Monday, April 30, 2012

Nasi Tomok.. Eh! Nasi Komok..sedapp!

Selamat petang.. :)
Esok cuti kan,sempena hari pekerja.. jadi mesti ramai yang nak jalan2 atau tak kurang juga nak spend time dengan family duk kat umah nak masak special sikit ke..kan..
Apa kata korang cuba buat nasi komok nih..best makan ramai2..

Nasi nih kalau baca cerita kawan2 blogger yang dah mencubanya adalah nasi minyak thailand atau nama sebenar yang didaftarkan adalah Khao Mok Ghai..*sebut dengan suara lembut sambil pejam mate jap & kepale sedikit senget.
Memang betul kata kak Ayu, rasanya gabungan nasi ayam+beriani gitu.. cuma rasa lebih kepada nasi ayam sebab istimewanya cili sosnya tu.. bagi menyengat lagi..isk,terasa2 lagi kat tepi lidah ni keenakan sos cili tu dimakan bersama ayam dan nasinya.. dah la aku perah lagi limau kasturi.sedap bangett! Tapi sebab guna cili jarum,tak boleh la letak segenggam..terbako lidah den kang..podehhh!

Mula2 tau pasal nasi komok ni bila Anna yang citer kat FB..
Lepas tu tengok rupanya ramai gak yang dah cuba.. kira dah jadi virus laa ni..jadinya aku pun taknak laa ketinggalan nak mengomok kat dapur sendiri kan.. mengomok takpe,jangan mengamuk sudah..

Aku tak tinggal satu bahan pun dalam resepi nih..kiranya budak baik la kali ni tak derhaka resepi *buat muke cumil jap*
Sebabnya nak rasa yang betul2 asal ikut resepi cuma yang tak memudaratkan seperti kak Ayu tambah tu aku ikut juga.hee..

Minta izin ye nak kongsikan resepinya di sini..kawan2 pembaca blog ni dan rakan blogger yang belum mencuba tu,sila2 laa mengomok..rugi tauu tak cuba. Bahan2 pun insyaAllah mudah didapati.. terima kasih kak Azian, kak Ayu Anna Qawina, Tun Telani dan semua lah yang menyebarkan virus komok ni ye..lenkali boleh buat lagi,suami dan anak2 pun suka.. ^_^

Oleh kerana last nampak sebelum save resepi ni kat draft aritu,aku c n p dari dapur Tun Telani je..cuma aku edit ikut mana aku buat la ye..untuk melihat versi Tun,sila klik link beliau di bawah..

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Minyak Thai
Resepi asal: Azian , Aisya Khuzaimah
Sumber: Anna Qawina, Kak Ayu & Tun Telani
By:HaSue

Rempah Komok

2 sk serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sk garam
1sk gula


Bahan2 Nasi

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
2 bay leaf- optional
bawang goreng
(*Hiris benda bertanda*)-hasue tumbuk separuh lumat

Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. tun masukkan masukkan bay leaf.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, tun lumur dgn lebihan rempah komok). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. tun bakar atas non-stick pan.-hasue tambah serbuk kunyit,garam serta rempah cajun mccormick. Perap kejap baru goreng.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Masih setia menggunakan beras basmathi PUSA.. xtra panjang..hehe
Untuk sosnya yang bagi kick tu...ini resepinya.. sedappp tau...memang lebih kurang sos nasi ayam singapura..

Bahan Sos Cili

1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*- tun skip
gula, garam ,cuka - secukup rasa (tun letak gula melaka)

Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
atau boleh guna sos resepi Anna Qawina:

Sambal/Sos Nasi Khao Mok

6 biji Cili merah *
10 biji CILI PADI * (kalau suka sambal hijau boleh guna cili hijau)
Daun Ketumbar *
2 ulas bawang putih*
1/2 inci Halia *optional
Cuka
Garam
Gula *lebihkan
Akar ketumbar *ketuk2 masuk time masak kuah.


Cara-Cara :

Blender bahan bertanda (*).
Goreng gula buat macam gula hangus karamel..
Bila gula dah cair masukkan sedikit air dan kemudian bahan2 yang dikisar
masukkan garam dan cuka..biar mendidih & masak sempurna.
Kalau tercair, boleh bancuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Rasa sambal..biar ada rasa masam2 manis + pedas sikit2..baru kick!
**Sos/sambal ini juga sesuai untuk pencicah keropok/kuih2..

Aku perahkan lagi limau kasturi masa nak mamam..suka!! hee..

Lupa nak snap sosnya berasingan..yang ada cuma yang dah siap tuang atas ayam ni jer..wallahhh!!

Edited: Lupa nak bagitau, ayamnya ni kutambahkan serbuk cajun mccormick..memang sedapp!!

Apam Tapai Nasi .. yang lembut!

Assalamualaikum... ^_^

Bertemu kita di minggu baru dan hari terakhir dalam bulan April.
Menu kali ni bukan je sesuai untuk sarapan pagi,tapi juga sesuai untuk minum petang.
Resepi apam tapai ni,sangat best! Hasil apamnya lembut,buat petang..masih lembut sampai ke petang esoknya.. dah esoknya lagi tak tau la pulak sebab tak sempat kan..dah abis.hee..
Tapi betul la, apam ni aku yang kureng makan apam2 ni pun leh tertelan beberapa bijik..boleh lak pakai 'ter' kan. tak sengaja laa konon tadi tu..huhuu..

Sebenarnya tapai tu aku buat dalam bekas jer..biasanya aku buat bungkus dalam daun2an.. cuma masa tu kira emergency tak sempat amik daun dah,jadi aku campurkan nasi sejuk tu dengan ragi terus campak dalam bekas..dalam hati tu,kalo takde yang nak makan cam biasa,leh buat kuih kan..
Ingatkan incik suamiku itu tidak la berminat nak menjamahnya sebab bukan dalam daun cam biasa kan. Maklum la dia sebagai penggemar tapai nasi ni memang nak bungkus dalam daun jer.. sekali bila dah merasa tapai tu tetap manis,boleh gak la dia layan.. tapi tak abis gak..tu yang aku tapaikan eh tapaikan pulak..aku apamkan tapai tu..jadilah ia apam tapaii...(ending cerita tu ala2 orang2 tua bercerita gitu..) aa,gitu la sejarah bagaimana aku buat apam tapai ni aritu.heh :D


Cuma, apam aku nih pemalu sikit laa..senyum sipu2 jer.. Aku rasa punca sifat malu mereka ni sebab tapai nasi tu aku buh dalam esbok..Ye la,sebab dah masak jadi tapai kan,kena la buh dalam esbok baru best.. so pada suhu sejuk, apam2 jenis mekar ni kadang2 susah nak sengih lebar.. begitu juga kalau nak buat apam soda tu..pastikan semua kena suhu bilik baru sengih manjang.. selain tu guna api besar pun mempengaruhi la kan.. tapi kalau buat apam guna soda yang baru keluar dari peti sejuk insyaAllah tak mekar.hee

Tapi sebab adunan ni dah peram lama sikit kan tu yang ada gak mekarnya tuu.. tapi hasilnya memang mabeles2..! cubalah... terima kasih sofinar yang kongsikan resepi nih kat myr.

