Macam tak mewah je dengan coklat chipsnya brownies aku ni ha..
Padahal dah campak sewenang2nya coklat chips yang ada sempena nak perabiskan stok.
Tapi bila kunyah baru terasa duk dalam limo sebab mewah dengan coklat..
Sedap lah pulak kan..tak caya cer cuba..cer cuba!
Saiz loyang yang sesuai rasanya 8".Kejadian brownies aku rendah terlampau sebab guna loyang saiz 9.Sebab dah gris loyang tu nak buat menu lain tapi terbuat lak menu nih.hee..
Terima kasih kepada kedua makcik loyang yang menyebarkan resepi ni..ada lagi kot yang dah cuba maaf ye kalau tak perasan...dihebahkan pula resepinya di sini..selamat mencuba!
CHOCOLATE CHIPS BROWNIES
Sumber: hanamemories.blogspot.com & izahdaut.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang - kisar dahulu
1/4 cawan serbuk koko
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/3 cwn minyak masak@butter cair
1/2 cawan chocolate chips
Cara-cara
Panaskan oven 180. Griskan loyang dengan butter. Ketepikan.
Satukan semua bahan kecuali choc chips ke dalam mangkuk. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
Bila dah sebati masukkan separuh choc chips. Kemudian tuang ke dalam loyang dan tabur baki choc chips tadi.
Bakar 25-30min sehingga masak. Potong dan hidangkan.
Selamat Datang..^_^
Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.
Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Friday, April 20, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 Komen Di Sini:
Salam kak sue!! sowi ar kak sue, jet kita rosak ehehe... kita tgh mendietkan tak makan kek dlm sebulan, tp sok sok nak buat kek wakakaka... diet olok2 jerrr eheheh..
salam Hsue..... dah brownies pulak hadoii... tak larat dah dok telan ayak lioq ni hah.. jengah blogs jiran semuanya buat semakin lapo hehhee
Sue..best gek bronis pendek gini..xyah bukaj mulut beso2... jadinye x nnpakla lubang kt gg geraham ru nnti..wakakaka...aku suke mkn bronis rendah ni..cam x perasan je mkn byk nntinye..hehe
Hasue,tolong tapawkan dua slice yer..
perggghhhh. brownies coklat cips la pulak, terliur sudah....hhiihhii
Salam Hasue.choc brownies...penuh rasa coklat ni...yummm....
Cik anon datang.... Buweeekkk
Eh aku cam kaget jek si noorsha komen kt blog kita. Rasa bkali2 nk tenyeh mata ye ke noorsha atau ada yg mnyamor. Kikiki
Simple jek kan brownies ni. Ank2 aku suke. Aku tengok je diorg mkn** perghh ayat ni mcm nk nangis jek ko baca kan? Akakaka
Angelina jolie
sue...aku juga tak buat2 lagi brownies nie...
asyik bertangguh jerk....he3
rasa brownies ko dulu lah...
Sue..aku dtg ni..bronis 13 ketol...
eh ke masuk SPAM komen aku ni, try ko cek..haha..adeehh..marah dak Ijah ni..
mana cukup kecik sangat potong...saya sekali ngap je habis
Meriahnya dapur sue, suka masuk n makan2 serta jamu mata kat sini, banyak manafat berkongsi ilmu. Nampak sangat sedap brownies tu sue, bertambah sedap bila ada cekelat cip tu
Post a Comment