Salam..
Dah lama x jumpa ya?hehe..Terima kasih buat kawan2 yg selalu bertanya khabar tentang aku n baby..alhamdulillah,baby sihat n semakin aktif dalam ni haa.. di peringkat ni boleh nampak meregang2 perut kiri kananan kadang2 tu..haha..susah nak explain..seronok tengok dia bergerak2 ni..kadang2 boleh rasa benda keras sekitar pusat..agaknya tulang montot dia laa tu..hehe..
Aku masa mengandung ni mmg gemar baca info perkembangan bayi..
Anak pertama dulu siap jadi member anmum club. Masa tu hantar borang beserta penutup aluminium susu anmum-1. So bila dah jadi member club,setiap bulan/trimester(x sure lak) akan dikirimkan update club..dan yang paling aku suka bila dapat buku mengenai perkembangan bayi dalam rahim..baca ulangkali buku tuh sampai buku seterusnya sampai..bila dekat due date nak bersalin,akan dapat lak gift cam sarung tangan n kaki bayi...hishh,teruja sangat2 nak beranak masa tu..bukan nilai gift tu,tapi perasaan tengok sarung kaki kecik tu haa..selain tu,buku terakhir ada bagi senarai barang2 yg perlu dibawa dan disediakan dalam beg yang hendak dibawa ketika hendak bersalin..haaa,gitu ler pengalaman masa mengandung anak pertama lebih kurang..
Dah anak ke-2 lebih kurang gitu gak..cuma aku x jadi member club anmum tapi buku tu si supply klinik tempat aku buat pemeriksaan kehamilan..
Dah anak ke 3 lak,bukan dari buku anmum dah..tapi jenama susu lain(lupa lak sebab kakak aku yg bagi buku tuh n aku x minum susu jenis tu)..
Tapi buku mengenai perkembangan bayi tetap aku suka baca..walaupun dah ada internet tapi lebih prefer gak baca buku..huhu
Bila dah anak ke 4 nih, walaupun tenet selalu nazak..tetap gak mendaftar ke Babycentre setelah di syorkan kakak aku yg teruja tengok perkembangan2 bayi dalam perut dan ditunjukkan dalam bentuk 3D..bagi ibu2 mengandung,pergi laa mendaftar ke situ yer...setiap minggu akan dihantar email perkembangan bayi dalam kandungan..
Di samping diterangkan apa yang bayi kita buat dalam tu..kita boleh tengok video perkembangan bayi > inside pregnancy
aku tetap teruja seperti nak menimang cahaya mata pertama lagaknya..hiks!
Bila lagi nak lebih2 teruja kan...sebab bila baby dah keluar nanti perasaan teruja tu jadi lain dah..teruja nak tengok tumbesarannya pulak..hehee
Begini contoh email yang aku terima dari babycentre.com
Hello Sue!
32 weeks pregnant
No wonder you're starting to feel huge it's crowded in there! The growing pressure on your bladder may mean frequent trips to the loo which can make a good night's sleep difficult. You may be gaining around 500g/ 1lb a week now and roughly half of that goes right to your baby. In fact, he'll gain a third to half of his birth weight during the next seven weeks, fattening up for survival outside the womb. Thanks to these fatty deposits, his skin is getting plumper and looking healthier
Find out more fascinating fetal development facts
Read more about being thirty two weeks pregnant
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Tuesday, October 26, 2010
Friday, October 15, 2010
Snek Ikan Rangup
Salam Jumaat..Resepi2 sebelum ni dah diupdatekan mana2 yg sempat yer.. so leh cekedaot..
Ada lagi kek lapis lum terupdate..lalok jer rasa ngan celcom nih..hehe
Kali ni aku nak share kudap2an atau snek yang dapat idea dari mak sedara aku masa hari raya lepas...mula2 makan sorang,dua orang..last2 licin bekas biskut mak sedara aku tuh haa..hikhik..
Pastu dia siap bakarkan lagik khas untuk kitorang..haha..muka x malu betul laa...tapi meriah woo...raya beramai2 ke rumah sanak sedara nih...hehe
Tahun ni boleh dikatakan beraya sakan gak kitorang..dari rumah ke rumah yg x pernah pergi sebelum ni pun ada..yelah,kalo kite2 jer malas nak pergi kan..kalo sekeluarga besar skali pergi macam gathering keluarga laa jadinya..