Apam Tapai
Resepi: sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( dlm 30 bj, bgantung pada mangkuk yang digunakan )

1 mangkuk nasi
1/4 biji ragi, tengok la kalau mangkuk kecik kurangkan ragi bgitulah sebaliknya. agak-agak padan dgn nasi la
2 mangkuk tpg beras
1 mangkuk gula
2 mangkuk air
2 sudu teh eno


Cara-cara

Tumbuk ragi hgga hancur, dan ayakkan ke atas nasi sejuk dengan rata. peram tapai nasi ni 2mlm atau 48 jam. Kalau tapai dah berair tak payah 2 mlmpun tak apa.
Campurkan gula dengan tapai dan kacau hingga gula hancur, masukkan sedikit air.
Masukkan tepung beras dan lebihan air tadi kacau hingga sebati
Peram bahan ini selama 5-6 jam
Lastly panaskan pengukus, masukkan eno dan kacau hingga sebati lagi, bila pengukus dah mendidih boleh la di kukus selama 15 minit.

Tak semua sengih..yang putih suci tu paling pemalu takmo senyum jadi kita suruh dia bergambar kat belakang je..ahak

Merujuk resepi sofinar kat atas yang kat bawah ni versi aku buat..kongsikan kat sini gak senang untuk rujukan di masa mendatang..sama jer cuma aku sukat guna cawan.. :)

By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

1 cawan tapai nasi-boleh beli atau buat sendiri(cara buat rujuk resepi di atas)
2 cawan tepung beras
3/4 cawan-tapai dah manis(kalau tapai yg digunakan kurang manis tambah gula ye)
2 cawan air
1 peket kecil ENO

Cara2:
masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. perap selama 5-6 jam(tutup bekas tau). Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan jika suka.
Kukus menggunakan api besar selama 15 minit. Pastikan pengukus sudah mendidih ketika mula mengukus

Kali ni buat ler kaler BIRU..hee.. yer akak2 adik2 sekalian..kaler biru yang santekk!haha.. ;P

Apam ni berbeza lembutnya tak gebu cam apam mekar biasa tu..tapi lembutnya cam spring..tapi tak kering..hehe..camana tu.. kena cuba sendiri la yer..
Biasanya aku makan apam panas2 suam tu je..yang ni sejuk2 pun syok nak dibaham..hee..dah macam rimau lak. :D

Friday, April 27, 2012

Roti Jala Dwi Warna

Assalamualaikum...!

Selamat bertemu kembali...
Hah. Kan dah kena warning nak kena piat telinga sebab tulis entri pendek2 semalam.. Sapa suruh tulis pendek2 macam abis ink kan. <-spekulasi ni memang tak boleh blah..
Sebenarnya tulis pendek2 semalam tu sebab dakwat printer nak abis..hee..boleh kut pakai alasan gitu :D
Tapi sapa2 yang perasan entri aku tu pendek sayanggg korang ketat2..prihatin yang amat.hahah..tapi takde laa aku merajuk yer.. ;P

Pagi nih meh aku hidangkan korang dengan roti jala... kalau kuih jala lain kan..kalau kat sarawak ni kuih jala yang rangup tu..yang kita makan habis berserdak tu ha..tau tak ek? Kat tempat korang panggil apa agaknya ..
Takpelah,sekarang layan jela roti jala ni ..

Selera orang baru baik dari demam aritu kan..nak makan kuih tapi taknak kuih yang manis..tu yang gi menjala tu..dapat laa bawak balik beberapa bijik. Mencuba2 lak guna botol mayonis 3 serampang mata yang dihadiahkan oleh seorang teman tapi mesra pada tahun lalu.

Korang baca tak aku tulis tadi? Tahun lalu dah dihadiahkan botol kat gambar bawah ni baru aku nak guna tahun ni..bertuah betul kan..lama botol2 ni duk melepak dalam kabinet sebab aku jarang nak gi menjala ni..
Sekali aku buat corak dan kaler2 gini,berminat laa pulak budak2 dan bapak budak nak makan.huh. cam budak2 si bapak budak ni.. padahal aku pun sama gak..saja je aku nak mengata si bapak budak sebab nak kaver diri sendiri.ahahak.. ;P

Terima kasih buat yang menghadiahkan botol2 ni,semoga makin murah rezekinya sekeluarga. :)
Aku tak mahir lagi laa wat santek2 ni.. tapi aku eksaited sangat membuatnya sebab pestaim guna botol ni. Korang sila laa eksaited sama melihatnya..tak eksaited pun sila laa buat2 eksaited yer takut aku kecik ati kan..huahuahua..
Dah!Amik resepi ni pulak.. tu pun kalo nak laa kan.. rasanya ramai dah tau buat ni. Aku je jarang2 nak buat..hehe..tapi aku suka buh butter dalam adunan kuih jala ni. :D

Terima kasih kak Ummi dan Kak Nor atas resepi simple ni..saya kopipes sewenang2nya dari dapur kak Nor jer yer..nah duaposen!Jangan lupa bahagi 2..hee..

ROTI JALA
Sumber : Ummi Kuantan & K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning - atau pewarna pilihan
1/2 sb buttercup <-hasue tambah

Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.-jika ingin membuat 2 warna,bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan ikut kesukaan.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


Aku makan ngan kuah sardin jerkk.. Korang nak? Amik kat bawah tuu...

Dah macam2 pesen jek. Eh eh! Lagi satu kan.. aku suka laa kalo terlebih garing! Yang terasa rangup2 sikit tu..adui sedap tauu..tak caya,cer cuba sekeping dua,buat garing sket..cicah dulu..waduhhh..!

Thursday, April 26, 2012

Chocolate Cheesecake Brownie

Jom layan brownies cheese+coklat lak pagi ni.. sedap!

Terima kasih kak nor dan kak rima...

CHOCOLATE CHEESECAKE BROWNIE (by Donna Hay)
Source : Rima & kak Nor
By:HaSue

Ingredients
185g butter, melted (i used unsalted and added 1/4tsp of salt)
1/4 cup cocoa powder, sifted (i used valrhona)
1 cup caster sugar -hasue letak 3/4 cawan je ~ k.nor guna gula perang
2 eggs
1 cup plain flour

Cheesecake
285g cream cheese, softened and chopped
4 1/2 tbsp caster sugar ~ k.nor guna 3 sudu besar
2 eggs

Method
Preheat oven to 160 degree C
Place butter, cocoa powder, sugar, eggs and flour in a bowl and mix well until smooth
Spoon into a 8" square slice tin line with baking paper
To make cheesecake, process the cream cheese, sugar and eggs in a mixer until smooth
Place large spoonfuls of the cheesecake mixture on top of the chocolate mixture and swirl with a butter knife
Bake for 45-50 minutes or until set

Part nak swirl tu lupa nak buat..tu yang takde corak.. :)

P/s:sesekali buat entri pendek gini best jugak eh . tak semak mate korang bace ye dak?hehe

Wednesday, April 25, 2012

Puding Jagung Gula Melaka

Assalamualaikum.. hai..! :)

Petang baru nak kuar entri ari ni yer..maklum laa sebelah pagi tadi cuaca redupp..jer. Sedap sungguh ngeliang ngeliut atas tilam sampai keberatan nak membangunkan diri selepas tergolek balik pagi tadi tu.. bukan laa nak kembali terlelap,tapi nak blogwalking membalas kunjungan rakan2 blogger tapi sempat menembusi beberapa buah blog je sebab tenet pun ikut ngeliang ngeliut gak lemaunya..kesejukan kot!sabo jela..huhu..

