Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^

Tuesday, October 23, 2012

Snow Cheese Cake..dan resepinya..

Assalammualaikum..
Bertemu kita di hari Selasa yang mendung tak beerti hujan.. Kek keju yang sedap nih buat aritu dah..arituuuu dah..lama bunyi nya ek..baru nak share kat sini..nanti raya haji leh buat.. Sebenarnya kek nya rasa kek span biasa..yang penyedapnya krimnya dan taburan parmesan cheese kat atas dan keliling tu..


Zhariff kan,asal nampak aku siap bawak kek mesti nak nyanyi hepi besday..tapi hepi jelah yang sebutannya jelas..selebihnya guna bahasa dia sendiri..huahua...



Aku buat nih tak nampak gebu sangat cam kek izah..agaknya sbb guna tepung hongkong kot..tapi kek tetap lembut dan gebus yer puan2..sedap dimakan sampai pengsan..huhu..
Terima kasih buat izah daut sebab dari blog dia aku kopipes n edit ikut kesesuaian si pemakai..hehe..
Tak lupa juga terima kasih ini ditujukan buat penyumbang asal resepi,iaitu kak sherry..dan kzai dari teratak impian...juga kak zana dan kak mamafami..penyebar virus kek bersalji nih..dengan ucapan,kenang daku dalam doamu..dah macam tuju lagu kat radio lak nih..jom semak resepi..

KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber:Izahdaut@IML

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)-jika guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.


HaSue guna topping ini:
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
250 cream cheese

cara: gaulkan dua bahan guna teknik kaup balik

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek  menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Hermmmpp..sedappp..!cubalah..pastikan parut keju halus2 ye.. ;-)

Korang nak tengok versi trio(3 rasa/warna)?? Jenguk dapur Noorsha ye..daaa.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

23 Komen Di Sini:

Unknown said... [Reply to comment]

wah Sue ni bagi semangat kak akak macam nak buat jugak ni utk raya haji ni rasa nya heeee pasti sedap gilak ni kan

HaSue said... [Reply to comment]

@Bicara Kak Noor
mmg sedap kak noor..jgn risau tak muak pun rasa cheese tu..tapi pastikan guna pemarut haluslah ye.. :-)

izahdaut said... [Reply to comment]

aku cam nak buat lagi la.. benornya dah 2 kali eh 3 kali aku buat tuk makan sendiri. hahaha.. gile kek betul.. tapi kali ke3 tu aku xmakan dah. anak aku jek yang pulun. diorg suke sangat kek ni. pastu penyudah biasalah. bais bawak ke skolah liciinnn... sedap ye sue gabungan krim tu ngan cedar tu?

Anonymous said... [Reply to comment]

Sue...saya mmg suke gler ngan cheese neh...mesti cuba untuk raya aidiladha jumaat ni..hehe

**Su...nak tanya laaa...kek coklat moist resepi chef zubaidah tu...untuk minyak+susu cair+susu pekat+sebuk koko tu..lepas dah msak berkilat tu...x perlu sejukkan ke...?
blh terus tuang dalam telur yer...

Maiyah said... [Reply to comment]

wow.. mmg sedap ar ;)

EmbunRosaliza said... [Reply to comment]

Assalam sue, sedapnya, akk tak dpt buat ni makin berlemak la badan yg dh makin bam2 ni huhu.

Tapi bila ada cis segala tu memang sedap sangat la, cantik kek tu.

Zhariff sama la ngan amani tgk kek je mesti nyayi..happy bee..itu je bunyinya hehe

tun_telani said... [Reply to comment]

kak sue cayangggggggg~~~~~~~~~~~~ nk kekkk!!! padahal baru je lepas pulun cheese cake gak nih. huhu...

~ sHa ~ said... [Reply to comment]

salam sue..
lama dah jengok blog ni..baru 1st komen hehe..
lama jugak dah dengar snow ciskek ni..thanx sbb share the recipe, dlm plan nk buat tapi tak terbuat2..haha

HaSue said... [Reply to comment]

@izahdautsedap la jah..tp aku x pukul kental sgt laa whpping cream tu..agak2 kental je..ko phm ke x phm nih jah?hehe..lenkali nak guna susu pkt lak.

HaSue said... [Reply to comment]

@Nana
Haruslah dicuba tu nanti ye nana..sedap je mkn x hengat lg2 kalau penggemar cheese.

**utk kek coklat tu x perlu tggu sejuk..tp masa tuang ke dlm telur tu,tuang sedikit demi sedikit smbil kacau ye..dan ms masakkan adunan td tu,jgn smpai mndidih lak..cukup skdr cairkan gula je..
Hrp mjawab soalan ye.maaf la lmbt skit replynya neh. :-)

HaSue said... [Reply to comment]

@Maiyah
Sedap kn kak maiyah.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@EmbunRosalizawkumslm.. Tu laa kak liza..laju jer lemak nak menepek kn..kalau nk surut liat pulak..hihi..

Mmg sama pesen je zhariff ngan amani..kalo jumpa ckp guna bahasa dorang je gamaknya.hehe

HaSue said... [Reply to comment]

@tun_telani
Udah2 laa tu tun..gi joging sana!haha

HaSue said... [Reply to comment]

@~ sHa ~
Wkumslm..
Biasa laa tu..sama je kita.kadang2 plan terlampau byk,yg jadinya satu pun belum lg..hahaha..nanti ada masa leh cuba..dia kena smngt waja gitu..pk nak buat,terus gi pecahkn telo.hee

~ sHa ~ said... [Reply to comment]

@HaSue
hahahah kalau dah pecahkan telo,xda alasan la nak malas2 ekk..hehehe
banyak gak sy dah try resepi dlm blog ha-sue ni..thanx a lot k

Nadz Nazharzan said... [Reply to comment]

Assallamualaikum sue.. Sue..oooo..sue.. Eh?? Betul kan ni blog Hasue.. Bukan blog dak Izah daut..kih..kih..kihhhh....Dan bukan juga blog dak Anna Qawina..heheheee..

Sue, nape tak update blog ni?? Internet slow yer? Kalau internet slow, Sue pelan2 kunyah cheese cake bersalji ni ..heheheee..

FnF Simple Life said... [Reply to comment]

sedapnye... aduhai mmg meleleh liuq tgk kek2 pg2 nih

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam kak...tq atas resepi, saya mintak izin copy ek...say dah try buat hihihi....suka sgt menjadi sume org puji sedap kembang punggkokku kejap heee....ada masa jemput le kat Gallerymamamimi kot2 saya rajin lagi ada gambo kek yg saya buat tu.. :D

Unknown said... [Reply to comment]

salam.. kalau tepun 100 gm tu kek nya besar mna je? btw, nice :)

Unknown said... [Reply to comment]

salam.. kalau tepun 100 gm tu kek nya besar mna je? btw, nice :)

Amu said... [Reply to comment]

Kak nak tanya telur buang 2 putihnya tak faham maksudnya la... Hanya gunakan kuning telurke atau pun buang putih telur dr 2 biji telur...

Unknown said... [Reply to comment]

assalamualaikum..whipping cream tu puan guna non diary whipping @ diary whipping cream?

Susan said... [Reply to comment]

This is also a very good post which I really enjoyed reading. It is not every day that I have the possibility to see something like this.. Using Deskgram you can upload photos to instagram from PC/MAC, like and comment on post, follow unfollow profile, check news feed and many more.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...