Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, September 28, 2010

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Hari ni nak share satu lagi resepi kek kukus Sarawak,resepi ni dapat dari kakak ipar dulu dah..beberapa tahun lepas..tapi baru 1st time buat sendiri..dulu merasa yang dia buat jer..hehe. Macam biasa laa dah buat sendiri tu pepandai jer adjust mana2 yang nak ditambah atau dikurang bahannya tapi tidak menjejaskan resepi asal..insyaallah..
Penggunaan cream cheese dalam kek sarawak boleh dikatakan baru juga..dulu2 zaman 80an dan 90an belum dikomersialkan lagi agaknya..

Kek ni,walaupun gah menggunakan nama cream cheese tapi rasa kek tidak semata2 perisa cream cheese seperti kek2 biasa tu yer..terutama kek keju non bake mesti rasa cream cheese yg kuat kan..kek ni masih mengekalkan ciri2 kek sarawak yang tetap ada rasa moist, pastu dalam setiap gigitan boleh rasa asam manisnya,coklat rice dan rasa lemak2 cream cheese sendiri..
Nak explain lebih2 pun tak reti,kena cuba sendiri baru tau tu..
Yang pastinya,kek nih pun ada penggemarnya tersendiri ketika dihidangkan sebagai juadah di hari raya..

Mengenai warnanya yang oren lak resepi asal memang dah gitu so malas lak rasa nak tukar warna tapi kalau korang nak tukar jadi kaler lain seperti kuning ke.. apa salahnya kan..
Di sini disertakan resepinya sekali bagi anda yang berminat untuk mencuba sendiri..

Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)

Bahan2:

16oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat
1 tin besar serikaya >hasue guna saiz sederhana
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder > hasue x letak
250g tpg hongkong
180g gula halus
200g horlicks
200g cream cheese
Pewarna oren
2 bungkus hawflakes(potong halus)
Coklat rice secukupnya

Cara membuatnya
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu, tepung gandum dan baking powder
  3. Gaulkan cream cheese dan susu di tempat berasingan. Bila sudah sebati barulah dicampurkan ke dalam adunan mentega.
  4. Masukkan vanilla dan pewarna oren
  5. Ambil satu cawan adunan tadi dan kukus sehingga masak
  6. Bila sudah masak,taburkan hawflakes yang sudah dipotong halus
  7. Tuangkan lagi satu cawan adunan dan kukus sehingga masak
  8. Taburkan rata coklat rice di atas adunan.
  9. Ulangi langkah 5-8 sehingga adunan habis.
  10. Kukus sekurang2nya 1 jam selepas lapisan terakhir.
  11. Selamat mencuba!
Note: Macam biasa,jangan lupa kaedah mengukus yang betul iaitu pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus kek yer..

Maaf laa takde gamba yang dah dipotong kecik2..nih dah redi nak pack balik kampung hari tu..hehe..nak tengok gambar potong kecik2 leh refer entri sebelum ni ye..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 27, 2010

Kek Pandan Serikaya (Kukus)

Salah satu kek raya aku buat tahun nih.. kegemaran ramai juga ni..Kek ni tergolong dalam kek yg agak popular juga beberapa tahun dulu.. Ada yang ingat kek kek lumut sebab rupanya yg seakan sama tapi sebenarnya bahan2nya lain dan rasanya juga agak berbeza yer..kek lumut menggunakan tepung badam n nestum tapi yg ini mengandungi perisa horlicks dan kaya dengan rasa pandan..
Kek ni lagi sedap sebenarnya kalau guna serikaya pandan yg berwarna hijau tu tapi memandangkan ia agak sukar ditemui,guna serikaya biasa pun sudah memadai..

Cuba perhatikan warna pada kek kukus yang aku buat ni eh..
Sebelum ni pasti korang pernah dengar kek2 sarawak ni selalu dikukus berjam2 lamanya..tekstur dan warna pada kek kukus yg dikukus lama dan sekadar masak sahaja berbeza sebenarnya..
kek pandan ni..lebih lama dikukus hijaunya semakin tua..keknya lebih tahan lama tapi kelembapannya tetap maintain gitu..tapi kalau bercakap pasal tahan lama sekarang lebih senang dah ada peti sejuk...lepas sehari dah leh sumbat jer dalam aisbox..tahan berminggu2 kek2 kukus gini...cuma perlu bungkus jer dalam aluminium foil atau dalam bekas kedap udara..