Oklah,menu untuk tayangan amal hari ni adalah puding jagung..siapa suka?siapa suka? Cepat angkat jari kelingking! Tapi bukan nak bagi laa..nak suruh buat sendiri je..hee.. :D
Puding ni best tau..bezanya dari puding jagung yang biasa tu ia dimakan bersama kuah gula melaka.. kalau makan puding tu sesaja takde ke'best'an la kan sebab tak bergula..kalo malas berkuah buh je gula terus dalam puding tu tapi tak best gak la kan.. best ek?ikut suka laa ek... hehe..

Nih pudingnya..belum dimandikan dengan air bunga kuah gula melaka lagi..

Terima kasih buat kak long atau kh267tm yang berkongsi resepi nih..di sini aku lampirkan pula di sini agar mudah untuk dirujuk kemudian hari..atau untuk kamu yang ingin mencuba.. jangan amik gambar dalam blog orang tanpa izin ya..tak baik!Tapi kongsikan resepi tak mengapa.. :)

PUDING JAGUNG GULA MELAKA
Resepi:kh267tm@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( dpt 10 acuan mangkuk/bekas kecil... )

50 gm tepung hoen kwe-hasue guna brand NONA
1 sdm tepung kastard
800 ml santan / freshmilk
1/2 tin jagung whole kennel
1 sdt garam

untuk topping :-
150 gm gula melaka
3 sdm gula pasir
1/2 cwn air


Cara-cara
  1. Masak gula melaka , gula pasir dan air hingga mendidih dan gula larut..ketepikan.
  2. Satukan bahan2 lain dan masak hingga pekat(membentuk kepingan kerak nipis). Tuangkan didlm mangkuk acuan dan sejukkan.
  3. Setelah sejuk , dinginkan di dalam peti sejuk.
  4. Untuk menghidang..keluarkan puding dari mangkuk/bekas dan siramkan gula melaka diatasnye.
Teksturnya lembuttt..sedappp mamam sejuk2 tau!!cam tau fu far? ermm..lebih kurang laa..hehe.. kiranya tak sesuai untuk dipotong2..memang sesuai buh dalam bekas kecik2.. selamat mencuba!

P/s: Sebenarnya senang amat nak buat.. buat syrup tu..kacau je atas api kejap,ketepikan. Pastu kacau semua bahan lain sampai pekat dan tuang dalam acuan..dah siap! Mudah kan? ;)

Tuesday, April 24, 2012

Kek Batik Coklat versi Beragar2..

Assalamualaikum kawan2..
Alhamdulillah bertemu kita lagi nampak gaya hari ni.. 2 hari skip berblogging lantaran kesihatan kurang memuaskan..nak ngadap lappy pun takde selera,inikan pula nak ngadap makanan.. sempat cik abg bawa gi makan mee sup tulang yang terbilang sedap..tapi selera setakat hirup2 kuah sup tu dengan manja jer.. terasa seperti mengalami morning sickness pun ada..sebab masa duk ngadap makan tu rasa loya jek..huu.. Semalam pulak dia belikan sate kegemaran tu..memang semangat je makan tapi rasa tu kurang tapi tetap kutelan..syukur lah hari ni dah ok banyak walaupun belum ok sepenuhnya. Mudah2an ok lah nanti..terima kasih buat suami dan anak2 yang menjagaku ketika kurang sihat a.k.a demam sampai tolong menguruskan anak2 pun tak larat bangun daa semalam..penting kena taip kat sini sebab tanda penghargaan untuk mereka baca suatu hari nanti..insyaAllah. :)

Beralih kita kepada celoteh kek batik coklat ni..nak celoteh panjang sangat pun tak larat lagi kot..tengok la sampai mana jari ni larat menaip.hehe..uzur benar ke..tak ler,cuma masih perlu berehat je. Jarang2 demam ni gini la kan..sibbaik dah boleh uruskan anak2 dan suami..huhu..

Kek batik coklat resepi asal dari Mylla.. seperti sedia maklum aku dah gunapakai resepi nih banyak kali dah sebab kami sekeluarga sangat suka akan rasa kek batik yang kaya rasa coklat nih..

Untuk rekod,(dah macam blog mazidul la pulak kan)..sila rujuk entri SINI, SINI,SINI, SINI dan SINUN.. (gigih ok,track link nih)rasanya takde link tertinggal kot.. itu adalah link2 entri yang telah aku postkan mengenai kek batik coklat ni..tu tak termasuk yang ada ku buat tapi tak di post dalam blog..sila klik entri2 di atas untuk rujukan..nak rujuk kat blog kawan lain sila2kan la yer..

Untuk kali ni,resepi sedikit diolah khas untuk mereka yang taknak coklat melting atau mencair..sesuai untuk perjalanan jauh ke..atau untuk tempahan ke.. Teksturnya of coz lain la dari asal ye,tapi rasa masih kaya dengan coklat..cuma rasa cloud 9 tu dah takde.hehe..kira tak sememeh la nak pegang ek..untuk budak2 memang sesuai gitu..

Hasil idea Noorsha,buh agar2 ala2 chef katanya..jadi aku buh ler agar2 sepeket yang 7g tu terus memandangkan tu je dalam stok.. Pada masa yang sama, Izah juga dah cuba idea ni..dan rasanya beliau sukakannya..aku tertunggu2 entri ko jah..senang aku nak kopipes tapi aku tunggu dan menunggu tak kuar2 gak..huh..
Apa2pun , selamat mencuba kepada mereka yang ingin mencuba ya..

Terima kasih kat bakal besan,Noorsha, Izah dan Anna yang menjadi pemangkin idea gaya hidup masa kini.. semoga idea ini memberi impak positif kepada teman2 yang ingin mencubanya sendiri..Tidak lupa juga buat yang punya resepi asal,Mylla..terima kasih ya!

Kek Batik Coklat versi Beragar2
Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
Idea :Noorsha@noorsha.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis- manisnya ikut citarasa sendiri
* biskut meri secukupnya
*7g serbuk agar-agar
*1/2 cawan air

Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan l
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal..

