nengok lum packing2 lagik.hihi..

Keperluan lain rasanya dah cukup..tinggal nak pack jer lagi..tambahan lak kali nih plan nak bersalin kat tempat orang ni..agak nervous gak laa coz x tau perkhidmatan diorg camner kan.. Harap2 ok laa nanti..aminn2..

Gambar nih amik semalam..ekslusif gitu..eheh. agak2 baby girl ke baby boy nih? :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, November 21, 2010

Udang Galah Masak lemak Kuning

Dah lama tak tayang udang kat sini..padahal selalu gak sebenarnya menu udang kat umah nih..maklum,menu yg senang nak sedap dan menjadi kegemaran seisi keluarga..
Selalunya kat umah nih kalo x masak asam yg biasa tu, akan masak kari..kadang2 masak kunyit jek.. kali nih aku masak bersantan lak...jarang2 masak guna santan gini,selalu guna susu cair jer..
Sekali sekala layan kolestrol apa salahnya..haha

Nama lain bagi masakan nih MASAK LEMAK CILI API kot? Tapi aku tengok orang lain masak biasa boh air dulu baru boh udang..aku lebih suka tumis udang tu sekali dengan bahan2 tumisan barulah tambahkan santan n airnya..

Nak kongsi resepi kat sini kot2 ada yang nak mencuba yer..resepi lebih kurang jer,cuma kadang2 teknik jer lain2.. ;)

Bahan2:
  • 1 kg udang galah
  • 1-2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili api(boleh tambah jika nak pedas lagi)-ketuk
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 cm kunyit hidup*
  • 2 btg serai-hiris2*
  • Sedikit belacan(optional)*
  • Asam gelugor(secukup rasa)
  • Garam dan gula
  • 1/3 cawan minyak utk menumis
  • 100ml pati santan
  • 200 ml air (terpulang kepada kepekatan kuah yg disukai)
Cara2:
  1. Bersihkan udang,buang 'poket' kekotoran di kepalanya dan potong jika suka..Cuci dan toskan
  2. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat hingga menjadi pes.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg menjadi pes tadi sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan cili api yg diketuk.
  4. Masukkan udang dan kacau sebati sehingga udang bergaul rata dengan bahan2 tumis
  5. Masukkan santan dan gaul rata lagi. Kecilkan api dan masukkan asam gelugor,garam dan gula.
  6. Tambahkan air sehingga kepekatan yang diingini dan biarkan sehingga udang masak.
  7. Jangan masak terlalu lama nanti isi udang akan keras jika terlebih masak. Sebatikan rasa dan padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
  8. Note:Boleh tambah hirisan nenas atau epal hijau jika suka.
Menyelerakan tekak bagi penggemar udang cam aku..ehe.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...