Kek yang dipotong tu(gambar di atas ni) kek yang lebih sekejap kukusnya..warna masih hijau muda gitu..so kalau bertandang di hari raya tengok warna kek gini mungkin dia kukus kejap jer ek..hehe..
Kek lumut pun gini gak,sebab tu dinamakan kek lumut sebab warna lumut yg hijau tua..ehe

Oklah,untuk mereka yang ingin mencuba sendiri membuat kek ini di sini dikongsikan resepinya yer..resepi lama dah lama dalam simpanan,dari buku koleksi my sis kalo tak silap.. :)

Kek Pandan Serikaya
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2nya:
16oz(450g) mentega golden churn
180g gula halus
10 biji telur ayam
90g pandan paste(sila rujuk gambar yg disertakan di bawah)
1 tin kecil susu manis
200g horlicks
240g tpg hong kong
1 tin serikaya saiz sederhana

Cara-caranya:
  1. Panaskan pengukus dengan api sederhana-pastikan air hampir penuh supaya air tidak mudah kering.
  2. Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu (sambil terus dipukul dengan kelajuan paling minima) sehingga habis.
  3. Masukkan srikaya, susu manis, horlicks, pandan paste dan tepung hongkong. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati.
  4. Gaul dengan senduk supaya adunan benar2 sekata sebelum dituangkan ke dalam loyang yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung.
  5. Kukus selama 4 jam. Selamat mencuba
Contoh pes pandan yg digunakan dalam resepi ini.. terdapat 2 saiz di pasaran.


Kek Sarawak kukus biasanya memang agak padat tapi lembut..bukan bantat yer.. ;)

Jika taknak kukus lama2,memadailah selama 1 setengah-2 jam sahaja tempoh mengukusnya..

P/s: Mungkin terdapat nama lain lagi bagi kek yg menggunakan bahan sama. Tak perlu keliru ya.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 26, 2010

Salam Aidilfitri Buat Semua.. :)

Masih belum terlambat lagi kan nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..minta maaf zahir batin jika selama berblogging nih pernah menyinggung perasaan mana2 pihak ke..
Lagi satu lama blog ni x berupdate sampai kad2 raya cyber tahun ni pun x tergantung2 langsung harap kawan2 x berkecil hati yer...
Sian yer lama2 lak hidang biskut sarang semut..lepas raya pun duk ngadap sarang semut lg..hihi

Sebenarnya semenjak bulan puasa dah mengalami masalah internet(yg semulajadi dah lembap) yg agak teruk dan semakin teruk semakin hampir raya..
Dah nak raya tu,hubby tukar guna broadband(mobile partner) yg kononnya lebih berdezup tapi tipah tertipu bang..langsung tak boleh view blog..yg dpt tembus cuma facebook jer..itupun dgn bersusah payah..huhuh..
Tak habis2 lg aku ngan masalah tenet yg lencun(bkn lembap dah) nih kan..harap satu hari nanti merasa juga internet laju berdezup haa..sekarang nih kesabaran sentiasa menjadi teman..hehe
Jadinya petang ini tadi nekad habis nak sambung balik broadband lama walaupun cap kuye2 tapi at least tembus juga laa ke blog ni kan..
Rindu banget aku ngan rakan2 blog..pengunjung blog..dan terharu juga bila tengok walaupun tak update ada gak lg yg rajin menjenguk..
Pastuh tengok lak ada new followers..gambar comel2 belaka..hehe..trm kasih sudi follow blog ini..insyaallah akan dikongsi sesuatu benda yg boleh kita manfaatkan bersama..

Jadinya untuk entri pertama di bulan syawal nih aku hidangkan uols dengan kek2 yg menjadi juadah di rumah MIL aku raya lepas..uik,bukan semua aku buat tu..hihih..yg aku buat yg itu..yg ituu...err,yg x berapa cantik tuh aku ler buat..ngeee... :P
insyaallah akan menyusul resepi yg ada yer...

Sekarang nih rasanya ramai yg sibuk buat open house..yg x buat tu pulak sibuk menghadiri undangan yer..jaga2 sikit makan tau,jangan naik berat badan tanpa diduga lak..kang sakit nak turunkan balik..hehee...(ni ingatkan diri sendiri jugak nih)

Buat mereka yg sudah mencuba resepi2 dr sini,ada tu siap minta izin atau maklumkan hasilnya setelah mencuba..semuanya dah dihalalkan dan semoga kena dengan selera masing2 yer..terima kasih buat kalian..
sebenarnya komen2 n mesej2 insyaallah akan dibaca cuma nak membalas ada masanya terlambat atau x berkesempatan gara2 masalah tenet nih..
Apa2pun semoga jalinan persahabatan di alam maya ini terus berpanjangan laa hendaknya..


P/s:Tahniah buat makyung2 yg sudah selamat melahirkan bayi2 comel..dan ada pulak yg sedang menanti hari semoga selamat segalanya tanpa sebarang kesulitan,insyaallah..aminn..

*Banyak benda betul aku nak cerita sampai x tau nak cerita yg mana dulu nih..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...