Inilah teksturnya dari dekat..
memang takkan melting punya..hehe..
Tapi secara jujurnya, aku masih menyukai rasa dan tekstur yang ala2 cloud 9 tu.. ini terpulang pada selera masing2 ya.. jangan marah selera aku pulak..aku demam balik kang ha.. ugut nih! TAPI akan datang tak tahu lagi laa kan..kot2 selera berubah gitu..
Yang pasti, kek ni memang best layan di kala sejuk ..
Tak pernah cuba lagi?? CUBALAHH...


Saturday, April 21, 2012

Cucur Milo Express Kak Besah

Sarapan apa u olls pagi ni? Apakata buat cucur ni untuk minum petang atau sarapan pagi.. anak2 pasti suka sebab ada cip coklat..
Dicadangkan oleh bakal besan yang duk PD nun..jauh di mata,dekat di hati gitu..hehe.
Budak2 suka je makan..mak budak tumpang la ngunyah2 sekali kan..sedapp!

Terima kasih buat Noorsha yang cadangkan buat cucur ni dan kak Besah empunya resepi asal ni..minta izin yer dikongsi di sini pula..
Kak besah ni banyak juga menyumbang resepi kat Myr..nama resepi pun unik2 gak..dari nama kak besah sendiri,sampai anak ke MIL serta ke jiran2nya pun ada..hehehe... tu tandanya betapa dia menghargai orang yang share resepi dengan beliau..sila rujuk SINI untuk resepi2 dari kak besah..

CUCUR MILO EXPRESS
Resepi: Kak Besah@myresipi.com
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 2 pinggan penuh )

31/2 cawan tepung berserbuk penaik (self rising flour)
1 biji telur besar
1 cawan gula pasir
1 cawan air (nk lg best tukar ngn apa2 air susu)
3 sudu mkn milo
secubit garam
sedikit coklat cips - opt
1 sb buttercup-hasue tambah

Cara-cara

Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
blend (dgn blender cili) telur,gula,garam,air & milo hingga berbuih & gula hancur.
campurkan bhn blend td ke dlm tepung,gaul sebati hingga menjadi adunan yg pekat.tambah air jika perlu.masukkn coklat cips & gaul rata.
sudukan adunan @ gunakan tangan utk membentuk bulat adunan ke dalam minyak panas.goreng hingga luar nmpak garing. api jgn besar sgt.
boleh la dihidangkan.

Nota HaSue; setelah api panas,mula menggoreng dengan api perlahan dan sentiasa dijaga kerana cucur memang mudah garing dan masak..

Best je ngunyah ada ceklat cips kat dalam tu kan..

Aku buat separuh adunan tapi buh milo tetap 3 sudu.hehee..minyak gorengan tu pun bertukar ceklat gak.. :D

P/s:Kalau Milo dah abis stok tu,pandai2 laa cari kat dapur Kak Chah..dia ada je stok milo untuk diratah...hahaha...jangan marah ye kak chah. nah cucur seketui.

Friday, April 20, 2012

Chocolate Chips Brownies

Macam tak mewah je dengan coklat chipsnya brownies aku ni ha..
Padahal dah campak sewenang2nya coklat chips yang ada sempena nak perabiskan stok.
Tapi bila kunyah baru terasa duk dalam limo sebab mewah dengan coklat..
Sedap lah pulak kan..tak caya cer cuba..cer cuba!

Saiz loyang yang sesuai rasanya 8".Kejadian brownies aku rendah terlampau sebab guna loyang saiz 9.Sebab dah gris loyang tu nak buat menu lain tapi terbuat lak menu nih.hee..
Terima kasih kepada kedua makcik loyang yang menyebarkan resepi ni..ada lagi kot yang dah cuba maaf ye kalau tak perasan...dihebahkan pula resepinya di sini..selamat mencuba!

CHOCOLATE CHIPS BROWNIES
Sumber: hanamemories.blogspot.com & izahdaut.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips


Cara-cara
Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.

Jemput ye amik sepotong sorang..

P/s: Maaf kalau ada yang belum sempat berkunjung balas...nanti akan berkesempatan insyaAllah..

Smoothie Tembikai Bersama Aiskrim Vanilla..

Panas membahang jer cuaca sebelah siang beberapa hari ni..tau2 nak hujan rupanya..patutlah..

Hari tu beli laa tembikai orang jual tepi jalan, sebiji kuning..2 biji tembikai merah. 3 biji tu rm35 ko.. Mula la insap kejap..dan keluar babak2 flashback :- dulu kalo duk kat kampung tak pandang pun tembikai yang bergelimpangan kat dapur.. kadang2 kalau ada yang dah disejukkan baru nak makan..sebab banyak tembikai hasil kebun ayah masa tu kan,tu yang tak heran je.hehee...
Tapi tak kisah la kan,nak makan punya pasal,mahal sikit pun beli jugak..
Yang geramnya, buah yang ketiga tu masih pinkish lagi..biji masih keputihan gitu...eh semacam je ayat aku guna.ah lantak la kan..janji paham..

Jadi yang masih pink tu,belum merah pun lagi..aku kerat2,potong2 bersama sedikit yang merah aku bekukan.
Lepas tu aku buat laa smoothie resepi kak Yani nih..
Nak minum tu aku teringat lak ada aiskrim vanila tu kan.. aku cedok masuk dalam gelas pastu aku tuang cemuti atasnya..cedok lagi eskrem..tuang lagi cemuti..gilir2 gitu
last tu aku tabur laa ceklat chips pastu aku taruk sekut roll belen2 zhariff tak abis sepeket tu skali..(terus terang betul kan)


Dan kejadiannya..

Best sangat aku santap sorang2..Cik abg lum balik masa kejadian menyedapkan anak tekak ni berlaku. Anak2 aku bagi dalam gelas plastik je. zalim je bunyinya tapi tak dapat bayang nak bersihkan kaca kalau gelas pecah.huuu..takut ada belen tu terpijak lak kang..hadui..ngeri!

Apa2pun Jom lah buat smoothie best nih.. resepi kak Yani lagi..terima kasih kak! Sebelum ni dah cuba gak,boleh tengok di SINUN..
Dah ramai yang buat,kan??rugi laa kalo tak terbuat2 lagi sedangkan tembikai banyak ke kan..

Kali ni aku tambah aiskrim vanilla ye,dan sedap dimakan guna sudu,cedok2 ala2 puteri gitu..err,takde ye watak puteri makan aiskrim?

Watermelon Smoothie
Resepi: Yani@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.
Sedia utk diminum :)

Gambar mengandungi sedikit unsur kejam untuk ditatap ketika cuaca panas..heheheee.. ;P

Tumis Sulur & Batang Keladi.. cedapnyerr!

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi,alhamdulillah.. semoga kita sama2 memanfaatkan hayat yang masih berbaki dengan urusan2 yang halal..