Sebelum ni x terfikir pula nak buat gini..makan terus jer dari kedai tu..liat2 gitu kan! tapi dibakar lagi best rupanya..rangup jadinya..x caya sila beli n cuba sendiri..hehe
Yang dah sedia potong gini lagi best n senang keja..hehePastikan masa membakar tu masaknya sekata yer..kalo yg lebar2 tu balik2kan sekali sekala..bakar pun kejap jer..

Ni laa contoh peket snek ikan yg biasanya terus makan jer..kali ni kita bakar pula...Terima kasih kat mak usu yg kasi idea nih..selamat mencuba!!
Nak resepi ke?ekeke...Bahan2:
- Snek ikan (dahfa)
- Buka dari bungkusan dan susun dalam loyang. Bakar sehingga kekuningan pada suhu 170c selama 5 minit(yg ni kena ikut suhu oven masing2), balik2kan menggunakan garfu agar masak sekata.
- Rangup dan sedap dimakan begitu sahaja. Boleh disimpan di dalam balang dan dimakan bila2 masa.
Labels:
Dari Dapur HaSue..,
Snek
Wednesday, October 13, 2010
'Ter'menjadinya Kuih Penyaram..
Sebenarnya kan,asalnya aku nak buat kuih peniram/kuih telinga keling/kuih denderam..atau apa saja nama lain bg kuih seperti dalam buku resepi kat bawah nih.. ingatkan leh pakai resepi tu ler kan,siap sertakan gambar bersama resepi..malangnya bila aku adun betul2 ikut resepi cair laa pulak..nak terap macammana kan... adunan tu mengingatkan aku pada adunan kuih penyaram(kat tempat aku panggil kuih penyaram) atau cucur jawa(nama kuih ni aku tau melalui myR) atau apa saja namanya kat tempat korang...Sebelum ni aku buat kuih ni guna resepi kakak aku..terus terang cakap,resepi tu lebih lembut n sedap laa dari yang ni sebab guna 100% gula apong x campur pun gula pasir..
Bukan main semangat je nak cuba buat kuih ni..tapi jadi kuih lain lak..huhu...sabor jela ek!
Kuih ni juga dikenali ramai kat tempat aku sebagai kuih tradisional dan wajib ada semasa majlis makan tahun dibungkus bersama 'kelupis'..Ia nampak cantik dan menjadi jika ada 'bibir' kat tepi tu..kalo rata jer macam x jadi lak...selain dari 'bibir' tu,tekstur dalam kuih juga berliang atau ada ruang2 gitu..
Kuih ni digoreng/cucur satu persatu dengan minyak yang secukupnya sahaja..pastu gunalah lidi nak angkat dari minyak tu n toskan kejap kat tepi sebelum diangkat..lagi satu kalo ikutkan kuih ni ada kuali khasnya sendiri,kecik hitam sediakala gitu..tapi aku guna kuali biasa jer leh jadi jugak rupanya..hehe
Apa nama kuih ni kat tempat korang? Atau ada yang x pernah tengok?Kalo kat sarawak,sabah,brunei rasanya biasa tengok n panggil nama yang sama/lebih kurang jer rasanya..hehe
UPDATED:
Walaupun resepi ni x selembut yang sepatutnya..aku update juga resepinya kot2 ada yg nak mencuba yer...lagipun resepi ni not bad gak ler..dah sejuk tu xde laa keras kejung..hehe..
insyaallah lain kali kita buat yang betul2 lembut pula.. selamat mencuba!
Bahan2:
insyaallah lain kali kita buat yang betul2 lembut pula.. selamat mencuba!
Bahan2:
- 250g tepung beras
- 250g tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 1 1/2 cawan gula melaka (hasue guna gula apong)
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
- Sedikit garam
- Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama. Masukkan gula pasir,garam dan gaulkan rata
- Larutkan gula melaka bersama air,tapiskan.
- Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul sebati.
- Biarkan 30 minit
- Panaskan dalam 3/4 cawan minyak masak dan senduk 1 adunan. goreng sehingga kembang baru dibalikkan.
- Angkat dan toskan minyaknya.
Labels:
Dari Dapur HaSue..,
Kuih-Muih,
Menu Tradisi
Subscribe to:
Posts (Atom)







