Kek ni lagi sedap sebenarnya kalau guna serikaya pandan yg berwarna hijau tu tapi memandangkan ia agak sukar ditemui,guna serikaya biasa pun sudah memadai..
Cuba perhatikan warna pada kek kukus yang aku buat ni eh..
Sebelum ni pasti korang pernah dengar kek2 sarawak ni selalu dikukus berjam2 lamanya..tekstur dan warna pada kek kukus yg dikukus lama dan sekadar masak sahaja berbeza sebenarnya..
kek pandan ni..lebih lama dikukus hijaunya semakin tua..keknya lebih tahan lama tapi kelembapannya tetap maintain gitu..tapi kalau bercakap pasal tahan lama sekarang lebih senang dah ada peti sejuk...lepas sehari dah leh sumbat jer dalam aisbox..tahan berminggu2 kek2 kukus gini...cuma perlu bungkus jer dalam aluminium foil atau dalam bekas kedap udara..
Kek yang dipotong tu(gambar di atas ni) kek yang lebih sekejap kukusnya..warna masih hijau muda gitu..so kalau bertandang di hari raya tengok warna kek gini mungkin dia kukus kejap jer ek..hehe..
Kek lumut pun gini gak,sebab tu dinamakan kek lumut sebab warna lumut yg hijau tua..ehe
Oklah,untuk mereka yang ingin mencuba sendiri membuat kek ini di sini dikongsikan resepinya yer..resepi lama dah lama dalam simpanan,dari buku koleksi my sis kalo tak silap.. :)
Kek Pandan Serikaya
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan2nya:
16oz(450g) mentega golden churn
180g gula halus
10 biji telur ayam
90g pandan paste(sila rujuk gambar yg disertakan di bawah)
1 tin kecil susu manis
200g horlicks
240g tpg hong kong
1 tin serikaya saiz sederhana
Cara-caranya:
- Panaskan pengukus dengan api sederhana-pastikan air hampir penuh supaya air tidak mudah kering.
- Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu (sambil terus dipukul dengan kelajuan paling minima) sehingga habis.
- Masukkan srikaya, susu manis, horlicks, pandan paste dan tepung hongkong. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan sebati.
- Gaul dengan senduk supaya adunan benar2 sekata sebelum dituangkan ke dalam loyang yg sudah dioles mentega dan ditabur tepung.
- Kukus selama 4 jam. Selamat mencuba
Jika taknak kukus lama2,memadailah selama 1 setengah-2 jam sahaja tempoh mengukusnya..
P/s: Mungkin terdapat nama lain lagi bagi kek yg menggunakan bahan sama. Tak perlu keliru ya.. :)
10 Komen Di Sini:
salam kak hasue...milla dsini.. hehhe selamat hari raya ya kak maaf zahir dn batin dulu hehhe... mau tanya kak seri kaya saiz sederhana yang berapa beratnya ya..? bukan yang paling kecilkan?
Hi Hasue, wahhhh hijau gitu kek tuh! Ada lagi tak??? How r u doing there???? ;)
Where's ur little princess??? Nak cubitttttt :D
Milla: wkumsalam mila..slmt hari raya n maaf zahir batin juga..hehe.. serikaya tu kan ada 3 saiz di pasaran,jadi akak guna yang saiz sederhana. lupa lak beratnya berapa..kalo ingat nanti dah ada stok akak update eh..
Love:hi love...wah,lama x nampak love kat cyberworld nih..miss u beb!kek tu dah lama laris di hari raya love..tengok gambar jelah yer...hehe...ashika ada ikut x?lama x cubit pp dia!
halal ke pes tu?sy pernah terbeli tp xtgamak pula nak guna bila tgk bahan pengentalnya
dah tergoda nengok kek tu..
salam sue...kak ima teringin lak nak cuba buat...tapi klu tak de pes pandan tu...leh tak gantikan dgn pandan emulco...agak2 boleh jadi jugak ke?...
Hamizah: kalau soal ni sy x berani nak komen pepanjang..tp so far ia tak di was2kan jadi setakat ni masih yakin gunakannya.. :)
ima:wkumsalam kak..kalau takde pes tu boleh guna pandan emulco..sue ikut resepi asal mmg guna pes tu kak..rasa pandan utk kek ni mmg terasa n aromanya pun gitu gak..
kalau pes pandan tu xjumpa...guna air pandan yang diblander bleh jugak ker? ehehheheheheh
SUE BOLEH TAK AYU NAK AMIK GAMBAR SEKALI. BKN NAK BLOG TP SEBAGAI RUJUKAN BILA BUAT KEK NANTI...THANKS
@shafida
kalau takde pes pandan tu,guna perisa pandan n pewarna hijau jer..kalau nak guna daun pandan yg diblender boleh juge,tp kena pekat sket n jgn letak byk nanti terlebih air kek jadi lembik lak kan...tambah pewarna hijau jika kurang warna
@ayu iskandar
ok ayu..selamat mencuba yer. :)
Post a Comment