Ini gara2 tergoda melihat menu di dapur Zalia semalam, sulur keladi dengan ikan masin tu..pehh!
Jadi aku dengan gigihnya pergi melawat kebun kecilku di belakang rumah dan mula operasi mengerjakan sulur dan batang keladi..
Hebat sungguh penangaan batang keladi ni..sebab ia antara menu kegemaran my laling..tu yang sanggup gi siang batang keladi sendiri..
Terima kasih laa buat zalia sebab remind ada kebun keladi kat belakang umahku itu dengan menayang menunya tu ha..
Sebelum ni kalau teringin pun memang beli yang dah siap2 siang(dipotong2) tu..senang keje. Ada kebun dah membiak2 kat belakang tu pun buat tak tau je..amik isinya untuk dibuat kuih pun baru berapa kali. Kalau tak tanam selalu pulak nak membeli. Bukan tak rajin nak ngerjakan,cuma tak cukup seru jer..(peh,berpeluh aku pikirkan alasan ni)hehe..

Ada kisahnya..syhh!dendiam tau..segan aii.
Sebenarnya kan(suara pelan je nih),aku pernah laa tolong arwah mak aku nak mencabut keladi ni dibuat gulai kan..masa tu umur kecik lagi,sekolah rendah.
Kebun keladi tu depan umah jer..(sila bayangkan aku di usia itu sangat comel ye..hakhak.. )
Masa tu memang teruja tengok mak aku cabut keladi pastu kupas kulit batangnya yang muda mudi tu...potong2..(dia buh dalam besen/bekas yang berisi air) selain tu isinya pun amik gak sikit..(secara tak langsung aku bagitau la ni cara2 siang batang keladi)

Dengan perasaan mengada2 dan ikut teruja, aku pun kata nak cabut juga..sebab tanah gambut dan subur..ia tak ler memerlukan kudrat yang banyak sangat..
Tapii..tapiii tapii.. setelah ku cabut,"makkkkkk..!!!!" terkejutt!!huwaaa..stress ok..!
Ada ke patut beberapa ekor cacing tanah yang sihat2 dan obesiti duk bergayut dan berpaut sambil goyang2 kaki badan kat tanah yang melekat kat akar keladi tu... terus aku masukkan balik dalam tanah..masa tu aku takut kalo aku campak cacing tu akan berkeliaran..kakakaka.. Lepas kejadian tu,aku malas nak masuk campur dah..tapi makan masih reti pulak kan..

Aku rasa semenjak tu aku memang fobia tengok cacing nih banyak2.. Pastu kan,aku rasa itu jugak faktor kenapa orang tak berapa nak mengajak aku kalau nak gi mancing udang galah ke sungai. Sebab kalau aku ikut gak,mesti mereka stress sebab diorang yang terpaksa pasangkan umpan untuk pancing aku..hahahak.. pendek kata ikut tu nak nyusahkan orang jerlaa kan.. nak buat camne dah takdir.ngeheee.. Tapi sebenarnya dorang baikkk.. memang sukarela jer pasangkan umpan..walaupun masa tu udang ngah galak makan pancing diorang kan,aku jugak tergedik2 masa tu minta pasangkan umpan yang dah habis.. penyabar diorang ni..(kena la puji lebih takut kutuk lebih kang orang tak ajak dah gi mancing :D
Nanti satu hari aku berazam nak berani gak pasang umpan sendiri..pakai glove ke camne ke kan.nanti kite fikirkan.huhuu..udang ni pun satu! Apsal tah suka makan cacing jer..cuba la makan roti ke,mi goreng ke kan.. <-motip marahkan udang??

Oklah..panjang lak cerita pagi nih..aku ingat tadi nak intro sikit jer..heh.
Jom laa layan resepi pulak..ala,resepi simple2 jer..tapi sedappp amat!!(masuk lif,tekan gi tingkat 10)

Best sangat makan bila dah diperah limau kasturi..sebab my laling tak suka perah limau,aku perah ler atas pinggan sendiri jer..nyummm2 :D

Tumis Sulur@Batang Keladi
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Batang keladi/sulurnya yang sudah dibersihkan.(ambil juga sedikit isi keladi dan potong berbaji kecil2 dan asingkan)- banyaknya ni agak2 satu famili makan..kalau yg dibeli tu sepeket gitu ler
1-2 tangkai cili merah(kalau nak pedas tambah cili api ikut selera)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu mkn udang kering/ segenggam ikan bilis*
1 inci belacan*
Garam dan perasa/gula
2 keping daun kunyit-hiris@racik halus
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Limau kasturi-(optional)

Cara2:
  1. Kisar bahan bertanda * menggunakan pengisar kering atau ditumbuk halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan isi keladi yang diasingkan terlebih dahulu tadi dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan biarkan empuk.
  4. Setelah isi keladi empuk dan air dah mengering,(pastikan jangan hangus) barulah masukkan batang dan sulur keladi dan kacau rata2.
  5. Biarkan layu sebentar dan barulah masukkan air separas sayur keladi tadi.. Tambahkan garam dan perasa/gula dan tutup periuk)
  6. Tunggu sehingga masak,sebatikan rasa. Jika air dah kurang sangat,boleh la tambah tapi jangan terlampau banyak nanti tak sedap..
  7. Masukkan daun kunyit dan padamkan api jika rasa sudah memuaskan.
  8. Jika suka,perahkan limau kasturi ketika menghidang atau setelah mencedoknya ke dalam pinggan nasi anda.. sedia untuk dinikmati bersama lauk sampingan seperti ikan masin.
Aku suka masak batang keladi ni betul2 lembut..best sangat! Daun kunyit antara bahan wajib ada kalau nak masak menu nih..tanpa daun kunyit,macam something missing jer..kalau orang jual tu pun biasanya diorang sertakan daun kunyit gak.hehe..

P/s: Aku guna sarung tangan plastik yang nipis tu untuk menyiang daun keladi ni so tak risau dengan getahnya tu.. kalau korang takde,boleh ikut tips Zalia:
"Tips untuk cuci tangan lepas bersihkan sulur ni sebab getah2nya.
Cuci dengan air limau nipis, kemudian gosok dgn berus dawai cuci periuk.
konpem pastu tapak tangan & jari bersih..."

P/s lagi: Orang kata sulur keladi ni elok untuk selusuh orang nak beranak..korang pernah dengar tak?

Thursday, April 19, 2012

Kuih Apam Jepun.. seronok membuatnya!

Pernah dengar? Pernah tengok? Pernah rasa? ..dan ayat paling berlagak nak tanya,pernah buat sendiri?hehehe.. :P
Iskh.. memang teruja sekali ketika membuatnya..aroma dah macam bau kat pasar malam!

Kat resepi asal nama pendaftarannya kuih jepun jer..aku je memandai tambah nama samaran jadi kuih apam jepun sebab kat tempat aku dikenali apam jepun..hee..teksturnya macam apam balik tapi paling dekat dengan rasa kaya ball. Cara pembuatan pun lebih kurang dengan kaya ball..maksud aku yang buh inti semasa dibakar tu ha.. :D

Buat ni untuk minum petang semalam..adun setengah adunan jer dari resepi.. siapkan adunan sebelum masak tengah hari,lepas makan2 kemas2 dah boleh mula menguih(rosak bahasa). Aku perap tak lama,kes tak sabar nak merasa..tak sampai 2 jam pun..tapi alhamdulillah,jadi juga dengan gebu dan lembuttt sekali..

Aku tak guna acuan dier yang sebenar..aku guna doh/biskut cutter yang molat2 tu..jenis stainless steel..jangan korang guna jenis getah pulak yer..nanti lebur lak. Tu takde keja cari keja namanya. Lepas tu bakar atas nonstick pan dengan api perlahan..memandangkan acuan aku tu ada 2 saiz,jadi kuih jepun aku pun 2 saiz..dan perlu banyak sabar laa menunggu abis sebab ada dua bekas je kan.huhu..janji siap. Kalo korang rajin, gi cari kat kedai2 baking atau kedai2 acuan kuih..ada yang bentuk bulat2 tu ye laa kot.. kalau nak tau rupa acuan sebenar,gi klik kat link yang disertakan dibawah ni ye..kat nama penyumbang resepi..
Kat sana korang boleh lihat cara2 bergambar macammana nak buat eh..

Terima kasih buat kh267tm @ dikenali sebagai kak long di Myresipi.com atas resepi best nih.. Minta izin nak share kan pula di sini ye kak.. :)

KUIH APAM JEPUN
Resepi:kh267tm@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:(dpt dlm 30 lebih..akak guna acuan kecil (g/pusat 2") )-hasue buat separuh adunan

500gm kacang merah * se elok nye direndam 3-4 jam supaya cpt empuk)
gula pasir 4 senduk lauk yg kecil * (boleh ditambah...ikut selera memasing)
3 helai pandan disiat & simpulkan *
sedikit garam *
rebus bahan2 diatas sehingga empuk dan jadi paste seperti inti kuih pau...ketepikan (yg bagus inti di buat 1 hari sebelum) - hasue guna inti readymade boleh didapati di kedai bakery supplier

500gm tepung gandum
40gm mentega
2 sdt penuh instant yeast **
1 sdt gula pasir **
1-2 sdm air suam **
campurkan bahan ** gaul rata..biarkan sekejap...hingga berbuih & mengembang
3 biji telur - untuk separuh adunan hasue guna 2 biji telur saiz C
510ml santan (dari 1/2 kelapa)..panaskan hingga naik wap aje...sejukkan
1sdt potas (boleh gantikan dgn 1/2 sdt baking soda + 1/2 sdt baking powder)
160gm gula halus
1/2 sdt garam & sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla (klau suka)

Cara-cara:
  1. Tepung dan mentega di gaul jadi saperti habuk roti...ketepikan
  2. Telur dan gula dipukul hingga hancur kemudian masukkan santan ,yeast , garam, dan potas / bsoda & bp..gaul rata.
  3. Masukkan adunan tadi kedlm bekas yg berisi tepung..gaul rata.
  4. Blend kan sikit adunan tadi utk mendptkan tekstur yg lebih halus.
  5. Bubuhkan sedikit pewarna kuning...kemudian diperap selama 4-5 jam
  6. Lengserkan sedikit minyak dgn menggunakan tisu dapur ke permukaan kuali leper (syarat jer..) susunkan acuan diatas kuali...
  7. Sebelum tu sapukan mentega pada acuan..letakkan adunan 1 sudu besar kemudian bubohkan inti kacang tadi..masak dgn api yg perlahan supaya tk hangus..
  8. Kalau nk tau bila boleh terbalikkan...tolak(gerak2kan) sedikit acuan tu ..kalau dah tak melekat makna nye dah boleh...terbalikkan acuan tu kena cepat2 supaya adunan yg sebelah atas tu tk tumpah...
  9. Terbalikkan acuan tu gunakan penyepit sbb besi tu panas...klau dah pro tk pe..hehehe
  10. Kalau yg sebelah lagi tu dah masak...kluarkan dari acuan..sapukan sedikit mentega diatas nye...boleh la disantap... :)
Famili sukaaa sangat! Lain kali boleh la buat lagi..

Inti boleh dipelbagaikan ikut selera ya, aku buh inti kacang merah(tp kehitaman cam kcg hitam lak) yang siap dari kedai bakery jer.hee.. selain tu ada juga buat inti seri kaya, kalau ada peanut butter,jem ke..korang campak je ikut suka.

Buat juga perisa pandan.. dah adunan nak habis tu tambahkan sedikit paste pandan untuk warna,perisa dan aroma pandan..
Jemput laa amik seketul sorang..nak banyak kena buat sendiri lah ye..SELAMAT MENCUBA
:D


Update:
Buat kak Zana dan yang nak tengok acuan yg saya guna..ni ler dia.hee.. Sebenarnya satu set ada 3 saiz..tp yg satu tu beso gedabak sangat la pulak nanti. Dan ring saya guna ni ada bergerigi kat hujung satu lagi(cutter sebenarnya ni..) pastu lebih kecil dari yang rata tu kan...jadi selepas masak bawah,terbalikkan..tunggu masak kejap,terbalikkan lagi baru boleh lepaskan dari acuan..hehe.. kalau yang guna acuan khas tu lepas balikkan,boleh je lucutkan terus atas bawah sama besar..
Lagi satu yang nak guna acuan telur tu rasanya terlalu rendah kot..nanti gigih lak nak terbalikkan acuan tu kan..
Jadi kalau ada ring yang sesuai guna jer..janji bahagia.. eh! janji bahagian bawah tu(rujuk acuan belah kanan) betul2 rata kat dasar..so adunan tak keluar yer.. :)

Wednesday, April 18, 2012

Inilah Dia.. Kek Kelasi Mabuk

Yup. Korang tak silap baca nama kek ini..nampaknya Sarawak masih mengekalkan keunikan nama dalam setiap kek yang dihasilkan.
Agaknya kek yang ini dinamakan sempena seorang kelasi yang baru pulang dari belayar tapi masih mabuk2 laut tetapi tetap boleh mengatakan kek ini sedap semasa kek ni pertama kali dibuat kot..hehee.. itu andaian aku jer..

TAHNIAH kepada 3 orang terakhir yang berjaya meneka pada entri sebelum ini..
Ramai yang meneka kek lumut tapi maaf ye,iras tu ada..tapi bukan..bahan2 pun lain sikit la,warna jer sama.hee..apa2pun terima kasih sebab sudi main teka2 semalam ek..sayang korang!
Seperti yang aku agak, hanya orang yang pernah buat atau yang pernah makan jer boleh teka kek ni dengan betul sebab kek ini belum begitu diketahui ramai.. sebab tu saja2 aku close-upkan kat bahagian tengah kek tu semalam..sebab di situ 'kunci' kelainan kek ni.

Termasuk laa aku sendiri,baru pertama kali buat ni.. resepi dah KIV dari tahun lepas..hee..
Itupun setelah seseorang bertanya pasal resepi ni baru aku tercari2 dan menemui seseorang yang tahu..


Terima kasih kat Kak Lynda yg sudi kongsikan resepinya. Masa tu memang excited giler nak cuba sebab tengok cara dan bahan2nya serta cara pembuatannya yang unik sedikit dari kek2 sarawak yang biasa.. Tapi masa membatasi segalanya..tapi akhirnya berjaya juga aku buat..dan lepas ni pasti buat lagi dan lagi..dah masuk list untuk kek raya nih..eh?

Mujur,beliau tidak kedekut keberatan nak share resepi kek ni..dapat juga aku merasa kek nih yang pada aku memang unik lah.. :)

Cuma kejadian kek aku nih ikut imaginasi je..sebab tak pernah tengok pun sebelum ni,apalagi merasainya sendiri..tapi bila ada yang teka betul semalam tu aku rasa dah jadi laa tu.. :)

Jadi memandangkan ada yang dah teka betul,hadiahnya korang kongsi ramai2 yer.. 'mahal' tau hadiah(resepi) ni..dah minta izin kak Lynda hari tu nak kongsikan kat blog aku ni.
semoga kak Lynda yang berkongsi resepi nih juga semakin dimurahkan rezeki hendaknya..begitu juga empunya asal dan idea untuk resepi ni..terima kasih semua!
Minta izin ye dipanjangkan resepi di sini pula :)

KEK KELASI MABUK
Sumber Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2nya
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlick
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

Caranya

Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
4. Guna acuan 9x9inci.

Note:
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

Kek ni teksturnya lembut,lembap seperti kek kukus lain jugak..tapi sangat best,sangat sedap! Bila kita makan pada gigitan pertama kita akan merasai perisa pandan(seperti kek2 sarawak biasa tu) tapi bila sampai pada lapisan putih tu,memang terasa perisa limau kasturi dan kelembutan meringue tu sendiri..hmm memang harus dicuba sendiri..!

Kalau rajin,boleh la korang buat kek ni berlapis2 lagi..tapi adunan meringue tu kena la betul2 menjadi ye..sila rujuk link kat atas tu untuk membuatnya..atau klik SINI..lagi satu, paste pandan tu gunalah yang jenis pekat tu..rasanya kat Sarawak mudah didapati di mana2..kat semenanjung tak sure pulak.

Oh ye,puan2 sekalian..jangan takut..kek ni tidak laa terlalu manis meleting seperti kek2 sarawak zaman dahulu kala.. kalau korang jenis yang boleh telan kek2 coklat,kek aising tu..this is nothing laa..hehe. manisnya yang sedang2 saje..apatah lagi ada rasa limau kasturi tu kan,so memang kek ni tak manis sangat jadinya :)

Jadi..Selamat Mencubaaa!!!

P/s: Apa kata korang kongsikan link masing2 pada petak komen di bawah setelah mencuba sendiri.. dapatlah pengunjung berkunjung dan melihat sendiri kejadian kek korang pula nanti.. ^_^

Tuesday, April 17, 2012

Psstt!! Cuba teka apa itu..

Oklah,aku bagi klu. Klu pertama, makanan.. klu kedua adalah kek.. kalo korang tera..cuba teka kek apa? hahaha..giler kejam punyer teka teki...
Baik,aku bagi klu ketiga, kek ni sedaappp!!! :P

oklah,kalau tak dapat teka nama kek,cuba describe apa benda kat kek tu ke..bahan2 yang diperlukan buat kek ni ke.. orang yang share resepi ni kat aku adalah dilarang keras menjawab..ekeke
Haa,jawapan yang paling best dan jawapan terdekat serta menepati citarasa jawapan yang aku nak akan dapat hadiahnya..hadiahnya adalah: aku akan share resepi kat blog ni..hahaha..

P/s:sebenarnya terpaksa keluar atas urusan penting nih.. jawapannya akan menyusul di entri seterusnya..hii.. mana tau ada yang jawab best kan,aku baik ati nak bagi hadiah gak..haa.. :D

Monday, April 16, 2012

Sepetang Di Pantai Mukah.. terjumpa belangkas pulak!

Hujung minggu baru2 ni pergi melawat anak bujang kat asrama..maklum,bukan minggu balik kampung.. ada masa terluang tu pergi laa melawat dia kejap ..
Dalam perjalanan pulang tu kitorang singgah pula kat pantai Mukah ni..cuma beberapa meter dari jalan raya..Oh,diulangi..Mukah yer bukan Mekah.. :D

Tak plan pun nak singgah kat pantai petang tu,kamera dslr pun tak bawak..guna jelah apa2 yang boleh amik gambar..janji ado..

Gaya seorang bujang kecil,teruja tengok laut.. ada hati nak buka baju nak mandi tuu...

Kat Mukah ni pantainya tidak dikomersialkan sangat.. maksud aku nih yang untuk orang bermandi manda atau piknik2 BBQ hujung minggu tu memang takde edisi beramai2..
Kalau ko nak,ko pegi sendiri2 jer..tak komersial cam kat Bintulu adan Tanjung Batu dan beberapa tempat lagi.. kat Miri ada Taman Selera dan Luak Esplanade .. kat Kuching, ada damai beach resort..eh tu memang la komersial kan..haha..
sekadar menyebut beberapa tempat di Sarawak je..


Rasanya ini salah satu sebab pantai di Mukah ni kurang dikomersialkan..lautnya kurang bersih..bukan kotor dengan sampah sarap tapi kotor dengan 'hasil' alam tu yang buat laut tak sejernih sepatutnya.. ada beberapa kuala sungai juga penyebab laut kat sini kurang jernih..
Tapi kalau nak mandi jugak takde hal punya.. :D
Macam nak bbQ pun ok jer..udara laut kat sini best jugak!

Baru nak sampai di gigi air tu,tiba2 nampak belangkas..bukan orang berdating yer tapi belangkas betul.. nama pun belangkas,mesti 2 ekor kan!

'Bah..bahh!' Zhariff memanggil babahnya sambil menunjuk tempat kejadian di mana mangsa tergolek..

Yana..juga teruja melihat belangkas..
Mengikut firasat aku,2 ekor belangkas ni sama2 terhempas di persisiran pantai.. tapi setelah si betina tidak lagi bernyawa,si jantan terpaksa meneruskan kehidupan(sila tengok belangkas yang menuju ke laut). Namun ia tidak sempat sampai ke gigi air .. ala2 kisah romeo n juliet gitu.. boleh tahan jugak mengarutnya firasat aku ni kan!

Fokus sikit..nampak kan, ada 2 ekor? Nun depan nun yang jantan.. Sebenarnya ada 3 ekor..agaknya ia adalah orang ekor ke tiga dalam kisah mereka. Yang ke 3 tu berada jauh sedikit dari yang berdua tadi,jantan jugak..lupa nak snap ..dan mujur yang ke tiga masih hidup..

Dan sebelum balik, aku angkat ler belangkas tu..lepaskan ke laut..agar dapat meneruskan kehidupan dan mencari pasangannya sendiri..


Zhariff .. merenung laut sebelum kami pulang..

Anak2 suka tengok laut.. ada masa boleh singgah lagi.. amik udara laut sekali sekala ni seronok juga kan..
Kali ni berpeluang tengok belangkas secara live lak tu..huhuu..
Oklah,sekadar perkongsian jer.. cuci2 mate.. ^_^


'Alangkah bahagianya pasangan belangkas,
Ke mana pergi sering berdua..
Bersama mereka hingga ke akhir nafas..
Apakah kita begitu jua? Hanya DIA penentu segala... ' :)


P/s:Hargailah pasangan kita selagi mereka ada di sisi..

Monkey Bread ..sesuai dimakan beramai2..

Assalamualaikum.. !
Wahh..dah minggu baru pun...alhamdulillah..
Ehem!
Monyet dah melompat ke Sarawak dah ni.. mula2 aritu nampak kat Siam, lepas tu merantau gi Ganu, terbang lak ke Finland..last nampak kat Ampang..eh eh,bukan ampang tu tauu.. ala,yang tuu. ;P
Ada area tertinggal dan tak disebut?maaf ye,tak perasan kot..kalo ada,sila2 laa kongsi kat sini.. :)

Sebenarnya dah lama tak meroti nih..ala,uli pakai tangan jek.. apa barang uli pakai BreadMaker kan..(hahahak...ayattt.. :P)
Jangan rasa rendah diri kalo takde BM tu, buat roti nih guna tangan pun insyaAllah lembut... cubalah..just ikut step yang ada jer..
Aku ada hati gak tu nak rembat sejibik BM,tapi macam belum diperlukan sangat sekarang ni..dan masih terbayang ia akan jadi tukun je kat dapur tu kang..ehee..

Buat roti nih semalam,tekak teringin nak makan roti homemade. Jadi teringat lak ada stok walnut dalam esbok..terbayang lak roti monkey nih..jadinya,teruslah ku cuba..tu la cerita pendeknya. :D

Siap ada model lagi roti nih berposing..haha..model tu cam nak baham jer roti tuh kan..anak patung monyet ditaja oleh zhariff dan yana,ole2 dari Sabah.. :)

Kalau baca kat blog Pook@dailydelicous tu,roti nih dinamakan 'monkey bread' sebab semasa roti ni dihidangkan,orang akan 'tarik' roti ni dari 'big loaf' tu macam monkey makan pisang beramai2..haha..tak tau nak explain macam mana..korang gi baca kat blog dia sendiri ye..aku baru je 1st time pegi tu pun melalui link yang dikongsi Ijah(Ika) dan K.Nor..tq akak dan adik..hehe..
Minta izin nak share di sini lak eh.. angkut dari blog kak nor,diterjemahkan oleh Ika..edit sikit2 untuk senang nak rujuk kemudian hari..terima kasih byk! ^_^

MONKEY BREAD
Source : POOK san DAILYDELICIOUS
Terjemahan dan sumber: ARAH & K.Nor
By: HaSue

Ingredients :(Makes 1 (18cm tube pan) )
240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
60g Cake flour (60g Tepung Kek)
5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)
20g Granulated sugar (20g Gula)
4g Salt (4g Garam)
1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
175g Water (175g Air)
20g Butter (20g Mentega)
40g melted butter (40g Butter di cairkan)
40g Walnut (40g Kacang Walnut)
70g Light brown sugar (70g Gula Perang )
1 Egg white (1 biji Telur putih) ~ k.nor lebihkan 1/2 biji lg putih telur

Method : Cara-cara
Mix together egg yolk and water.
Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl.
- (Campurkan bersama kuning telur dan air.Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)

Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry).
-( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)

Take the dough out of the bowl and knead
-( Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali),
you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.
-(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastik dlm masa 2 minit)yg ni mmg betul :D

Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.
-(Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny.
-(Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)

See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)

Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).
-(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)

Preheat the oven to 150°C.
-( Panaskan oven pada suhu 150c)

Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool.
-(Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)

Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.
-(Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)

Preheat the oven to 180°C.
-(Panaskan Oven dgn suhu 180c)

Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).
-(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuai. Jika ada loyang springform(dasar loyang yang boleh dibuka, ia lebih memudahkan anda)

Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.
-(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)

Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls.
-(Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)

Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white.
(Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam
1. Mentega yg dicairkan
2. Campuran gula perang dan walnut yg telah dikisar tadi
3. Putih telur)


Then place them in prepared pan.
-( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes
-(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)

When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.
(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bahagian atas roti telah perang tetapi roti belum masak sepenuhnya, tutupkan bahagian atas dengan alumunium foil untuk mengelakkan roti hangus)

Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack.
(Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.
-(atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)

Roti nih memang lembut dan sedap..rasa walnut tu memang beri kelainan..
Cicah dalam horlicks panas pun best..ehehe.. Kak Nor kata bagi penggemar cinnamon,boleh tambah serbuk cinnamon jugak ek..aku buh manja2 jer,asal ado. nanti buh lebih2 ahli panel kat umah ni tak berapa layan lak..akuuuu jugak makan lebih..hee..
Buat yang belum mencuba,silakan lah ye.. :)


Nak tumpang makan ke? Ada lagi ni... masing2 'tarik' roti tu yer.. jangan samakan diri dengan monkey lak..isk2.. :D

Friday, April 13, 2012

Resepi Kuih Tiram Dan Cara Membentuknya..

Assalamualaikum.. ^_^
Jumaat yang mulia.. elok berkongsi idea untuk projek hujung minggu. Buat ramai2 bersama ahli keluarga cepatlah siapnya.
Ramai yang dah berjaya membuatnya dan resepi nih sudah dicuba ramai blogger masakan. Buat yang belum mencuba dan tak dapat bayangkan macammana ia dibuat,di sini dikongsikan sekali langkah membentuknya. Kebetulan, mood rajin amik gambar.. :D
Cara menguli tu tak payah la ek,uli macam biasa ajer..
Layannnn..

Tak berapa cantik lak kejadiannya kuih tiram aku nih..korang buat la cantik2 ye.. :D

Oh ye,kuih tiram ni kalau tempat aku dipanggil kuih sabana, ada yang panggil kuih kapal terbang kan..macam2 nama untuk satu kuih.. :D

Terima Kasih penyumbang resepi asal, s_shamen@myresipi.com..

KUIH TIRAM
Resepi: s_shamen@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara

Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)

Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D

Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.


Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari..untuk mendapat lapisan yang banyak,kena la canai adunan panjang agar gulungannya pun banyak kali.
Nipis dan tebal terpulang kepada selera masing2 ye

Tekan sedikit dengan jari agar mudah untuk dicanai

Amik doh kecil tadi & canai leper..bila dah agak leper,nak canai 2,3 sekali pun boleh..
Dah canai tu,susun atas permukaan(seperti atas talam) yang sudah ditabur tepung agar tidak melekat satu sama lain.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali..

Goreng hingga kekuningan(api jangan terlalu kuat), toskan minyak & sira @ gaul dengan gula halus..


Dah siap! Bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara..
SELAMAT MENCUBA! ^_^